Saturday, September 25, 2010

Kari Kepala Ikan Merah

Menu special yg dimasak oleh encik suami iaitu Chef Badis. Sedap betul kari ni, sampai aku dan Qayyum dok ngadap hingga licin. Nanti Papa boleh masak lagi ye..kami tukang order je ! 

Emm..yummy..yummy..sedap !
bagi 5 bintang utk Papa

Macam mana nak masak ? Oh ye..ini adalah resepinya. 
Nnt boleh lah try.

KARI KEPALA IKAN ALA MAMAK

Kepala ikan merah yg siap dipotong - nak guna ikan lain pun boleh
3 sudu besar rempah kari ikan
2 sudu besar cili kisar - nak guna cili serbuk pun boleh
  
Bahan2 Kisar
  1 biji labu bawang besar
  3-4 biji bawang merah
  4 biji bawang putih
  sedikit lada hitam

Bahan2 Mayang
  1 labu bawang besar dimayang halus
  3 biji bawang putih
  Daun kari 2 tangkai (Jangan leraikan)
  sedikit halba campur
  air asam jawa lebihkan sedikit
  garam secukup rasa 

Bahan Rampai
  Terung ataupun boleh guna kacang bendi (MaDiHa guna dua2)
  Cili hijau
  Buah tomato 

Cara Menyediakan
1. Panaskan minyak dan tumis bahan2 yg dimayang dengan halba campur. Setelah agak layu masukkan cili kisar, bahan mesin. Kemudian masukkan rempah kari ikan.Masukkan 2 tangkai daun kari...jgn ceraikan daun tu..sbb batang daun tu akan memberi aroma yg sedap pada kari kita. Masak sehingga hilang bau rempah tu... masukkan air jika rempah nampak kering.
2. Setelah rempah dah masak dan hilang bau, masukkan air asam jawa yg ditapis...masukkan garam.
3. Setelah mendidih, masukkan ikan, bahan-bahan rampai. Masukkan sekejap sahaja supaya tak nak ikan masak terlalu lama dan hancur. Rasakan apa yg kurang bolehlah ditambah. Sedia utk dihidangkan.

0 comments:

Post a Comment