Tuesday, August 31, 2010

Cuti Merdeka

Hari ni cuti merdeka yg ke 53. Selamat menyambut hari kemerdekaan Malaysia. Semoga negara Malaysia akan kekal aman. Tak ada aktiviti menarik sepanjang hari cuti ni. Masa yg ada kalau boleh nak spent ngan family n lepak-lepak kat rumah je. Emm...rumah terlalu sepah, sampai x tau nak mula kemas dari mana. Downstair & upstair sama saja sepah...mood pun tak datang lagi nak kemas2 ni. Last2 decide nak mula kemas bila cuti sekolah mula nnt. Tambahan pulak rasanya masa tu semangat lebih sikit kot sebab dah nak raya. Masa cuti tu juga plan nak buat biskut raya. Biskut apa ? Ala...macam biasa lah aku ni cuma pandai buat tat nenas gulung dan almond london je. Pastu nak buat popia mini, tapi serunding order dr kakak ipar..dia tak niaga lah pulak thn ni. Busy ngan jahitan tempahan baju raya dia kata. abg Ngah aku suruh buat sendiri serunding tu, dia boleh bg aku resepi kalau nak. Masalahnya...aku ni ada masa ker.. :) Akan difikirkan kelak...ha..ha..sebab urusan mengemas belum pun buat.

Pagi tadi , hubby n Qayyum teman aku gi ambik brg pinggan mangkuk yg diorder customer kat stokis. Aku pun tumpang beli gak balang kuih raya. Perempuan mmg macam ni lah...nak juga beli, pantang nampak pinggan mangkuk, brg perkakasan rumah. Semua rasa cantik dan berkenan di hati. Tapi aku dah buat bajet, dan dah list kan apa yg perlu dan x perlu. So, walaupun dorongan nak membeli tu byk, tapi aku berjaya ikut short listed aku ni :)

Lepas ambik brg2 tu tadi..aku ajak hubby gi jusco. Tapi dia tak nak. Dia nak gi giant. Punyalah ramai org kat giant tu. Tapi suasana mmg best lah..dgn lagu raya berkumandang, brg2 raya dalam giant tu..betul2 rasa raya hampir tiba. Tapi org cina pun ramai leh...mereka pun mau raya kah ?? Tak beli apa sgt pun, byk kepada brg basah je utk masak buka nnt.

Dan utk berbuka hari ni..aku masakkan hubby ikan siakap stim limau, sayur kancang buncis goreng campur udang. Ikan stim tu senang jer masaknya. Alhamdulillah....rezeki kami berbuka untuk hari ini.
Ikan Siakap Stim Limau




Kacang buncis goreng + udang
Qayyum ? Ermm lepas dapat mainan lori besar di Giant tadi, dlm pkl 5.30 dah tido kepenatan. So, waktu berbuka agak aman sedikit tanpa gangguan si kecik tu.

Kenapalah kalau hari cuti..rasa pendek jer masa. Dah malam...esok kena gi kerja....huwa....mood malas masih melanda diri ni. Oh cuti...cepatlah kau datang !!

0 comments:

Post a Comment