Monday, July 28, 2008

Qayyum...lena dibuai mimpi

Mama baru sempat upload gambar Qayyum tengah lena tido. Mama dan Papa mmg suka sgt tgk muka Qayyum masa tido... macam-macam gaya. cute n comeiii sangat. Nak tergelak pun ada...sebab cute miut sgt. Rasa nak cubit-cubit jer pipi Qayyum yang tembam. Sekarang, Qayyum dah pandai meragam...mintak perhatian. Malam2 tu dalam kul 10-11...belum nak tido lagi. Sampai kul 1.30pg mama dan papa masih lagi dok melayan kerenah Qayyum. Emmmm...anak....tido lah. Papa dan mama penat ni hari-hari berjaga tunggu Qayyum. Kadang-kadang sampai x cukup tido dibuatnya. Kalau masukkan Qayyum dalam buai...mama dan papa biarkan..mula lah Qayyum merengek. Minta orang ambil dan angkat.
 
Pernah satu malam..disebabkan mama dan papa dah ngantuk sgt, kami biarkan Qayyum tido atas tilam. Qayyum nangis2..dan merengek mintak perhatian. Tapi disebabkan mata mama dan papa yng dah ngantuk sgt..Qayyum tak diberi layanan. Tup-tup mama terjaga..mama tgk anak mama ni tgh tgk tv yg terpasang.
siap senyum2 lagi sorang2. Mama malas nak kacau..mama sambung tido. Esok paginya...mama tgk...anak mama dah tertido lena.... Ermmm...........pandai pun tido sendiri eh...x yah popok-popok.
Macam tu le anak yg baik !!!   


Lena
zzzzzz
Dalam Buai...

Saturday, July 26, 2008

Cute Face & Funny

mama baru sempat nak upload gambar cute Qayyum.
Mama dan Papa...suka sangat gambar ni.
Lucu betul muka Qayyum masa ni.....
Pandai posing betul le anak mama n

Eh..tutup mata pulak
Ok..dah gelak besar...
Comel tak saya ?
 

Monday, July 14, 2008

Dah pandai meniarap

Ni gambar-gambar anak Mama meniarap. Gambar ni diambil betul-betul pada 13 Julai , iaitu genap Qayyum 4 bulan. Sebelum ni Qayyum cuma mengiring-ngiringkan badan sahaja. Tapi tang kepala tak lepas lagi untuk tiarap. Tapi masa malam tu...dengan rasminya Qayyum tunjuk skill kat Mama dan Papa dia. Siap boleh buat sendiri tanpa bantuan sesiapa. Qayyum dapat pusingkan badan, kepala dan betulkan kedudukan tangan dia.....Alhamdulillah, satu lagi perkembangan buat anak Mama.
Sayang Qayyum.....


Tengok aksi anak Qayyum...Mama dan Papa tergelak-gelak. Lucu le anak mama ni....cute sangat.... 



Sunday, July 13, 2008

Qayyum dah 4 bulan

Sekejap jer anak mama dan papa ni dah 4 bulan. ALhamdulillah....Qayyum membesar dengan sihat. Perkembangannya pun selaras usianya.
Sekarang Qayyum dah pandai meniarap. Kelakar n lucu tgk aksi anak mama ni mula2 nak belajar meniarap.
Mula2 Qayyum mengiringkan badan. Tapi tang kepala x lepas2 lak. Kesiann mama tgk...
Tapi setiap hari Qayyum akan belajar n cari akal baru. Last2 berjaya juga Qayyum meniarap dengan rasminya pada usia 4 bulan. Macam lambat ler pulak....jika dibandingkan sepupunya Amedeus Kano yg baru 3 bulan tapi dah pandai meniarap. Tapi x kisah ler tu...yg penting anak mama dan papa sihat yer. Pagi tadi mama bawa ke klinik kesihatan...timbang, berat Qayyum dah 6.14 pada usia 4 bulan. Amacam...berat tak ? Nurse cakap naik sikit jer :)