Saturday, August 28, 2010

First time potong rambut

Sabtu ni, adalah sabtu kedua sekolah ganti sempena Hari Raya Aidilfitri. Memang penat, guna jadual hari Rabu. 6 masa + relief 1 masa jadilah 7 masa. Balik pukul 1.05 tghri. Tapi masih tak relax lagi sebab ada tuisyen dr 2.30 ptg hingga 6.00 ptg. 2 slot, PA dan Math. Husband pun tuisyen gak hari ni.


So, rutin biasa lah kalau jadual kami clashed, aku akan bawa Qayyum gi pusat tuisyen. Bila papa dia hbs tuisyen jam 4.30ptg nnt, kelas aku pulak mula. Masa tu Qayyum akan ikut papa dia balik rumah pulak. Dan hari tu aku suggest kat husband bawa Qayyum gi potong rambut kat kedai india. Husband mula-mula tak nak. Dia kata dia boleh potong rambut Qayyum kat rumah guna mesin, tapi aku kata try lah gi kedai. Sebab sebelum2 ni hasil potongan papa Qayyum ni tak berapa nak menjadi memandangkan Qayyum ni penggeli sangat. Baru letak mesin dia dah menggeliat sana sini.

So, terciptalah sejarah buat anak aku pada 28.8.2010 ni bila inalah first time dia potong rambut di kedai. Bukan main excited dia bila papa kata nak gi kedai potong rambut. Muka bukan main senyum je. Aku tak ada bersama masa operasi potong ni sebab aku kelas math masa tu. Menurut husband, mula-mula ok. Masa duduk kat kerusi tu ok lagi. Dia mula menangis bila aney tu balut dia ngan kain. Jerit2 dia nangis 'Yap papa, yap papa !" . Itu bahasa iban tu "Berap papa..berap papa" maksudnya peluk papa, peluk papa. Tapi husband aku dgn gigihnya pujuk dia. Dan adalah seorang India yg baru lepas potong rambut juga tolong pujuk si Qayyum ni. Adalah dalam 10 minit dia nangis, pastu ok. Aku terima mms gambar si Qayyum ni tgh nangis masa potong rambut.
Dah mula nangis...
Masih nangis..walau dah pujuk
Dah ok...
muka steady jer
Dah tak takut lagi...
Hampir siap ...

Balik dari tuisyen..tgk rambut Qayyum dah pendek. Ok juga rambut baru ni, nampak tak rimas ...muka Qayyum ? Ermm nampak makin nakal..tapi cute sangat ! :)
Ini gambar-gambar selepas potong rambut...
Rambut baru

Ok tak rambut ni ??

1 comments:

Zu Quzaify Nurbadiz said...

ok lah tu yer..nnt kita potong lagi kalau dah panjang...

Post a Comment