Sunday, June 29, 2008

Jalan-Jalan Kat UTM


   Baru tiga bulan dah masuk...U...hehehe 

Semalam...papa n mama bawak Qayyum gi airport Senai utk ambik anak sedara papa yg datang dari Sarawak. Anak sedara Papa dapat masuk UTM Skudai dan kena lapor diri pada 29 Jun 2008.
Nama anak sedara Papa (sepupu Qayyum lah tu ) SEBASTIAN ISA. Panggil Boy jer. Umur baru nak masuk 20 tahun.
Boy dapat sambung Ijazah Sarjana Muda Sains Fizik setelah tamat Matrikulasi kat Labuan.

Ermmm...Papa n Mama harap...Qayyum pun nanti jadi bijak macam Boy. Dapat masuk universiti.
Amin.....

Friday, June 20, 2008

Family Potrait

Baru sempat nak upload gambar Qayyum dengan mama dan papa. Gambar di ambil semasa majlis kesyukuran Qayyum pada Ahad, 15 Jun lalu di kampung mama. Felda Pengeli Timur, Kulai. Masa tgh posing2 ni....Mak Ucu yang tolong snap kan gambar. Ada gambar yang tak jelas, agak gelap. Maklumlah camera mama bukan digital camera, tapi guna video camera Canon . So, x der lah flash...n gambar jadi agak gelap. Tapi x kesah lah tu semua. Yang penting hepii sgt sebab dapat abadikan gambar keluarga buat kali pertama. Gambar Mama, Papa n Qayyum bersama-sama. Macam masa raya ler pulak rasenye. Sebab mama n papa siap pakai baju kurung n melayu sedondon. Baju Qayyum ? Alamak..x sempat buat ler. Tunggu raya tahun ni yer. Nanti mama n papa belikan. Boleh kita semua bergaya sakan dalam pakaian sedondon  



Tuesday, June 17, 2008

Qayyum dah 3 bulan

Alhamdulillah dah besar anak Mama dan Papa ni ...


Gambar terbaru Qayyum selepas majlis cukur dan kesyukuran tempohari. Macam mana ? Hensem n cute tak ? Pada 13/6/08....genaplah umur Qayyum 3 bulan.
Berikut perkembangan Qayyum : 

~Jari dah boleh menggenggam objek...berlagak mcm pandai pegang botol susu sendiri..he..he..
~Suka sangat hisap jari
~Pakaikan sarung tangan...dia dah pandai tarik buka sampai tercabut...
~Suka lonjak kan kaki kuat-kuat. Lagi2 kalau angkat dia. Macam nak lompat jer dia
~Anak Mama n Papa dah besar panjang..letak dalam bakul..kaki dah terkeluar
~Dah mula mengiring-ngiringkan badan. Dah mula belajar cara2 nak meniarap
~Timbang berat masa 3 bulan dah 5.8kg
~Suka tengok tv. Tengah nangis2...if buka kan tv...boleh senyap dan layan tv. Bertahan ler 15 minit !
~Suka kalau dinyanyikan lagu Lompat Si Katak Lompat. Favourite song Qayyum ni....


Papa n Mama doakan..moga Qayyum membesar dengan sihat. Semoga jadi anak yg baik...rajin, bijak.Tak sabar nak tunggu Qayyum besar. Nanti dah pandai jalan..boleh bawa Qayyum jalan-jalan. Gi ronda-ronda satu Malaysia.....

 




Sunday, June 15, 2008

Shaolin in the making

Pada Ahad, 15 Jun yg lalu...majlis Kesyukuran kelahiran Qayyum Iman telah selamat berlangsung. Alhamdulillah..setelah ditangguh beberapa kali...akhirnya jadi juga majlis ni.


Pada waktu petang selepas majlis...acara bercukur dijalankan. Ermm...masa ni ler Qayyum akan dibotakkan ! Acara bercukur dibuat oleh Pak Ngah Rohaizam. Dibantu oleh Atuk dan Papa.



Masa kena cukur tu...Qayyum diam jer..siap senyum-senyum dan buat muka cute miut....geram pulak tengok. Baik sungguh anak ni
Masa mama tgh snap2 gambar Qayyum tu...tiba2 lak bateri camera flat So, tak der lah gambar Qayyum yg zoom dekat-dekat setelah jadi shaolin boy ! Tapi tak per..nanti mama snap lagi gambar Qayyum and mama update kan. Tunggu yer gambar2 comel Qayyum dengan imej Shaolin boy.


 


Majlis Kesyukuran Qayyum

Alhamdulillah....semuanya berjalan lancar 

Gambar sekitar Majlis


Majlis Kesyukuran Qayyum Iman Nurbadiz selamat dibuat pada 15 Jun 2008. Majlis bermula selepas solat Zuhur. Sebelum majlis, Qayyum tidur. So, masa mama angkat dia untuk dicukur, Qayyum macam mamai-mamai jer. Mula-mula ok....x nangis. Maybe rasa seronok kot tengok orang ramai dan dengar orang berselawat. Kepala Qayyum direnjis-renjis dengan air sebelum rambut digunting sedikit-sedikit oleh para tetamu majlis. Tapi bila dah nak last-last...masa acara naik buai tu, Qayyum dah mula merengek. Sekejap jer duduk dalam buai. Pastu Mama dah turunkan. Takut anak Mama buat konsert sedu sedan...huwa...huwa.... nanti rosak majlis !!

Kebetulan tarikh majlis kesyukuran Qayyum ni dibuat pada hari lahir Nenek Azizah yang ke 56.
Didoakan agar nenek panjang umur, dikurniakan kesihatan yang baik, dipelihara Allah selalu dan dimurahkan rezeki.....Amin !!  

Walaupun Nenek masih belum sihat sepenuhnya..tapi Alhamdulillah, Nenek masih dapat menikmati majlis tersebut dengan ceria. Ramai tetamu yang hadir mengambil kesempatan melawat nenek sekali.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir bg memmeriahkan majlis kesyukuran Qayyum ni.
Pada sahabat lama...Akak (zuraidah Dollah) & Ayu....terima kasih lah yer kerana luangkan masa utk lihat baby Qayyum....



Saturday, June 7, 2008

Jom mandi...nak gi jalan ni !

Hari ni Qayyum mandi ngan papa. Selalu mama jer mandikan Qayyum. Ni cuti sekolah...papa punya turn jaga Qayyum yer Bagi 5 bintang kat papa sebab perfomance yg begitu membanggakan sepanjang menjawat tugasan ni.
Qayyum nak gi Kulai, tengok nenek kat hospital. So, kenalah siap-siap...kena mandi, n pakai baju cantik2 sebelum nak gi jalan ni.
Jom layan gambar-gambar sexy Qayyum mandi ni. Harap maaf yer...ada gambar yg sensored. Hanya utk tatapan 18 tahun ke atas !!! he...hee...







Sampai Hospital Kulai dalam pukul 3.00petang. Masa sampai tu ada Atuk, Mak Ucu n Pak Ucu. Mak Long, abang Azim, Kak Zeti, Nek Sah, Tok Nisa n pakcik2 Qayyum yg kecik2 lagi (anak-anak Nek Sah n Atuk Sah). Nek Sah ni adik Atuk yang bongsu (pangkat makcik ler ngan mama n papa). Tu sebab Qayyum kena panggil atuk n nenek wpun diaorg muda lagi Anak-anak Nek Sah yg 3 orang tu....Afiq, Che Yah n Atun...Qayyum kena panggil acik (pangkat makcik n pakcik) walaupun umur baru 10 tahun , 8 tahun dan 6 tahun Terima kasihlah yer datang tgk nenek Qayyum di hospital. Jauh datang tu...dari Batu Pahat.
Kat hospital masa sampai tu..semua org dok kerumun Qayyum. Eh rasa glamer lah pulak Ni nak melawat nenek ker...nak tgk Qayyum ni....
Tapi x per lah kan..maklumlah Qayyum kan comei...tu pasal semua org geram nak kerumun n pegang Qayyum.


Lama juga kat hospital. Qayyum sempat titun jap
Sebelum titun tu...ada ler nangis2 sikit. Jerit2 marah....mintak perhatian
Nasib baik tak lama....Atuk tolong popok2 Qayyum...terus tido. Sayang Qayyum sebab x meragam lama2 Kalau x...tentu susah mama n papa nak handle kat tempat public macam ni. Dah ler kat hospital...kat hospital mana boleh bising2, nangis2 n dok jerit kuat2 sayang oiii Masa nak balik tu..dalam 4.30ptg, mama call Pak Ngah tanya dah tiba mana. Nampaknya kena tunda jap hasrat nak balik sbb Pak Ngah dah nak sampai. Qayyum nak jumpa kakak Alya ler pulak. Bestnyer masa jumpa tu....tapi masa tu papa kena sound ngan nurse, x boleh ambik gambar kat wad. He..he...so, x dapatlah nak snap gambar ngan family Pak Ngah n kakak Alya.
sob..sob... apa ler nurse tu

Lepas jumpa Pak Ngah..mama ajak Papa balik, sebab kawan mama...aunty Linda nak datang rumah. Lagipun Qayyum pun dah penat ni. Nak marah n meragam jer ni. Dah bosan ni kat hospital......tu yg kena balik n beredar cepat2. Lambat2 nanti..takut jadi adegan wayang lak if Qayyum buka mulut nangis kuat2.

Kepada Nenek Azizah,

Didoakan agar cepat sembuh. Agar dipermudahkan segalanya oleh Allah.
Kesian tgk nenek sakit lama-lama....mudah-mudahan dgn iringan doa anak-anak, cucu n sedara mara yg lain...sembuhlah penyakit nenek yg doktor pun tak tau sakit apa.
Tak kiralah sakit moden @ tradisional....sudah puas kita semua berusaha. Hanya kepada Allah kita bermohon..agar semuanya kembali normal. Agar nenek kembali sihat.
Supaya nenek dapat tgk majlis cukur jambul Qayyum pada 15 Jun ni dgn keadaan sihat walafiat... Amin !!!




Friday, June 6, 2008

Qayyum.... 2 bulan, 3 Minggu, 3 Hari


1. Dah pandai senyum....comeii sgt muke dia, suka tgk
2. Dah pandai ajak berborak...mcm byk je dia nak cerita
3. Dah pandai mengiringkan badan
4. Suka lonjak-lonjak kaki die bila kita angkat..mcm nak lompat lak
5. Suka tengok tv....macam faham jer
6. Dah nak pandai menggenggam benda
7. Dah tak kuat nangis....sayang kat dia
8. Masih kuat minum susu .....
9. Ramai yg cakap hidung dia tinggi n badan panjang...he..he...

Semalam, mama n papa try bawak Qayyum gi jalan-jalan. Cuti sekolah ni, asyik memerap je kat rumah. Boring ler !
So, semalam kita gi jalan Tesco Seri Alam. Ni kali kedua Qayyum ikut mama n papa gi shopping. Tapi list shopping x byk sbb takut Qayyum meragam
Tak boleh lama-lama..karang nangis kuat2...sape yg susah ? Mama n papa juga yang susah.
Sampai kat Tesco...gi makan kat KFC. Masa makan pun mama n papa x menghayati sangat kesedapan KFC tu. Makan laju semacam jer..takut Qayyum bosan n meragam.
Alhamdulillah...berjaya !
Qayyum baik jer...sayang dia Siap titun lagi dalam stroller....
Baiknyer anak mama n papa ni.....

Mama n papa jalan tak lama kat Tesco tu. Tak der shopping byk pun. Balik Tesco, papa ajak singgah sekolah papa. Nak jumpa aunty Ina Qayyum kat pejabat. Tapi x der rezeki lah pulak...aunty Ina cuti.
So, Qayyum jalan-jalan jer kat sekolah papa. Posing-posing ambik gambar kat kawasan sekolah. Jumpa cleaner sekolah papa...makcik Tuyah. Borak-borak jap...pastu balik. Ada ler bertahan dalam 10 minit. Pastu Qayyum dah mula meragam. Muka dah sememeh....nak nangis ...alahai anak comel ni !! 



Kat rumah, papa sibuk suruh Qayyum posing pakai topi askar wataniah papa. Dah ler topi tu besar....tapi Qayyum tetap comel posing pakai topi tu ...  
 

Petang...mama dapat sms dari Mak Long. Nenek admitted ward lagi. Kat hospital Kulai pulak. Kesian nenek kan....masih x baik2 lagi. Rasa dah hampir sebulan nenek kuar hospital Kluang haritu. Puas dah nenek berubat cara moden n tradisional. Masih x baik lagi. Kali ni doktor cakap nenek sistem badan kena jangkitan kuman pula. Tapi x confirm lagi. Mak Long cakap doktor dah ambik darah, x ray dan bg insulin.
Semoga nenek cepat sembuh.....AMIN. Harap-harap majlis cukur jambul Qayyum yg nak buat pada 15 Jun 2008 ni tak tertangguh lagi....ermmm...kesiannya nenek sedih ler..... Esok Qayyum nak gi melawat nenek.