Tuesday, August 31, 2010

Cuti Merdeka

Hari ni cuti merdeka yg ke 53. Selamat menyambut hari kemerdekaan Malaysia. Semoga negara Malaysia akan kekal aman. Tak ada aktiviti menarik sepanjang hari cuti ni. Masa yg ada kalau boleh nak spent ngan family n lepak-lepak kat rumah je. Emm...rumah terlalu sepah, sampai x tau nak mula kemas dari mana. Downstair & upstair sama saja sepah...mood pun tak datang lagi nak kemas2 ni. Last2 decide nak mula kemas bila cuti sekolah mula nnt. Tambahan pulak rasanya masa tu semangat lebih sikit kot sebab dah nak raya. Masa cuti tu juga plan nak buat biskut raya. Biskut apa ? Ala...macam biasa lah aku ni cuma pandai buat tat nenas gulung dan almond london je. Pastu nak buat popia mini, tapi serunding order dr kakak ipar..dia tak niaga lah pulak thn ni. Busy ngan jahitan tempahan baju raya dia kata. abg Ngah aku suruh buat sendiri serunding tu, dia boleh bg aku resepi kalau nak. Masalahnya...aku ni ada masa ker.. :) Akan difikirkan kelak...ha..ha..sebab urusan mengemas belum pun buat.

Pagi tadi , hubby n Qayyum teman aku gi ambik brg pinggan mangkuk yg diorder customer kat stokis. Aku pun tumpang beli gak balang kuih raya. Perempuan mmg macam ni lah...nak juga beli, pantang nampak pinggan mangkuk, brg perkakasan rumah. Semua rasa cantik dan berkenan di hati. Tapi aku dah buat bajet, dan dah list kan apa yg perlu dan x perlu. So, walaupun dorongan nak membeli tu byk, tapi aku berjaya ikut short listed aku ni :)

Lepas ambik brg2 tu tadi..aku ajak hubby gi jusco. Tapi dia tak nak. Dia nak gi giant. Punyalah ramai org kat giant tu. Tapi suasana mmg best lah..dgn lagu raya berkumandang, brg2 raya dalam giant tu..betul2 rasa raya hampir tiba. Tapi org cina pun ramai leh...mereka pun mau raya kah ?? Tak beli apa sgt pun, byk kepada brg basah je utk masak buka nnt.

Dan utk berbuka hari ni..aku masakkan hubby ikan siakap stim limau, sayur kancang buncis goreng campur udang. Ikan stim tu senang jer masaknya. Alhamdulillah....rezeki kami berbuka untuk hari ini.
Ikan Siakap Stim Limau




Kacang buncis goreng + udang
Qayyum ? Ermm lepas dapat mainan lori besar di Giant tadi, dlm pkl 5.30 dah tido kepenatan. So, waktu berbuka agak aman sedikit tanpa gangguan si kecik tu.

Kenapalah kalau hari cuti..rasa pendek jer masa. Dah malam...esok kena gi kerja....huwa....mood malas masih melanda diri ni. Oh cuti...cepatlah kau datang !!

Saturday, August 28, 2010

First time potong rambut

Sabtu ni, adalah sabtu kedua sekolah ganti sempena Hari Raya Aidilfitri. Memang penat, guna jadual hari Rabu. 6 masa + relief 1 masa jadilah 7 masa. Balik pukul 1.05 tghri. Tapi masih tak relax lagi sebab ada tuisyen dr 2.30 ptg hingga 6.00 ptg. 2 slot, PA dan Math. Husband pun tuisyen gak hari ni.


So, rutin biasa lah kalau jadual kami clashed, aku akan bawa Qayyum gi pusat tuisyen. Bila papa dia hbs tuisyen jam 4.30ptg nnt, kelas aku pulak mula. Masa tu Qayyum akan ikut papa dia balik rumah pulak. Dan hari tu aku suggest kat husband bawa Qayyum gi potong rambut kat kedai india. Husband mula-mula tak nak. Dia kata dia boleh potong rambut Qayyum kat rumah guna mesin, tapi aku kata try lah gi kedai. Sebab sebelum2 ni hasil potongan papa Qayyum ni tak berapa nak menjadi memandangkan Qayyum ni penggeli sangat. Baru letak mesin dia dah menggeliat sana sini.

So, terciptalah sejarah buat anak aku pada 28.8.2010 ni bila inalah first time dia potong rambut di kedai. Bukan main excited dia bila papa kata nak gi kedai potong rambut. Muka bukan main senyum je. Aku tak ada bersama masa operasi potong ni sebab aku kelas math masa tu. Menurut husband, mula-mula ok. Masa duduk kat kerusi tu ok lagi. Dia mula menangis bila aney tu balut dia ngan kain. Jerit2 dia nangis 'Yap papa, yap papa !" . Itu bahasa iban tu "Berap papa..berap papa" maksudnya peluk papa, peluk papa. Tapi husband aku dgn gigihnya pujuk dia. Dan adalah seorang India yg baru lepas potong rambut juga tolong pujuk si Qayyum ni. Adalah dalam 10 minit dia nangis, pastu ok. Aku terima mms gambar si Qayyum ni tgh nangis masa potong rambut.
Dah mula nangis...
Masih nangis..walau dah pujuk
Dah ok...
muka steady jer
Dah tak takut lagi...
Hampir siap ...

Balik dari tuisyen..tgk rambut Qayyum dah pendek. Ok juga rambut baru ni, nampak tak rimas ...muka Qayyum ? Ermm nampak makin nakal..tapi cute sangat ! :)
Ini gambar-gambar selepas potong rambut...
Rambut baru

Ok tak rambut ni ??

Sunday, August 15, 2010

Gambar Qayyum yang Mama paling suka

Ermm...nak kongsi gambar Qayyum yang Mama suka sangat tengok.
Gambar ni ambik masa umur Qayyum 2 bulan.
Suka tengok muka Qayyum tengah senyum. Comel sangat.
Dengan pipi tembam dan mata sepet dia....
Chubby Boy
Glamour
Model ker  :)
Comeyy...
 Eh perasan tak kat TV3 sekarang tgh tayang drama ABADI SEBUAH CINTA lakonan Umie Aida dan Rosyam Nor. Ada watak nama Qayyum lakonan Tony Eusoff dan Inspektor Qayyum lakonan Rosyam Nor. Eh sama ler nama ngan anak mama ni.

Dulu sebelum lahir mama nak letak nama dia RAYYAN. Tetiba ada pulak drama Bella kat TV3 ada watak Doktor Rayyan lakonan Ako Mustapha.
Sekrang nama Qayyum pun ada gak...

Emmm .... glamer ler anak mama ni.
Dah besar nanti...nak jadi pelakon gak ker ?