Alhamdulillah....pada 13/03/2008 tepat jam 10.37malam aku selamat melahirkan anak sulung kami. QAYYUM IMAN NURBADIZ BIN BADRUL HISYAM. Berat semasa lahir 2.8kg. Syukur tak terhingga kepada Allah swt yang telah memberikan aku dan suami rezeki ini. Maklumlah setelah hampir 5 tahun berkahwin...akhirnya penantian untuk bergelar mama dan papa tercapai juga. Syukur tak terhingga dengan anugerah tak ternilai ini !!
Banyak betul dugaan semasa ingin melahirkan baby QAYYUM ni. Jika ikut EDD, Qayyum sepatutnya lahir pada 6/3/2008. Tapi pada 6hb tu..aku masih x ada lagi tanda2 nak bersalin. So, terus admit ward atas arahan doktor. Mula2 nak bersalin kat Hospital Sultan Ismail (Hospital yg terkenal dgn panggilan Hospital Kulat)...maklumlah dekat ngan rumah. Nanti mudahler suami nak dtg jenguk. Tapi masa gi sana nak register..wad dah penuh. Lagipun kat HSI tu..x ada wad kelas 1. So HSI buat surat utk aku admit wad kat Hospital Sultanah Aminah -HSA JB. Sampai kat HSA dalam pukul 2 ptg. Lama juga menunggu kat bilik saringan. Siap semua...dan dapat daftar masuk wad dalam pukul 5.30 petang. Tapi satu masalah lagi timbul. Surat GL suami x boleh pakai. So, aku x dapat nak masuk kelas 1. Kena duduk wad kelas 3. Alamak .....memang dugaan betul. Lama gak nak settle kes ni. Penat suami aku turun naik hospital. Dari kaunter pendaftaran ke wad bersalin nak uruskan hal ni. Dah ler aku ni terlebih hari, pastu urusan nak masuk wad pun ambik masa...rasa perasaan masa tu dah tak tenteram sangat. Tapi dalam hati redha jer lah if GL suami x boleh pakai..duduk jer lah wad kelas 3 tu. Last2 aku ajak jer suami hantar aku ke wad kelas 3. Masa tu jam dah 6.15ptg. Memang penuh wad tu. Aku sempat gak lah makan petang kat wad kelas 3 tu. Tapi suami cakap..dia nak turun ke kaunter daftar lagi sekali untuk uruskan supaya aku masuk juga wad kelas 1. Dia takut aku tak selesa kat situ. So, suami pun turun. Aku sempat ler habiskan makan petang tu dan borak-borak ngan org sebelah katil aku.
Alhamdulillah..atas usaha gigih suami, setelah 2, 3 kali bertekak kat kaunter daftar..akhirnya jam 6.50petang..dekat pkl 7.00 ptg juga..aku dapat transfer ke wad kelas 1. Sebenarnya aku mmg layak dapat kelas 1. Suami aku cikgu gred DG41. Cuma berlaku salah faham orang kat kaunter daftar tu yang tak faham surat pekeliling yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri. Memangler suami aku belum sah jawatan. Tapi dia gred DG41.
0 comments:
Post a Comment