Saturday, May 17, 2008

Bercuti di kampung

Mama dan Qayyum bercuti di kampung (Felda Pengeli Timur) pada 17-24 Mei yang lalu.
Memang belum mula cuti sekolah, tapi disebabkan nenek masih belum sihat sepenuhnya selepas keluar hospital tempoh hari..mama ambik keputusan untuk stay kat kampung.
Tambahan pula..papa ada kursus Penaksiran Lisan BM di Muar pada 22 dan 23 Mei. So, nanti bila papa balik kursus terus singgah ambik mama n Qayyum kat kampung utk balik Masai.
Kat kampung..memang ada Mak Long, Atuk pun ada untuk jaga Nenek. Tapi Mak Long n family nak gi lawatan ke Cameron Highlands  :ty_ty:   pada malam 23 Mei anjuran sekolah Mak Long.
Pergi naik bas. Mesti abang Azim n Kak Zeti hepi sakan ibu dia bawak gi Cameron kan. Qayyum....nanti tunggu besar sikit yer. Mama n papa bawak Qayyum gi sana ok   :
Tak ada byk gambar menarik sepanjang di kampung ni. Cuma mama ada ambik gambar kereta baru Mak Long. Nza Citra yg baru dalam 2 minggu sampai.
Syok betul abg Azim n Kak Zeti naik Citra yer. Maklumler sblm ni naik wira jer. Sekarang Wira Mak Long dah bg kat Atuk  Ehem..ehem..atuk ada 2 kete nampaknya ! Ni bergambar  kat Citra baru Mak Long...he..he...

Ni pulak...gambar2 ole-ole Mak Long bagi dari Camerons.
Tima kaceh Mak Long...
ada teh, dried strawberry, chocolate strawberry, bunga rose n fidge magnet.
Sedap n comei....nanti gi jalan lagi, jgn lupa bg lagi ole-ole....


Mama n Qayyum balik ke Masai pada 25 Mei (Ahad). Ni sebab mama ada test kpli pada Sabtu ni 24 Mei 2008. Doakan mama lulus yer. Nak sgt jadi cikgu jg macam papa....semoga impian jd kenyataan...AMIN....

Friday, May 16, 2008

Terima Kasih Cikgu

Hari ni 16 Mei, papa sambut Hari Guru.
Macam biasa...seperti tahun-tahun yang lepas, ada macam-macam aktiviti kat sekolah.
Antaranya tukar2 hadiah sesama cikgu, sukaneka, persembahan murid-murid dan jamuan.
Dan yang paling best...papa dapat hadiah dari anak-anak murid.
Sebagai pengajar, bukan lah hadiah yang dipinta..tapi kejayaan anak murid yang lebih bermakna.
Selamat Hari Guru Papa...
Guru Cemerlang...Negara Terbilang !!
Dan buat semua guru-guru di Malaysia,
Selamat Hari Guru !
Selamat menjalankan tanggungjawab sebagai pendidik...
Jasamu akan dikenang selalu....

Sunday, May 11, 2008

Selamat Hari Ibu


Buat bonda kami tersayang....
AZIZAH BT MOHD JALI
& MENDIANG SADI ANAK LAMAN

Semoga berbahagia selalu...dan hidupmu / rohmu dirahmati.
Segala pengorbananmu selama ini tidak terbalas oleh kami.
Hanya ucapan terima kasih....atas segalanya.

Anakmu,
ZURAIDAH BT RASTI @ APANDI
BADIS ANAK JUBIN @ BADRUL HISYAM BIN ABDULLAH


Untuk mereka-mereka yang masih mempunyai ibu......
Sayangilah mereka seperti mana mereka menyayangi kamu selagi hayat nya ada..
Dan bagi mereka yang sudah kehilangan ibu sentiasalah berdoa untuk mereka.

Selamat Hari Ibu
untuk yang bakal dan telah menjadi Ibu...
Jasa mu tidakkan mampu dibalas dengan apa jua....

Terima kasih atas segala nya....
Tanpa ibu siapalah kita.... 

 

Friday, May 9, 2008

Melawat Nenek

Hari Khamis 8 Mei 2008, nenek Qayyum telah dimasukkan ke hospital Kluang kerana demam. Dah hampir seminggu demam nenek tak kebah. Rasanya masa Qayyum melawat nenek pada hujung minggu yang lepas lagi, waktu itu nenek Azizah dah demam.
Demam nenek datang-datang. Sekejap elok, pastu datang lagi...sampai gigil-gigil.
Dan pada hari Khamis, Mak Long Ruzita bawak nenek ke hospital Pakar Utama. Setelah itu Nenek dirujuk ke Hospital Kluang.

Qayyum, Mama dan Papa pergi melawat nenek pada Jumaat 9 MEI 2008 selepas papa habis mengajar. Kami bertolak dari Masai dalam pukul 4.00 petang dan sampai di Hospital Kluang pukul 6.00 petang. Waktu kami sampai...ada Mak Long, Pak Long, Pak Ngah n family. Buyut dan Makcik Qayyum dari Batu Pahat pun ada datang melawat nenek Qayyum.

Malamnya..mama, papa dan Qayyum tido kat rumah Pak Ngah di Kg Bukit Batu, Machap, Ayer Hitam. Ermm...ada kawan ler Qayyum kat situ yer. Ada kakak Alya. Ada geng ler !

Papa lak dah janji nak pick up adik papa yg dtg dr Sarawak. Dia ada kursus di Melaka seminggu. Malam ni dia balik dr Melaka. So, papa suruh dia turun di Ayer Hitam. Dalam pukul 11 malam Aya Unong sampai. Ermm...dapat jumpa lagi Qayyum dengan Aya Unong dia. (aya....dalam bahasa iban...maksudnya pakcik)

Harap-harap Nenek cepat sembuh yer ! Rajin-rajin makan ubat ...nanti dah sihat dapatlah buat kenduri cukur jambul Qayyum kat rumah Nenek. Qayyum dah tak sabar nak botakkan kepala ni.....  

:(  Nenek di hospital
Along, Ajem & Zeti
Papa pun nak posing atas katil hospital
Mama dan Nenek
Qayyum pulak...tido dlm stroller
 Ini pulak gambar-gambar kat rumah Angah
Anak angah ~ Alya Afiqah
Alya, Qayyum & Mama
Alya :)
Dah ready nak titun ler !
Papa & Qayyum
Posing lagi...

Koleksi gambar baby Qayyum

 
Gambar-gambar Qayyum. Hari ke hari makin membesar anak aku ni. Seronok tengok perkembangan Qayyum. 

7 Hari
10 Hari
17 Hari
20 Hari
23 Hari
1 Bulan @ 30 Hari

Thursday, May 8, 2008

Kesayangan Mama & Papa

Ermm.nak cerita lagi tentang buah hati kami....
dah besar anak mama n papa ni. Dah nak masuk 2 bulan. Qayyum sekarang dah pandai senyum. Dah pandai menegur. Macam nak ajak mama dan papa borak2 jer. Cute sgt dengar suara kecik Qayyum :)
Muka masa tido pun comel jer. Ermmmm...geram tgk dia !! Rasa nak cubit-cubit jer pipi montel tu. 
Ini dia gambar-gambar baby Qayyum terkini. 

Muka terbaru waktu 1 bulan 3 minggu.

Syok tido....
Tgh syok tido..zzz
Lena nyer...
Pipi montel !
dengan Papa
Sayang dia ...
Muka ngantuk lagi...
Saya budak comey ;)






Sunday, May 4, 2008

Amedeus Kana - Qayyum's Cousin

Amedeus Kana...nama sepupu Qayyum di Betong, Sarawak. Baby Kana ni anak kepada adik papa (Unong). Yg bestnyer, Kana dan Qayyum ni sebaya. Qayyum lahir pada 13/3/08, dan Kana pula lahir pada 10/4/08. Tapi baby Kana lebih berat dari Qayyum masa lahir. Qayyum cuma 2.8kg, tp Kana 2.9kg. Qayyum lahir c-sect , Kana pula lahir normal. Tapi dua-dua boy !!

Ni yang best ni. Boleh jadi geng Qayyum bila Qayyum balik rumah panjang papa kat Sarawak nanti. Nanti boleh ler Kana ajar Qayyum cakap iban yer. Maklumler..Qayyum ni, mama melayu...harap papa jer iban. So, x pure iban ler. Qayyum anak 'banyu' (iban + melayu) . he...he....
 
Unong bgtau, muka Kana dan Qayyum hampir sama. Ye ker ? Betul ker sama ? So, papa dan mama pun tgk ler gambar Qayyum masa  Unong datang rumah pada 4 Mei 2008 yg lalu. Unong ada kursus kat Melaka selama seminggu. So, sblm ke Melaka...Aya Unong singgah bermalam kat rumah Qayyum dulu.
Jom tgk...sama ker muka Qayyum dan Kana
Kana ~ 1 Hari
Qayyum ~ 1 Hari
Kana ~ 14 Hari
Qayyum ~ 17 Hari
Qayyum & Uncle Unong
Qayyum, Uncle Unong & Papa
Nak ucap terima kasih juga pada Kana sebab hadiahkan Qayyum teddy bear yg cute n comeii sangat
Nanti boleh Qayyum buat teman tido. Qayyum akan buat bantal bucuk . Setiap malam nak tido Qayyum akan peluk .
Tima kacih banyak2 yer...sebab ingat kat Qayyum.
Inilah teddy bear yg cute n comeii tu...
Cute Teddy Bear from Kana
Qayyum pun ada dapat hadiah toy 'elephant' dari kawan papa - cikgu Sarmiza. Tima kaceh yer....Qayyum suka sgt elephant tu, sebab kat tgn dan kaki dia ada loceng, ada muzik n cermin. Bila boring-boring Qayyum tekan tgn n kaki elephant tu...nanti kuar ler bunyi dia.... . Best tu...
Cute Elephant  =.=

Nak ucap juga terima kasih kat kawan-kawan mama n papa yg banyak bagi hamper, baju n duit pada Qayyum tempohari. Qayyum dapat 5 hamper dari Mak Long, Pak Ngah,   jiran Qayyum (Madam Tan), kawan mama - aunty Ris dan kawan papa - cikgu Nila. Tima kacih yer banyak2. Tak lupa pada nenek yg hadiahkan Qayyum buai. Pada kawan papa- cikgu Rosmaniza dan Rosfadilah yg hadiahkan baju. Pada kawan mama - aunty jaja..yg bagi baju cantik. Tima kacih semua. Jgn kecik ati yer if x sebut nama...
Ini gambar hamper-hamper Qayyum, yang digayakan oleh abg Azim n Kak Zeti
Hamper untuk Qayyum