Friday, November 23, 2007

Baby Stuff

Semalam gi Tesco. Ingatkan nak beli ler barang-barang baby sikit-sikit. Rasanya dah ok kot nak beli...sebab kandungan pun dah masuk 6 bulan. Ada kawan advise to be prepared. Yer lah...mana tahu baby nak keluar awal...7 bulan ni. Tapi doa-doa semoga baby cukup bulan. Memang ada promotion barangan baby kat Tesco, tapi tak banyak pilihan lah. So, my husband decided ajak gi Giant pulak tengok barang-barang baby. Berbanding Tesco, kat Giant lebih banyak pilihan lah. Mula-mula just tengok-tengok. Buat perbezaan harga antara barang-barang yang nak dibeli. Dalam kepala just nak beli sikit-sikit jer dulu, next month beli lagi. So, aku dan husband beli ler beberapa pasang baju 'new born' baby. Makk aihh...baju kecik paling murah pun RM7.99. Tu tak sepasang ngan seluar lagi. Tak der lah brand sgt pun. Mostly barang-barang yang dibeli semalam brand Fiffy, Anakku dan Pureen. Comel-comel kan baby stuff ni. Disebabkan both of us ni tak ada pengalaman nak beli barang baby...maklumlah anak first, ditambah pula tak tahu lagi baby boy ker girl....so kami pun beli yang asas jer dulu. Baju baby, booties, mitten, cap, tilam baby, baby bath mat, breast pump dan botol susu. Pastu cari hamper baby utk bagi pada baby Angah ' Aleeya Afiqah' yang dia baru adopt 2 minggu yang lalu. Nampaknya...banyak lagi barang-barang baby yang belum beli. Antaranya baby court, warmer, baby toiletteries, stroller..etc. Beli sikit-sikit dulu. Semalam shopping pun habis RM260++ . Nampak jer barang baby ni kecik-kecik, tapi harga...fuhh !!
Semoga baby yang bakal dilahirkan selamat, sihat dan comel.....Amin.



Thursday, November 15, 2007

Tahniah Luqman Hazim

Minggu lepas dapat berita dari anak saudara (anak kakak sulung) Luqman Hazim - Azim, yang dia dapat nombor 1 di sekolah Tadika Ghufran. Pada 14 Nov yang lalu…sekali lagi Azim call bagitahu dia dapat nombor 1 juga di Pra-Sekolah Fradhu Ain di Sekolah Agama Felda Pengeli Timur. Tahniah Azim…Mak Uda dan Achik Badis ucapkan. Semoga masuk darjah satu tahun depan….akan terus cemerlang. Semoga jadi anak yang bijak, pintar dan patuh pada ibu bapa.

Nanti belajar lagi pandai-pandai yer. Boleh ler tiap-tiap tahun dapat hadiah dari Pak Ngah dan Mak Uda. Hadiah yang Mak Uda bagi tu…(beg Superman yg ada roda) pakailah elok-elok. Boleh bergaya masuk darjah satu nanti. Colour Luna yang Pak Ngah bagi tu…pakailah jimat-jimat yer. Jangan hari ni bawak gi sekolah 24 batang…balik tinggal 5-6 batang jer. Ibu Azim selalu ngadu colour Azim selalu hilang nyer kalau bawak gi sekolah. So, dapat colour baru ni….pandai-pandai lah jaga. Jangan bagi kawan ambik. Pinjam boleh…tapi pastikan kawan pulang semula.
Ok….sekali lagi ucapan TAHNIAH buat Azim. Semua bangga dengan kejayaan Azim. Didoakan agar Azim terus cemerlang dalam akademik. Semoga menjadi insan yang cemerlang dan berguna di masa hadapan. Semoga berjaya…macam angkasawan kita tu…Dr. Sheikh Muszaphar Shukor. Nak jadi angkasawan, kena rajin-rajin belajar ok….
TAHNIAH !!!!
Luqman Hazim bin Yusri
Naik Basikal...

Wednesday, November 14, 2007

Belajar jaku Iban

Myspace Comments

Sari tu kitai belajar jaku iban. …he..he…
Sedar tak sedar, dah masuk 4 tahun setengah aku berkahwin dengan en.suami seorang Iban yang berasal dari Sarawak. Tapi nampaknya dalam tempoh 4 tahun setengah ni…aku dah faham bahasa dia, tapi masih tak boleh nak cakap dalam bahasa dia. Bukan apa, setiap kali aku cakap…dia kata bunyi pelik semacam jer. Tu yang buat aku bengang tu….segan + malu pun ada.
Dulu masa zaman universiti (waktu dok tgh bercinta sakan)…dia langsung tak ada nak ajar pun aku cakap bahasa dia. Sampai ada ler 2-3 orang girl dari Sarawak yang tawarkan diri nak ajar aku cakap bahasa iban ni. Tapi masa tu aku buat endah tak endah jer. Masa awal-awal kawin….especially bila husband jumpa kawan-kawan iban dan family dia…aku memang bengang gile…tak faham sepatah pun apa dia cakap. Kalau dia kutuk-kutuk aku pun..mampuss aku tak faham. Tapi sekarang…..sorry lah yer sayang, nak kutuk dan perli bini lagi…dah tak dapat. Sebab dah faham….
So, apa yang nak dikongsi bersama hari ni ialah beberapa perkataan asas yang digunakan dalam kehidupan harian kita.

saya - aku
awak - nuan
kitak - kamu
kamek - kami / aku
sida nya - dia orang
makan - makai
minum - ngirup
tidur - tinduk
ada - bisi
tiada - nadai
tidak – enda
ikut – enggau
pergi – ngagai
tak nak – enggai
petara – tuhan
besampi – berdoa
degil – manca
pun – pan
ila – nanti
enti – kalau
tang - namun / tapi
manduk - masak lauk
berapi - masak nasi
hangat - panas
celap - sejuk
siuh - tumpah
manah - baik
nyamai - sedap
mansau - masak / ranum
tu - ini
nya - itu
kini - ke mana
kin - ke sana
dini - di mana
agi - masih
din - di sana
ditu - di sini
kitu - ke sini

Tuesday, November 13, 2007

Happy Birthday 28…..to Me

"Selamat Hari Lahir ke 28" buat diri aku…..Sedar tak sedar, begitu cepat masa berlalu kan. Dah 28 tahun rupanya bernafas atas bumi ni. Terlalu cepat masa beredar….kini dah pun berumur 28. Dah cukup dewasa dan hampir melalui separuh fasa kehidupan manusia di atas dunia yg sementara ini.

Semoga kesempatan ini akan aku gunakan sebaik mungkin untuk mempertingkatkan lagi diri, memperbaiki kehidupan dan menyempurnakan kekurangan diri. Moga dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik, dikurniakan kebahagiaan dan sentiasa hidup ini mendapat keredhaan Allah. Dan moga diri ini juga tidak lupa pada Maha Pencipta-Nya yang telah memberikan nikmat kepanjangan umur untuk terus bernafas dan beramal kepadaNya.

Buat suami tercinta, Badis ak Jubin @ Badrul Hisyam bin Abdullah……
Terima kasih atas segalanya, sudi berkongsi suka dan duka kehidupan bersama hampir 4 tahun. Tiada hadiah yang lebih bernilai dari kasih sayang, kesetiaan dan kejujuran yang diberikan buat diri ini. Dan terima kasih juga….kerana telah berjaya meninggalkan tabiat merokok yang agak sebati dengan diri hampir 20 tahun lalu. Semoga kehidupan abang akan lebih cergas dan dikurniakan lebih kesihatan tanpa amalan merokok. 


May your day be
filled with lots a fun times, wonderful surprise
& many happy returns of
the day !!



glitter graphics

Monday, November 12, 2007

Syukur Atas Kurniaan-NYA

Alhamdulillah.....semalam hasrat membawa suami dan kawan suami (Jack) ke Darul Ukhuwah cawangan Pasir Gudang- Pusat Saudara Baru di bawah Majlis Agama Islam Johor, tercapai. Sebenarnya sudah agak lama rakan suami - Jack ada menayatakan hasratnya utk mempelajari Islam. Apa yang mampu aku dan suami bantu, kami bantu. Adalah tanggungjawab kita sebagai Islam utk menyampaikan kebenaran agama ini. Tambahan pula pada mereka yang sedang tercari-cari kebenaran Islam. Ini juga salah satu dakwah yang mampu kami buat. Dan kami selalu berdoa agar Allah kurniakan hidayah buat Jack.

Mungkin suami lebih memahami isi hati Jack. Ini kerana suami juga seorang mualaf dan pernah melalui perit pedih mula-mula menukar agama dulu. Banyak kata perangsang dan dorongan yang diberikan suami kepada Jack. Dan aku serta suami juga sudi membantu apa-apa kesulitan yang dihadapinya.

So, malam tadi di Darul Ukhuwah...Jack yg niat asalnya mengikut kami hanya untuk mendengar dan melihat-lihat sahaja...akhirnya...tanpa diduga, tanpa terpaksa....dan dengan rela hati...dia menyatakan hasratnya sendiri kepada Ustaz Faizal untuk menganut Islam. Jack diajar mengucapkan kalimah syahadah sebanyak 3 kali dan kemudiannya difahamkan terjemahan kalimah yang disebutnya tadi. Alhamdulillah......akhirnya seorang lagi saudara baru Islam telah bertambah. Hampir menitis air mata suami saat itu. Doaku...moga kenikmatan iman yang dikurniakan buat Jack akan berkekalan dan terus bersinar. Amin......

Ketahuilah, bahawa DIA Yang Memiliki semua perbendaharaan di segenap langit dan bumi telah mengizinkan engkau berdoa kepadaNya.
DIA telah berjanji menerima doamu.
Dan DIA telah memerintahkanmu menunjukkan
permohonan kepadaNya
agar DIA memberimu apa yang kauminta; dan juga yang
mendambakan rahmatNya agar Ia melimpahkannya atas dirimu. Tidak seorangpun yang dapat menjadi penghalang antara kau dan DIA.
Tiada IA mencegahmu bertaubat
bila kau melakukan kejahatan,
dan tiada pula IA menyegerakan pelaksanaan hukuman bila kau  melanggar laranganNya.
IA tidak mengejekmu bila kau akhirnya kembali kepada-Nya,
dan tidak membeberkan rahsia-rahsia dosamu meski yang demikian itulah yang lebih patut bagimu.
IA takkan mempersulit penerimaan taubatmu,
tidak mengungkit-ungkit kesalahanmu,
dan tidak akan pernah membuatmu merasa putus asa akan rahmatNya.
Bahkan bila kau mengurungkan niatmu untuk melakukan dosa, IA akan
menghitungnya sebagai suatu perbuatan baik yang layak diberi pahala.
IA hanya menghitung pelanggaran yang kau lakukan sebagai satu kali dosa,
akan tetapi perbuatan baik yang kau lakukan akan dihitungNya sepuluh kali lipat pahalanya !
PintuNya selalu terbuka bagimu bila kau kembali kepadaNya.
Kesempatan diberikanNya kepadamu bila kau ingin memperbaiki dirimu di hadapanNya.
Bila kau memanggilNya, IA mendengar panggilanmu itu. Bila kau bermunajat denganNya,
IA pun mengetahui bisikan hatimu.
Dan kau selalu diberi-Nya
waktu untuk memaparkan kepada-Nya segala hajatmu, mencurahkan segala isi hatimu,
dan mengeluhkan segala kerisauanmu.
Ataupun kau memohon agar IA
menghilangkan segala kesusahanmu serta mengharap pertolongan-Nya atas semua urusanmu.
Atau meminta agar IA melimpahkan bagimu dari khazanah rahmat-Nya,
sebanyak apa saja yang tak mungkin siapapun selain DIA memberikannya,
baik berupa penambahan usia, kesehatan jasmani atau kelapangan rezeki.
DiserahkanNya kepadamu kunci-kunci khazanahNya dengan mengizinkan kau meminta dariNya.
Setiap kali kau ingin, kau dapat mengetuk pintu-pintu
nikmatNya dengan berdoa kepadaNya seraya mengharapkan curahan rahmatNya.
Maka janganlah sampai kau berputus asa bila IA tak segera menjawab permohonanmu.
Sebab pemberianNya selalu seimbang dengan niat yang menyertai setiap permintaan.
Adakalanya jawaban dariNya tertunda untuk sementara,
agar lebih besar ganjaranNya bagi si peminta dan lebih berharga bagi si pengharap.
Dan adakalanya kau memohon sesuatu tetapi tidak memperolehnya.
Namun kau mungkin akan mendapat yang lebih baik, segera atau ditangguhkan sampai waktu lainnya.
Atau hal itu memang sengaja dialihkan agar engkau memperoleh gantinya yang lebih utama.
Sungguh, kau tidak tahu, dalam sesuatu yang kau
minta mungkin saja tersembunyi penyebab kehancuran agamamu sekiranya kau memperolehnya.
Karena itu mohonlah dariNya agar semua permintaanmu ditetapkan kebaikannya untukmu dan dijauhkan keburukannya darimu.
Betapapun juga,
kekayaan yang diberikan kepadamu tak akan berada di tanganmu selamanya,
demikian pula kau tak akan hidup terus untuknya.
Ketahuilah, bahawa kau dicipta untuk kehidupan akhirat, bukan untuk dunia.
Untuk kefanaan, bukan untuk kebaqaan.
Untuk kematian, bukan untuk kehidupan yang langgeng. Dan bahawa kau kini berdiam dalam rumah sementara
dengan keadaan yang hanya mencukupi kebutuhan,
dan dibawa berjalan di atas jalan menuju akhirat.
Dan bahawa kau selalu dikejar oleh maut yang tiada
seorangpun terlepas dari kejarannya,
dan tidak pula mampu menghindarinya.
Ia pasti mencapai mangsanya.
Maka, waspadalah selalu !
Jangan sampai ia mencapaimu ketika kau dalam keadaan yang buruk.
Walaupun barangkali kau pernah membisikkan keinginan
bertaubat ke dalam hati sanubarimu,
namun maut yang datang cepat dapat
menjadi penghalang antara kau dan niatmu itu.
Jika yang demikian itu terjadi,
maka sesungguhnya kau telah menjadi penyebab kebinasaan bagi dirimu sendiri..
(Di petik dari Mutiara Nahjul Balaghah/Wacana dan Surat-surat Imam Ali r.a, penerbit Mizan)