Tuesday, September 18, 2007

Menu Berbuka Puasa

Salam Ramadhan… Selamat menjalani ibadah puasa.
Hari ini merupakan hari keenam umat Islam berpuasa bagi tahun 1428H. Tapi aku mula-mula lagi dah kantoi !! Orang lain dah enam hari, aku baru dapat 3 hari. Ermmm…itulah dugaan dan cabaran bila berbadan dua ni. Tapi tak apa sebab tergolong dalam orang yang diizinkan berbuka @ tidakberpuasa. Tapi….nanti kena bayar ler balik puasa-puasa yang ponteng tu. Masa tu lagi kuat dugaannya…yer lah, kita nak berpuasa di bulan orang lain tak berpuasa.

ORANG YANG DIIZINKAN BERBUKA ATAU TIDAK BERPUASA :
  • Orang yang sakit
  • Orang yang dalam perjalanan jarak jauh melebihi 52 batu atau 80.64km
  • Orang tua yang sudah lemah
  • Orang yang hamil dan orang yang menyusukan anak
Tahun ni…macam biasa, berpuasa berdua bersama husband. Tapi yang lainnya ialah waktu berbuka, kami bertiga. Termasuk bapa saudara husband yg sejak bulan 3 yg lalu menetap di rumah aku. Walaupun dia tak menjalani ibadah puasa macam kita…tapi tak akan aku tak jemput dia sama-sama makan kan. So, bagi aku ler…ini lah waktu yang terbaik buat aku dan husband secara senyap berdakwah padanya tentang salah satu rukun Islam ni. Maklumlah bapa saudara aku tu, memang tak pernah ambil tahu pun tentang amalan berpuasa umat Islam ni sepanjang kehidupannya di Sarawak. Moga dengan ini, dia lebih mengerti apa itu amalan puasa buat umat Islam.
Tahniah juga buat husband sebab sepanjang 4 tahun perkahwinan ni, dia memang tak pernah ponteng puasa. Walaupun belajar berpuasa di usia yang dewasa…tapi dia berjaya merentasi semua halangan dan dugaan. Terima kasih juga buat husband, sebab hari-hari jadi tukang masak. Yer lah sejak alah bau-bauan ni…masuk dapur pun jarang. So, husband ler lebih banyak memasak dalam tempoh pregnant ni. Lagipun husband banyak masa kan. Balik sekolah pkl 1.30 tghri. So ada masa untuk rest, gi pasar dan masak. Berbanding aku yang balik kerja pukul 5 petang ni.
Pasar Ramadhan @ Bazar Ramadhan ? Haa…ni perkara wajib dalam bulan puasa. Kat mana-mana tempat pun ada. Ikutkan hati malas jer nak masak-masak. Beli lagi senang…instant ! Tapi, kalau dah hari-hari dok membeli jer…parah juga. Kering gak poket dibuatnya. Lagipun dalam bulan puasa ni lah waktunya kita mendidik nafsu. So, berbelanja lah ala kadar. Jangan membazir…membazir tu amalan syaitan ! Dalam tempoh enam hari berpuasa ni…baru 2 kali aku dan husband gi bazar Ramadhan. Itupun beli kuih-muih sahaja.
Ok lah, apa pun cara dan menu kita berbuka….sentiasalah bersederhana.Semoga Ramadhan ini menjadikan diri kita lebih dekat dengan -Nya dan semoga amalan kita sepanjang bulan mulia ini deberkati Allah. Amin….

"Selamat Berbuka Puasa"

0 comments:

Post a Comment