Hari Khamis 8 Mei 2008, nenek Qayyum telah dimasukkan ke hospital Kluang kerana demam. Dah hampir seminggu demam nenek tak kebah. Rasanya masa Qayyum melawat nenek pada hujung minggu yang lepas lagi, waktu itu nenek Azizah dah demam.
Demam nenek datang-datang. Sekejap elok, pastu datang lagi...sampai gigil-gigil.
Dan pada hari Khamis, Mak Long Ruzita bawak nenek ke hospital Pakar Utama. Setelah itu Nenek dirujuk ke Hospital Kluang.
Qayyum, Mama dan Papa pergi melawat nenek pada Jumaat 9 MEI 2008 selepas papa habis mengajar. Kami bertolak dari Masai dalam pukul 4.00 petang dan sampai di Hospital Kluang pukul 6.00 petang. Waktu kami sampai...ada Mak Long, Pak Long, Pak Ngah n family. Buyut dan Makcik Qayyum dari Batu Pahat pun ada datang melawat nenek Qayyum.
Malamnya..mama, papa dan Qayyum tido kat rumah Pak Ngah di Kg Bukit Batu, Machap, Ayer Hitam. Ermm...ada kawan ler Qayyum kat situ yer. Ada kakak Alya. Ada geng ler !
Papa lak dah janji nak pick up adik papa yg dtg dr Sarawak. Dia ada kursus di Melaka seminggu. Malam ni dia balik dr Melaka. So, papa suruh dia turun di Ayer Hitam. Dalam pukul 11 malam Aya Unong sampai. Ermm...dapat jumpa lagi Qayyum dengan Aya Unong dia. (aya....dalam bahasa iban...maksudnya pakcik)
Harap-harap Nenek cepat sembuh yer ! Rajin-rajin makan ubat ...nanti dah sihat dapatlah buat kenduri cukur jambul Qayyum kat rumah Nenek. Qayyum dah tak sabar nak botakkan kepala ni.....
|
:( Nenek di hospital |
|
Along, Ajem & Zeti |
|
|
Papa pun nak posing atas katil hospital |
|
Mama dan Nenek |
|
Qayyum pulak...tido dlm stroller |
Ini pulak gambar-gambar kat rumah Angah
|
Anak angah ~ Alya Afiqah |
|
Alya, Qayyum & Mama |
|
Alya :) |
|
Dah ready nak titun ler ! |
|
Papa & Qayyum |
|
Posing lagi... |
0 comments:
Post a Comment