Tuesday, June 17, 2008

Qayyum dah 3 bulan

Alhamdulillah dah besar anak Mama dan Papa ni ...


Gambar terbaru Qayyum selepas majlis cukur dan kesyukuran tempohari. Macam mana ? Hensem n cute tak ? Pada 13/6/08....genaplah umur Qayyum 3 bulan.
Berikut perkembangan Qayyum : 

~Jari dah boleh menggenggam objek...berlagak mcm pandai pegang botol susu sendiri..he..he..
~Suka sangat hisap jari
~Pakaikan sarung tangan...dia dah pandai tarik buka sampai tercabut...
~Suka lonjak kan kaki kuat-kuat. Lagi2 kalau angkat dia. Macam nak lompat jer dia
~Anak Mama n Papa dah besar panjang..letak dalam bakul..kaki dah terkeluar
~Dah mula mengiring-ngiringkan badan. Dah mula belajar cara2 nak meniarap
~Timbang berat masa 3 bulan dah 5.8kg
~Suka tengok tv. Tengah nangis2...if buka kan tv...boleh senyap dan layan tv. Bertahan ler 15 minit !
~Suka kalau dinyanyikan lagu Lompat Si Katak Lompat. Favourite song Qayyum ni....


Papa n Mama doakan..moga Qayyum membesar dengan sihat. Semoga jadi anak yg baik...rajin, bijak.Tak sabar nak tunggu Qayyum besar. Nanti dah pandai jalan..boleh bawa Qayyum jalan-jalan. Gi ronda-ronda satu Malaysia.....

 




0 comments:

Post a Comment