Sunday, June 15, 2008

Majlis Kesyukuran Qayyum

Alhamdulillah....semuanya berjalan lancar 

Gambar sekitar Majlis


Majlis Kesyukuran Qayyum Iman Nurbadiz selamat dibuat pada 15 Jun 2008. Majlis bermula selepas solat Zuhur. Sebelum majlis, Qayyum tidur. So, masa mama angkat dia untuk dicukur, Qayyum macam mamai-mamai jer. Mula-mula ok....x nangis. Maybe rasa seronok kot tengok orang ramai dan dengar orang berselawat. Kepala Qayyum direnjis-renjis dengan air sebelum rambut digunting sedikit-sedikit oleh para tetamu majlis. Tapi bila dah nak last-last...masa acara naik buai tu, Qayyum dah mula merengek. Sekejap jer duduk dalam buai. Pastu Mama dah turunkan. Takut anak Mama buat konsert sedu sedan...huwa...huwa.... nanti rosak majlis !!

Kebetulan tarikh majlis kesyukuran Qayyum ni dibuat pada hari lahir Nenek Azizah yang ke 56.
Didoakan agar nenek panjang umur, dikurniakan kesihatan yang baik, dipelihara Allah selalu dan dimurahkan rezeki.....Amin !!  

Walaupun Nenek masih belum sihat sepenuhnya..tapi Alhamdulillah, Nenek masih dapat menikmati majlis tersebut dengan ceria. Ramai tetamu yang hadir mengambil kesempatan melawat nenek sekali.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir bg memmeriahkan majlis kesyukuran Qayyum ni.
Pada sahabat lama...Akak (zuraidah Dollah) & Ayu....terima kasih lah yer kerana luangkan masa utk lihat baby Qayyum....



0 comments:

Post a Comment