Saturday, September 4, 2010

Khidmat Masyarakat - Care Haven

Semua org seronok sebab cuti sekolah dah pun start.  Tapi aku belum boleh cuti lagi sebab byk lagi aktiviti nak kena buat ni. Dah siap semua aktiviti yg ada kaitan tuisyen dan sekolah..barulah boleh fokus pada persediaan nak sambut Hari Raya. Tugas terakhir sekolah sebelum boleh raya, kena bawak budak2 Tingkatan 2 ni ke rumah kebajikan Care Haven di Taman Bukit Rinting. Memandangkan aku cikgu Sivik diorang, kenalah aku mengiringi budak-budak ni. Turut persama ialah kawan-kawan seperjuangan iaitu Juwairiah, Faizah, Hairi dan Baizura.

Peserta Khidmat Masyarakat
Lokasi Kami
Seawal 7.30 pagi aku dah bertolak ke sekolah. Sampai2 tgk Ju dah ada kat foyer tgh uruskan pendaftaran budak2 yg pergi. Aku pun bantu dia. Selepas budak2 ni breakfast. Oh lupa bgtau, yg pergi ni semua students non-muslim. Jd mereka ni semua x puasa lah ye. Selepas itu kami arahkan mereka beratur dalam barisan utk memberi sedikit penerangan / taklimat ringkas. Bas sampai pukul 8.00 pagi dan aku arahkan semua naik bas. Tak jauh pun perjalanan dari sekolah ke rumah kebajikan tu. 10 minit jer dah sampai. Rumah kebajikan Care Haven yg kami pergi ni menempatkan kanak-kanak yg yatim piatu / susah berbangsa cina. Penghuninya mencecah 40 orang. Yg paling muda dari umur 1 tahun. Sedih dan sayu pula tgk mereka ni semua. Sungguh ceria menyambut kedatangan kami.

Sepanjang kami di situ, macam2 aktiviti dibuat. Antaranya ialah gotong-royong membersihkan kawasan rumah mereka. Selepas itu students tadi berborak, beramah mesra, menyanyi, buat kuiz utk menghiburkan hati penghuni2 di rumah tersebut. Dan acara terakhir ialah majlis potong kek yg dibawa oleh students tadi. Tepat pukul 11.00 pagi kami semua balik. Bas pun dah tunggu. Dan penghuni2 rumah kebajikan tadi..berwajah sedih n sayu sebab kami dah nak balik. 

Cikgu Juwairiah & Cikgu Zu bersama twin

Bergambar sebelum balik


0 comments:

Post a Comment