Tuesday, September 25, 2007

Kerang Berapi

Sumber dari : Mak Lang Resipi.Net
Bahan
1 kilo kerang
5 ulas bawang merah> diblend
4 ulas bawang putih> diblend
1 labu bawang besar> diblend
7 tangkai cili kering(direndam dgn air panas sehingga lembut & diblend)
3 tangkai cili merah> diblend
8 biji cili api > diblend
3 batang serai (kasi lebih pun boleh) > dimayang/diracik halus
3 helai daun kunyit > diracik halus
1 biji telur > dipukul hingga hancur
1 1/2 sudu tepung jagung > untuk pekatkan kuah
sedikit sos tiram pedas/biasa
sedikit air
garam secukup rasa
gula secukup rasa.
minyak untuk menggoreng. 
Cara membuatnya
  1. Tumiskan bahan yang diblend hingga wangi.
  2. Masukkan hirisan serai. Kacau rata dan biarkan seketika hingga separuh garing.
  3. Masukkan hirisan daun kunyit. Kacau lagi.
  4. Masukkan telur dan kacau hingga telur masak.
  5. Masukkan sedikit air - anggaran cukup untuk kuah dan garam. Kacau.
  6. Masukkan sos tiram, sedikit gula. Kacau lagi.
  7. Masukkan tepung jagung dan kacau.
  8. Akhirnya masukkan kerang. Kacau hingga kerang masak.

Tuesday, September 18, 2007

Menu Berbuka Puasa

Salam Ramadhan… Selamat menjalani ibadah puasa.
Hari ini merupakan hari keenam umat Islam berpuasa bagi tahun 1428H. Tapi aku mula-mula lagi dah kantoi !! Orang lain dah enam hari, aku baru dapat 3 hari. Ermmm…itulah dugaan dan cabaran bila berbadan dua ni. Tapi tak apa sebab tergolong dalam orang yang diizinkan berbuka @ tidakberpuasa. Tapi….nanti kena bayar ler balik puasa-puasa yang ponteng tu. Masa tu lagi kuat dugaannya…yer lah, kita nak berpuasa di bulan orang lain tak berpuasa.

ORANG YANG DIIZINKAN BERBUKA ATAU TIDAK BERPUASA :
  • Orang yang sakit
  • Orang yang dalam perjalanan jarak jauh melebihi 52 batu atau 80.64km
  • Orang tua yang sudah lemah
  • Orang yang hamil dan orang yang menyusukan anak
Tahun ni…macam biasa, berpuasa berdua bersama husband. Tapi yang lainnya ialah waktu berbuka, kami bertiga. Termasuk bapa saudara husband yg sejak bulan 3 yg lalu menetap di rumah aku. Walaupun dia tak menjalani ibadah puasa macam kita…tapi tak akan aku tak jemput dia sama-sama makan kan. So, bagi aku ler…ini lah waktu yang terbaik buat aku dan husband secara senyap berdakwah padanya tentang salah satu rukun Islam ni. Maklumlah bapa saudara aku tu, memang tak pernah ambil tahu pun tentang amalan berpuasa umat Islam ni sepanjang kehidupannya di Sarawak. Moga dengan ini, dia lebih mengerti apa itu amalan puasa buat umat Islam.
Tahniah juga buat husband sebab sepanjang 4 tahun perkahwinan ni, dia memang tak pernah ponteng puasa. Walaupun belajar berpuasa di usia yang dewasa…tapi dia berjaya merentasi semua halangan dan dugaan. Terima kasih juga buat husband, sebab hari-hari jadi tukang masak. Yer lah sejak alah bau-bauan ni…masuk dapur pun jarang. So, husband ler lebih banyak memasak dalam tempoh pregnant ni. Lagipun husband banyak masa kan. Balik sekolah pkl 1.30 tghri. So ada masa untuk rest, gi pasar dan masak. Berbanding aku yang balik kerja pukul 5 petang ni.
Pasar Ramadhan @ Bazar Ramadhan ? Haa…ni perkara wajib dalam bulan puasa. Kat mana-mana tempat pun ada. Ikutkan hati malas jer nak masak-masak. Beli lagi senang…instant ! Tapi, kalau dah hari-hari dok membeli jer…parah juga. Kering gak poket dibuatnya. Lagipun dalam bulan puasa ni lah waktunya kita mendidik nafsu. So, berbelanja lah ala kadar. Jangan membazir…membazir tu amalan syaitan ! Dalam tempoh enam hari berpuasa ni…baru 2 kali aku dan husband gi bazar Ramadhan. Itupun beli kuih-muih sahaja.
Ok lah, apa pun cara dan menu kita berbuka….sentiasalah bersederhana.Semoga Ramadhan ini menjadikan diri kita lebih dekat dengan -Nya dan semoga amalan kita sepanjang bulan mulia ini deberkati Allah. Amin….

"Selamat Berbuka Puasa"

Tuesday, September 11, 2007

Selamat datang Ramadhan

"MARHABAN YA RAMADHAN"

Jika HARTA adalah RACUN. 
ZAKAT lah penawarnya. 
Jika UMUR adalah DOSA maka TAQWA & TAUBAT ubatnya. 
Jika Seluruh BULAN adalah NODA maka RAMADHAN Pemutihnya.

Semoga Ramadhan ini membawa keberkatan dan segala yang baik datang padaku.
Pada rakan-rakan semua, ampun dan maaf dipinta…tulus ikhlas dari hati ini.
Jika ada tersalah laku, tersilap tutur kata, terluka dan terguris di hati walau sebesar hama…harap diampunkan segala silapku.