Tuesday, March 15, 2011

Taman Bunga Istana


Sebenarnya tak plan pun nak gi sini. Sebab pada hari Selasa, 15 Mac 2011 tu hubby ada kelas tambahan kat sekolah. Dari pukul 8pg sampailah pukul 12.30tghri. Tapi memandangkan masa tu rumah blackout  dari pukul 10pagi hingga 7petang...maka terpaksalah plan outing sbb malas duduk rumah berpanas-pansan dan boring giler bila x boleh on tv kan. Padahal, dah dapat notis dr TNB 3 hari sebelum tu yg mmg akan dibuat penyelenggaraan tahunan bagi pencawang yg melibatkan taman aku ni.

So aku call hubby kat sekolah cakap kat rumah panas x de elektrik. Hubby cakap..mama fikir lah nak gi jalan mana nanti bila Papa balik. Aku pun tanya Qayyum nak gi mana. Qayyum cakap nak jalan Jusco. Aku cakap x yah lah gi Jusco, baru semalam kita shopping baju kat Jusco. Fikir punya fikir, baru aku teringat yg aku dan hubby sebenarnya masa gi Jusco semalam cari gitar. Tapi x jumpa. Then, niat nak mencari gitar tu pun aku sambungkan ke aktiviti hari ini.

Aku suggest kat hubby bawa Qayyum ke Muzium Istana lama JB. Sebabnya...aku pun dah lama tak gi situ. Rasanya pergi masa aku sekolah rendah dulu. Hubby lagi lah, langsung belum pernah pergi. Tapi amat mendukacitakan, bila sampai...muzium ditutup utk renovation. Aku tanya polis yg bertugas tu berapa lama tutup, dia kata maybe hampir setahun. mak aii.....lamanya ! Habiss tu dah jauh2 dari pasir gudang ke jb, tak kan nak balik cam tu jer. Aku terus ajak hubby jalan2 jer kat taman bunga istana tu. Ramai juga orang masa tu. Ramai yg datang tu jogging dan bt photoshoot. Hehehe...peluang ni nak gunakan DSLR baru kita org. Apalagi..hubby pun terus lah bawak Nikon dan try ambik gambar. Yg jadi model kita org jugak lah :) Mana ada org lain. Hasilnya, x der lah cantik sgt sbb beginner kan. Kata org practice make perfect. So, byk lagi nak kena belajar.

Balik dari taman bunga istana tu singgah kat Angsana. Cari gitar. Ada jual kat UO. Tapi condition x cantik dah scracth body dia. x jadi beli. Tapi beli lain lak. Hubby borong lagi baju, kemeja dan jeans. On the way balik singgah Giant. Gi kedai Cash converter tu. Cari gitar. Banyak sgt pilihan. Dr yg baru hingga second hand. Yang biasa dan gitar elektrik semua ada. Hubby beli gitar baru yg biasa, gitar kapok yg murah tu jer. Sebab nanti kalau beli mahal2 takut dikerjakan si Qayyum. Dia sekarang bukan main excited nak main gitar. Bila kita belikan gitar mainan, dia tak nak.  

Ok, ni antara pic-pic masa photoshoot kat taman bunga istana tu. Nak tengok semua pic, klik SINI.





Sunday, March 13, 2011

Qayyum 3rd yrs Birthday Party


Punya lah sibuk n penat kan bila kita jadi party planner. Bukan nak buat majlis besar2 pun. Cuma lah tetamu dalam lingkungan 15-20 orang je. Tapi, hati bagai tak tentu arah. Yer lah...bila nak buat sesuatu dah tentu kita nak yang terbaik kan. Tak kan nak ala kadar jer. Walaupun majlis serba sederhana..tapi kalau boleh, nak buat semua hati tetamu yang datang happy dan rasa tak kecewa.

Ok, mula-mula plan menu dulu. Dalam kepala nak masak yang senang2 jer sebab x der assistant kan. So, decided nak masak nasi ayam. Puas 'menggoogle' cari resepi nasi ayam yang paling mudah tapi hasilnya pasti nak sedap. Pastu decided nak buat kek sendiri. Mak aii...biar betul nak buat kek. Kenapa tak nak beli kat kedai jer..kan mudah. Sebenarnya nak try skill buat kek. Dah penat berhari-hari aku belajar buat kek dari youtube, tgk macam mudah jer. Yakin sgt lah konon2 boleh jadi kek aku ni ! Hahaha...poyo !

Maka, chocolate moist cake jadi pilihan. Step pertama..cari resepi. Bila cake dah siap kukus, buat icing lak. Theme...buat yg mudah jer decoration kek tu. Buat macam garden...grass icing pastu tempek kan seketul figurine Doraemon. Actually Qayyum requested nak Ultraman. Tapi susah lah nak buat ultraman. Buat doraemon ni pun hubby aku yg tolong buat body dia, kepala, poket, tangan, kaki dan misai dia. Aku tinggal pasang mata, mulut. Pastu guna cutter, buat nama qayyum utk letak atas kek. Semuanya guna fondant ready made. Nk buat malas yer dan takut tak jadi lak.

Pastu buat lak kuih lain. Iaitu chocolate cupcakes. Yg ni tak kukus...bakar jer nak cepat. Dan buat kuih apam polka dot. Hasilnya...wah sungguh colorful. Ceria gitu..sesuai lah utk birthday party budak2 kan. Aktiviti buat kek, cupcakes dan kuih apam mula dari hari sabtu lagi. Jam 3 petang. Deco icing buat malam2 lebih kurang jam 12malam. Nak nangis gak masa melepa icing tu. Tgk youtube punya lah mudah..sekali ambik ko..masa buat punya lah susah. Dah lah tgn tak berseni..keras jer. Tapi nasib baik jadi gak. Semangat yg tinggi, tak putus asa kan. Walaupun tak brp kemas..tapi nampak gak lah rupa kek tu.

Masak main course menu iaitu nasi ayam pada pagi Ahad jam 5pagi. Masak sorang2. Huhuhu..sampai tegang urat kaki berdiri lama2 kat dapur tu. Dalam pukul 9pagi semua siap dah. Pastu hubby turun tolong basuh pinggan dan aku naik atas tidur kat bilik jap sampai kul 11pagi. Handphone masa tu byk yg htr sms atau call, soril ah x dapat nak balas n jawab. Letih sgt gaya nya. Dalam kul 12tghri anak sedara aku si Boy n gf dia Siah datang. Terima kasih yer dtg awal. Dapat gak tolong2 ibu potong tomato, timun, tembikai dan daun salad. Tolong buat air kordial dan tolong sedia bahan2 utk aku buat kuah sos cili nasi ayam ni. Ada menu tambahan, iaitu kupang goreng. Hubby aku beli dr pengusaha kupang. 1 guni baja RM40. Tapi dia beli half jer. Dia yg urus semua, dari basuh dan masak. Aku mmg tak suka buat bila banyak2 macam tu.

Dalam pukul 2.30 petang, majlis pun bermula. Terima kasih pada para tetamu yg sudi datang. Terima kasih bg hadiah kat Qayyum. Sehari suntuk tu, anak bujang aku mmg tersenyum happy jer. Bukan main gembira lagi bila semua sepupu dia datang. Dan terima kasih juga buat sedara-sedara sebelah hubby yg datang. Malam tu, sedara yg berpangkat anak sedara kpd hubby datang rumah (pangkat jer lah, umur rasa dia lagi tua ) dia ni unik, sbb wife dia org Mexico. kira iban + mexico lah. Tgk muka anak2 dia...unik ! Macam arab pun ada. Nasib baik ada gak sikit lagi makanan, alau tak malu lah aku sbg tuan rumah tak de apa nak dihidangkan.
 
So, jom layan pic-pic sepanjang majlis. Nak tgk semua pic, gi kat facebook Qayyum atau klik jer SINI

 
Menu makanan
Potong Kek

13 Mac 2011..alamak salah type lak tahun tu !



Sunday, March 6, 2011

Dapat DSLR Nikon D5000


Salam semua, lama dah x update blog ni. Bukan x ada masa...cuma x de idea nak share apa. Tahun 2011 ni...dari awal tahun asyik dukacita jer. Mula-mula dgn peristiwa kepergian arwah Atuk. Lepas tu aku pula miscarriage baby pada awal 11 minggu. Belum rezeki lagi agaknya nak dapat baby baru.

Bagi menghilangkan rasa sedih aku ni, my hubby belikan camera DSLR Nikon D5000. Sebenarnya bukan padai pun bab-bab fotografi ni. Tapi bila hubby dah belikan ni, minat tu mula ada. Nak juga try, dan mana tahu kot-kot ada bakat terpendam dalam seni ambil gambar ni. Buat masa ni hubby lah banyak habis masa baca manual tu. Nak dapatkan tips n trick2 ambik gambar.

Actually masa hubby n aku nak gi beli DSLR ni..x der gi survey2 pun. Mula2 datang shopping complex nak jalan2 jer. Tiba2 nampak DSLR ni terus terbekenan kata hubby nak beli utk dia dan aku. As a gift lah juga kiranya ni. Hubby mmg dah lama plan nak beli. Tapi x tau which model n brand yg ok. So masa nak beli tu..tiba2 aku teringat anak buah aku kat UTM, Boy (Sebastian). Dia ni minat dan arif gak bab2 kamera n fotografi. So aku call tanya. Antara Canon dan Nikon mana ok. Tanya harga ok x, tanya model. Dia suggestkan aku ambik Nikon. Tauke kedai tu pun suggest hubby dan aku ambik Nikon. Sebab dia kata  ramai pro photographer guna Nikon. Tapi yg easy use ialah Canon. Cuma Canon ni dia punya aksesori agak mahal berbanding Nikon. Kesimpulannya, each brand have pros and cons masing2. Dan tgh2 nak closed deal dgn tauke tu, datang lak kawan cikgu aku...Sasikumar. Dia ni selalu guna DSLR sekolah. Sekolah punya brand Canon. So, dia suggest Canon kat aku. Tapi dia kata depends lah aku nak pilih mana, sebab duit aku kan, dan aku n hubby yg nak guna. Tapi dia kata Canon mmg senang nak guna. User friendly dan amat2 sesuai buat beginner macam aku dan hubby.

Ok, lepas dah ada DSLR ni...maka kena kerap lah hubby n aku berposing2 dan shoot sana sini bg memantapkan skill. Dah tentu my montel Qayyum kena paksa jadi model. Hehehe....Thanks my dear...belikan DSLR ni. Love u so much !



Saturday, February 19, 2011

Titipan Kasih buat Atuk - Almarhumah Lijah binti Baman


DIA YANG AKU PANGGIL ATUK 

Aku panggil dia Atuk. Bahkan sepupu-sepupu yang lain pun panggil dia Atuk biar pun ada yang kata kenapa panggil Atuk ? Dia kan perempuan, panggil lah Nenek. Biarlah apa orang nak panggil, ia tetap merujuk pada insan yang sama, nenda kami semua iaitu LIJAH BINTI BAMAN. Ibu kepada Emak aku. Lahir pada 22 November 1920. Tapi di kad pengenalan JPN mencatatkan tahun kelahirannya pada 1902.

Aku tak berapa rapat dengan Atuk. Maka, kisah peribadinya dan latar belakangnya begitu sikit yang aku tahu. Tapi sudah menjadi rutin, setiap kali Aidilfitri menjelma, aku dan keluarga akan pulang ke Kampung Sawah Baru, Tenang di Labis. Dari aku kecik hingga aku dah berkahwin, tradisi ini diteruskan. Emak dan Abah akan bawa kami adik beradik balik kampung Atuk. Dan satu perkara yang aku suka sangat masa kecik2, bila balik kampong Atuk..ialah sebab ada sungai yang cantik belakang rumah Atuk.

MEMORI TENTANG ATUK

Bila Atuk dah pergi, baru lah terasa ketidaannya. Menjelma lah semua kenangan2 masa silam di kampung Atuk. Rumah kayu yang kini usang. Aku rasa kali terakhir aku beraya di situ pada tahun 2007. Selepas itu rumah Atuk dah tak dikunjungi anak-anak dan cucu-cucunya dan cicit-cicitnya. Selepas Atuk jatuh tangga, dan sakit…Atuk dah tak tinggal sendiri lagi. Dia di bawa pergi anak-anak tinggal bersama. Bersilih ganti anak-anak bergilir menjaganya hingga saat dia pergi.

Bila Atuk dah tiada, tergiang-giang suara kuat Atuk kat telinga aku. Atuk bukan suka menjerit, tapi bila dah tua..dia kurang dengar. Sebab itu dia cakap kuat. Mata Atuk pun dah tak nampak. Pakai cermin mata masih juga tak jelas. Terbayang-bayang wajah kedut Atuk yang begitu kurus, uzur dan tua selari dengan usianya yang mencecah 109 tahun mengikut kad pengenalan. Tapi sebenarnya usia Atuk baru 91 tahun.

TERIMA KASIH ATUK

Atuk ada 9 orang anak. 7 anak lelaki dan 2 anak perempuan. Terima kasih Atuk kerana berkorban nyawa masa melahirkan mereka semua. Terima kasih Atuk sebab bagi nama yang baik-baik kepada mereka, termasuk Emak aku. Tak ada Atuk, tak ada lah aku. Emak aku anak perempuan kedua dalam keluarga besar ini. Atuk ada ramai cucu, sebab semua anak-anak Atuk dah dewasa dan berkahwin. Malah Atuk juga mempunyai cicit. Tapi aku tak ingat berapa bilangan sebenar cucu dan cicit Atuk, sebab aku dan sepupu-sepupu jarang sekali dapat berkumpul bersama-sama. Malah ada antara sepupu, masing-masing tak kenal. Kenapa ? Sebab ada anak-anak Atuk yang jarang balik kampung dan perkenalkan anak-anak mereka pada aku.

Anak-anak Atuk semua masih hidup. Terima kasih Atuk, kerana membesar kan dan mendidik mereka semua hingga kini hidup dalam fizikal dan tubuh yang sihat. Rupa yang cantik. Mewariskan hidung yang mancung pada Emak, hingga aku pun ada memilikinya sama. Terima kasih hantar mereka ke sekolah. Yang lelaki semua bekerja, malah ada yang jadi askar dan polis. Aku tak tahu, bila suami Atuk meninggal…tapi bila Atuk dah tiada, baru aku sibuk nak cari Emak aku nak bertanya itu ini. Tapi yang aku tahu, pasti Atuk hidup sunyi bila suami dah tiada dan apabila anak-anak dah berkahwin dan memulakan kehidupan mereka sendiri. Tinggal lah Atuk kat rumah kampung sendiri, pasti sentiasa menunggu-menunggu kepulangan anak dan cucu.

Terima kasih Atuk kerana walaupun hubungan kita tak rapat, tapi aku masih terkesan dengan memori kau sebagai Atuk aku. Terima kasih Atuk, kerana setiap kali aku dan cucu-cucu yang lain pulang, kau tak pernah gagal buat air kopi o atau teh susu yang manis. Bangun seawal subuh menguli roti canai buat santapan sarapan anak-anak, menantu dan cucu yang pulang. Menjelang raya, membuat ketupat, masak kurma ayam dan kari ayam buat juadah lebaran. Yang kadang-kadang juadah Atuk buat aku cirit-birit setiap kali raya. Rindunya aku pada semua itu. Rindunya aku nak dengar suara Atuk bebel-bebel kat cucu-cucu masa kami kecik2 dulu, sebab suka berendam kat sungai belakang rumah sampai kecut tangan dan kaki.

Selepas Atuk sakit, aku dah tak sambut raya di kampung Atuk. Yang aku tahu tradisi keluarga aku dah berubah. Emak dan Abah dah tak balik Kg. Sawah Baru, tapi pergi melawat Atuk di rumah anak yang menjaga Atuk. Ada waktunya Atuk di KL dijaga Pak Usu, kadang di Perak, dijaga Pak Chik. Kadang di Segamat dijaga Pak Ngah atau Pak Anjang. Dan ada masa di Kluang, di jaga oleh Pak Itam. Persinggahan terakhir Atuk di Tangkak, dijaga anak perempuan sulung Atuk, Mak Long.

Yang pasti, Atuk tak pernah berada di rumah Emak aku. Kenapa ? Bukan anak perempuan Atuk yang kedua ini tidak sudi, tapi harap Atuk faham, Emak juga tidak sihat. Tahun 2008, hampir 4 bulan Emak keluar masuk wad. Emak nak menjaga diri tak terlarat, bagaimana nak mengurus Atuk. Moga Atuk faham…tak bersama tak bermakna Emak tidak sayang Atuk. Aku yakin itu, kerana Emak tidak pernah gagal melawat dan menjenguk Atuk walau di mana lokasi Atuk sepanjang Atuk sakit. Emak juga selalu berpesan pada aku adik-beradik supaya jangan lupa melawat Atuk, jangan tunggu raya saja baru nak melawat. Emak masih terapkan tradisi menziarahi Atuk pada aku dan adik beradik walaupun Atuk dah tak tinggal kat kampung. Terima kasih Atuk, kerana warisan didikan dan nilai tinggi ini kepada Emak.

SAAT DIA PERGI

Terakhir kali menatap wajah Atuk ialah 4 bulan yang lalu. Bulan Oktober .Pada Aidilfitri 2010. Iaitu Aidilfitri terakhir yang Atuk sambut. Silap aku, amat aku kesali...raya-raya sebelum itu malas pergi jenguk Atuk. Sebab kadang-kadang Atuk terlalu jauh di KL atau Perak. Raya terakhir jd kampung Atukp ada tahun 2007 tak silap. Ketika itu , Atuk masih sihat dan aku mengandungkan anak sulung, Qayyum. Selepas Atuk jatuh tangga, dan dijaga Pak Usu di KL, aku dah tak ikut serta rombongan Emak dan adik-beradik yang lain melawat Atuk. Raya tahun 2010, aku rasa terlalu rindu dan nak sangat jumpa Atuk . Nak Atuk tengok wajah anak aku Qayyum, walaupun aku tahu mata Atuk bukannnya nampak sangat.

Anak-anak, cucu dan cicit Atuk ramai sangat kat rumah Mak Long pada raya lepas. Semua datang menziarahi Atuk. Wajah Atuk ketika itu nampak ceria walaupun dah kedut dan nampak tua. Atuk kurus sangat, tapi masih boleh bercakap dan duduk berborak walaupun percakapan Atuk dah tak jelas. Gigi Atuk dah tak ada semua, nampak mulut Atuk agak kecut dan pipi kelihatan kempong terperosok ke dalam. Aku boleh borak dan bercakap dengan Atuk. Atuk ingat lagi nama anak-anak dan cucu dia. Malah Atuk sempat cium cicit yang pertama kalinya nak jumpa Buyut nya, iaitu Qayyum anak aku. Itu kali terakhir aku menziarahi Atuk. Anak-anak Atuk yang tiada ketika itu ialah Pak Uda dan Pak Usu. Mereka tinggal jauh, kat KL sana nun. 7 lagi anak Atuk semua ada datang bawa isteri, suami, anak, menantu dan cucu.

Cuti Raya Cina 2011, Emak maklumkan Atuk sakit. Aku tak berpeluang pergi tengok Atuk. Tapi Along aku dan Emak sempat singgah jenguk Atuk selepas balik dari Selangor melawat Adik aku di sana. Kata Along, uzur sangat Atuk. Terbaring lesu dan mengerang kesakitan. Macam terbiar dan terurus saja keadaannya. Bau Atuk pun tak sedap. Mungkin tak mandi dah berapa hari. Lampin Atuk pun tak tahu lah berapa kali tukar sehari atau langsung tak bertukar sebab bau nya sangat kuat masa Along dan Emak datang jenguk. Emak kata Atuk jatuh. Tak tahu cerita sebenar. Tapi kata Emak dua kali jatuh, pertama jatuh katil, dan kali kedua jatuh semasa di bilik air. Ketika Atuk jatuh, itulah hari sepatutnya dia membuang undi di Tenang. Atuk adalah moyang tertua yang dikhabarkan dalam surat khabar Metro bertarikh 26 Jan 2011.

Along cakap Atuk begitu menahan kesakitan. Dia nak bangun bila Emak, Abah, Along, suami dan anak-anak Along sampai. Tapi bila bangun terjerit-jerit sakit. Macam terseliuh tulang lagaknya. Atuk nampak sangat lapar. Along suap kan kuih, tapi susah sekali Atuk nak telan.  Lantas ditanya pada Mak Long, tak hantar hospital atau hantar urut ? Mak Long kata tak ada. Alangkah sedihnya mendengar perkhabaran itu. Kenapa Atuk melalui saat-saat derita begitu ? Tak ada duit kah Mak Long nak uruskannya ? Mustahil ! Sebab menurut Emak, Atuk ada sumber kewangan. Kebun getah Atuk di kampung banyak hasilnya dan lagi-lagi bila harga getah naik. Dah hampir 2 tahun Atuk tinggal dengan Mak Long, dan Pak Andak tak pernah tak hantar duit hasil getah Atuk pada Mak Long. Bukan ratus-ratus, tapi mencecah ribu-ribu setiap bulan.

Lantas keadaan Atuk dikhabarkan kepada anak-anak Atuk. Sikap dan cara Mak Long macam marah-marah seoalah-olah adik beradik yang lain tak ambik kisah dan bertanggungjawab dengan kesihatan Atuk. Seolah-olah semua beban diletakkan di bahu nya seorang. Sedih tengok Atuk , bila Mak Long dan keluarganya macam tak suka Atuk di situ. Tapi kenapa sebelum ini tak bagitahu kalau tak suka ? Kenapa masa Atuk dah terbaring baru nak mengeluh dan membebel bagai. Masa Atuk sihat, masa duit Atuk dihantar tiap-tiap bulan pada keluarga Mak Long, tak ada pulak dengar rungutan tak suka. Along kata, memang nak saja ambil Atuk bawak balik rumah ketika itu, tetapi kereta tak muat. Dan pada 2 Feb 2011, tiga hari selepas Atuk jatuh…Pak Itam dari Kluang datang jemput Atuk. Kesian melihat keadaan Atuk dibiarkan terbaring tanpa sebarang rawatan.

MASUK HOSPITAL

Rutin aku dan suami balik ke rumah Emak bila cuti. Aku dah berjanji dengan Along dan Angah untuk berjumpa dan habiskan cuti bersama. Sampai rumah Emak, dapat berita Atuk sakit. Tak lama kemudian, Along dapat panggilan dari Intan anak Pak Itam. Atuk dah masuk Jabatan Kecemasan di hospital Kluang sebaik saja sampai perjalanan dari Tangkak. Hati aku dah tak sedap. Aku minta Emak telefon semua adik-beradik yang lain. Sepantas kilat Emak call semua. Ada yang dah maklum, ada yang tak dapat dihubungi.

Pagi-pagi Emak dah bersiap-siap nak ke hospital. Aku dan suami pun siap sama. Kami anak-beranak nak segera melawat Atuk. Intan maklumkan Atuk dah koma. Kena serangan strok, dan telah masuk wad.

Sampai hospital, ramai yang dah ada. Mak Itam yang menjaga Atuk sepanjang malam dah balik ke rumah untuk berehat. Tinggallah Pak Chik, Pak Anjang, Pak Andak, Pak Ngah dan Emak yang baru sampai. Aku masuk tengok Atuk, memang terbaring kelemahan. Mata tertutup. Tangan sejuk beku. Sedih tengok tangan-tangan Atuk yang tinggal tulang tu dicucuk jarum dan wayar. Mulut Atuk dibekalkan tiub oksigen. Tekanan darah Atuk dipantau guna mesin. Dada Atuk turun naik, agak susah bernafas. Masa tengok Atuk, tak terucap kesedihan. Betapa uzurnya, betapa derita Atuk tanggung kesakitan.

Mak Ngah, Mak Chik, Mak Andak baca Yassin. Emak aku yang bertongkat pun duduk sekali baca Yassin. Abah datang pegang tangan Atuk dan bacakan Yassin. Aku sedekah kan Al-Fatihah, berdoa dalam hati semoga Allah ringankan sakit Atuk. Lepas itu aku keluar wad, tak tahan sebak tengok Atuk.

KRISIS

Di luar wad, penuh anak, menantu, cucu dan cicit Atuk. Aku tercari-cari siapa anak Atuk yang tak ada masa tu. Kelibat Mak Long tak ada. Pak Uda dan Pak Usu pun tak ada. Aku tanya pakcik dan makcik aku mana mereka. Menurut Pak Chik, Pak Uda dalam perjalanan dari KL ke Kluang. Naik scooter, lambat sebab tak ada kereta. Tak apa lah..asal kan dia berusaha nak balik dan sempat jenguk Atuk. Mak Long pulak, menurut Mak Chik..ada datang, tapi duduk jauh dari sekitar wad Atuk. Aku pun tak nak tanya kenapa dan tak nak timbul kan krisis. Agaknya Mak Long mencari ruang buat dirinya sendiri. Barangkali sedang bermuhasabah tentang sikapnya dan barangkali melarikan diri dari soalan-soalan dari adik-beradik tentang bagaimana Atuk jadi begitu. Aku tak kisah semua itu, yang aku tahu…dia nak juga datang tengok Atuk.

Tinggal seorang anak Atuk yang tak pasti nak balik jenguk Atuk atau tidak. Anak bongsu Atuk, anak kesayangan Atuk. Pak Usu. Duduk di KL. Memang jauh nak balik kan. Tapi bagi aku, bila dikhabarkan tentang orang tersayang dalam keadaan koma, balik sejuta kali pun aku sanggup. Takut tak sempat nak berjumpa lagi. Tapi Pak Usu aku ni, Angah aku dah call, adik beradik lain dah call…dia masih tak cakap nak balik atau tidak.Lepas try call lagi, dia off kan hp. Sedih kan. Kenapa dia buat Atuk macam tu ? Aku risau, risau Atuk tunggu kepulangan dia. Ya..Allah, kenapa perlu jadi krisis begini ?

Apa puncanya ? Kenapa anak-anak Atuk tak bersatu hati ? Aku pernah dengar Emak cerita. Masa itu aku kecik lagi. Emak kata Pak Usu dan Pak Uda masa zaman muda mereka pernah gaduh. Tentang duit. Pak Uda pernah pukul Pak Usu sebab mintak duit. Hampir kena seterika muka Pak Usu dibuatnya. Sejak itu, Pak Usu memang putus hubungan dengan Pak Uda walaupun kedua mereka tinggal di KL. Tapi adik-beradik yang lain masih berhubungan dengan Pak Uda. Tapi aku memang kurang kenal dengan Pak Uda sebab dia jarang balik kampung masa raya. Isteri dan anak-anaknya pun aku tak kenal. Dia balik ziarah Atuk biasanya bukan waktu raya, jadi jaranglah aku bersemuka dengan keluarganya.

Tapi sekarang Pak Uda dah berubah. Dah tak panas baran macam dulu.Dia juga berkali-kali cuba mohon maaf dari Pak Usu, tapi Pak Usu tak ingin memaafkannya. Masa dia sampai kat wad hari tu, terus dia tengok Atuk kat katil. Dibacakannya yassin. Dan menjelang zohor, dia panggil semua anak, menantu, cucu dan cucu menantu ke surau. Buat solat hajat buat Atuk. Tapi aku tetap tak faham sikap Pak Uda. Punya lah dia bersusah payah menunggang scooter dari KL ke Kluang, datang tengok Atuk tak sampai 2 jam nak balik semula ke KL. Dia bukan bekerja pun..t.ak tahu apa urusan yang lebih penting sangat sampai dia berkejar masa nak balik. Maka selepas solat hajat dia bertolak balik. Anak Pak Uda yang menunggang satu lagi scooter, dan isterinya menurut saja. Penat kebas punggung tak hilang dah nak patah balik.

Tengah aku dan ramai-ramai kat luar wad Atuk, datang Mak Long. Aku tengok muka dia sedih. Aku tak tahu dia datang dari arah mana. Tapi kata Mak Chik dia memang dah lama ada di hospital. Pagi-pagi tadi dia dah jenguk Atuk di wad. Dia datang dengan anaknya Kak Nor, dan menantunya. Aku rasa aku pun dah tak ingat muka Kak Nor, sebab last tengok masa dia kawin 20 tahun yang lalu. So, pasti wajah dan fizikal pun dah berubah. Mak Long jenguk Atuk sekali lagi. Sekejap saja. Lepas tu dia terus salam-salam semua orang cakap nak balik Tangkak. Sebak pulak aku tengok wajah tua Mak Long. Wajah tua. Kesian dia, dia dah tak ada suami. Jalan pun dah tak kuat, perasaan nak marah-marah dia sebab Atuk tadi, jadi tak terucap dan sampai hati. Aku simpan jer dalam hati.

Pak Usu, tinggal dia seorang yang tak muncul. Aku rasa memang dia tak akan balik. Sebab malam sebelum nya, Emak aku ada call suruh dia balik…dia kata susah nak cuti. Dia baru saja balik Tenang mengundi 3 hari lalu. Baru nak naik kerja. Emak aku dah ingatkan dia, jangan terlambat, nanti menyesal tak sempat mohon ampun. Pak Usu kata tak apa, sebab dia dah mohon maaf dan datang jumpa Atuk selepas raya tempoh hari. Sebak aku dengar. Apakah urusan kerja lebih penting dari saat kepergian seorang ibu ?

Apa masalah Pak Usu ni ? sanggup tak nak tengok Atuk, entah-entah ini saja peluang terakhir tengok wajah Atuk yang masih bernyawa. Siapa yang krisis dengan siapa ? Adakah Pak Usu marah kan adik-beradik yang lain sebab masa mula-mula Atuk sakit dulu, bertahun dia jaga sendiri. Tak de pula dapat duit hasil kebun getah macam Mak Long. Ataupun Pak Usu marah bila adik-beradik tanya status kebun Atuk yang tiba-tiba dah bertukar geran atas nama Pak Usu sebelum ini ?

Entah lah…aku tak dapat teka apa yang pak Usu fikir ketika itu. Kepala aku cuma fikir Atuk, kesihatan Atuk, kesian tengok Atuk dan macam mana kalau Atuk pergi masa tu.  Apa kesannya jika jadi anak derhaka, tak sayang kah Pak Usu pada Atuk ? Tak nyesal kah dia nanti ? Tak terbayang-bayang kah Pak Usu muka Atuk ? Ya Allah….adakah dah tiba masanya untuk aku kehilangan Atuk ? Macam-macam aku fikir.

NAFAS TERAKHIR

Saat Atuk menghembuskan nafas terakhir, wajah anak bongsu dan kesayangan Atuk masih tak kunjung tiba. Maka tetap lah takdir Nya, Atuk pergi tanpa dapat ditatapi Pak Usu. Alhamdulillah…Atuk pergi dengan mudah. Aku tidak menyaksikan saat-saat terakhir Atuk menghembus nafas. Aku di luar wad ketika itu, menemani Emak yang terduduk sebab kesakitan dan kelenguhan kaki.

Menurut Along, yang menyaksikan Atuk pergi. Atuk pergi dengan mudah. Pak Andak yang bertugas sebagai dresser, memang dah tahu tiada harapan bila melihat tekanan darah Atuk. Masa dada Atuk menarik nafas dengan tersekat-sekat, Pak andak buka kan salur oksigen. Pak Andak bisik kan kalimah syahadah kat telinga Atuk. Pak Andak pegang tangan Atuk dan bisikkan kalimah itu berkali-kali. Terlihat mulut Atuk terkumat-kumit, seolah mengikuti syahadah yang dibacakan. Dua kali Atuk tarik nafas dengan kuat dan dia pergi setelah itu. Kelihatan menitis air mata Atuk pada nafasnya yang terakhir. Benarlah sakit ketika roh dicabut seperti ditikam sebanyak 300 tikaman. Sampai keluar air mata dari mata Atuk yang tertutup. Alhamdulillah…sakaratul maut Atuk sekejap dan mudah. Semoga Allah rahmati roh Atuk.

Masa Atuk terkaku diam, Pak Andak arahkan yang ada di situ panggil nurse dan doktor. Masa tu aku dan Emak masuk segera. Aku tahu Atuk dah tak ada. Tapi prosedur biasa perlu dijalankan untuk doktor membuat pengesahan kematian. Sementara doktor datang, aku tengok Pak Andak suluh mata Atuk, check nadi Atuk. Terlihat air mata bergenang di mata Pak Andak. Dan doktor datang dan ulang sekali lagi prosedur yang dibuat Pak Andak. 

Doktor mengesahkan Atuk telah tiada tepat jam 4.30 petang pada 3/2/2011. Tapi menurut Along, waktu sebenar Atuk pergi ialah 4.15 petang. Atuk pergi dengan mudah. Atuk tak menyusahkan sesiapa. Saat dia pergi jatuh cuti umum - Cuti Raya Cina. Dah pasti semua anak-anak, cucu dan cicit cuti kerja dan cuti sekolah. Atuk di hospital pun cuma semalaman, maka tak adalah timbul masalah siapa pula nak menjaga Atuk. Begitu adil dan indah perancangan Allah kan, ssat Atuk pergi hidupnya derita. Tetapi waktu dAtuk dijemput ajal, Allah memudahkan urusannya. Subhanallah !

Aku keluar wad sambil memimpin Emak, aku lihat Emak menangis. Di luar, aku lihat Pak Anjang menangis memeluk tiang. Mak Chik menangis terkilan tak dapat menemani Atuk saat akhir. Yang ada bersama Atuk ketika sampai ajalnya ialah Pak Andak, Mak Itam, Intan, Mak Ngah, Mak Andak, Along, Abah aku. Ramai yang menangis, aku rasa semua menangis dan masing-masing cuba sorokkan wajah masing-masing. Yang tak menangis ialah cicit-cicit Atuk yang kecik, yang tak faham apa-apa lagi. Kalau nangis pun sebab penat, ngantuk, nak susu, lapar atau bergaduh.

PENGURUSAN JENAZAH

Pak Chik terus menghubungi Pak Uda dan Mak Long memaklumkan pemergian Atuk. Pak Chik minta Pak Uda patah balik untuk sama-sama semadikan Atuk. Pak Uda ketika itu dah sampai Pagoh. Tapi dia berkeras tak mahu patah balik. Dia minta pengebumian Atuk dibuat esok hari. Sebab dia mahu bawa anaknya seorang lagi datang tengok jenazah Atuk esoknya. Tapi, mana lah elok jenazah dilambat-lambatkan urusannya. Terseksa rohnya nanti.

Mak Long pula, bila Pak Chik hubungi cuma memberitahu supaya adik-beradik yang lain uruskan. Dia serah semuanya pada adik-beradik yang lain. Dia tak mahu terlibat. Dia serah semuanya pada yang ada di hospital. Kenapa Mak Long ? Tak sedih kah buat ibu sendiri begitu ? Nanti waktu Mak Long pula pergi, sedih tak kalau anak-nak tak nak uruskan ?

Pak Usu pula, bila aku hantar sms dan dihubungi oleh siapa, aku tak pasti..Angah aku atau Pak Chik, dijawab oleh anaknya saja. Sms aku tak berbalas. Agaknya apa perasaan Pak Usu waktu tahu Atuk dah tiada ? Nangis tak ? Sedih tak ? Aku tak ada jawapan, sebab tak nampak muka Pak Usu. Usahkan nak video call, hp nya di off kan terus. Dapat hubunginya pun melalui hp anak nya Mira.

Ya Allah…tergamaknya dalam situasi ini, anak-anak sanggup dan sampai hati tak nak melihat dan menguruskan jenazah ibu sendiri ? Atuk, mengapa takdir mu begini ? Tapi jangan bersedih Atuk, anak-anak, cucu, cucu menantu dan cicit yang datiang dan ada di hospital ini akan uruskan Atuk secepat mungkin dan sebaik mungkin. Kami akan hantar Atuk bersemadi dengan keadaan yang baik, tenang dan dalam situasi Atuk tidak rasa diabaikan !

BERSEMADILAH DENGAN AMAN

Anak-anak Atuk telah buat keputusan untuk memandikan Atuk dan mengkafankan Atuk di hospital. Waktu dah petang, buat kami semua perlu cepat. Supaya Atuk dapat disemadkan sebelum hari gelap. Kami tak mahu Atuk terbujur kaku begitu lama. Kami nak hantar Atuk cepat-cepat bertemu pencipta kita semua - Allah swt. Kerana urusan dunia Atuk telah tamat segalanya, buat apa kita nak lambatkan urusan Atuk dengan Nya.

Cuma agak terkilan dengan pengurusan hospital, bila kita maklumkan pada nurse nak uruskan jenazah di hospital, rupanya mereka tak menghubungi rumah mayat. Jadi tubuh Atuk terbujur kaku atas katil hampir 1 jam. Bila keadaan terlalu lama, Pak Andak bersama Pak Itam pergi sendiri ke rumah mayat minta dibawakan keranda untuk membawa jenazah Atuk.

Adalah lebih afdhal anak perempuan memandikan ibunya bila dah jadi jenazah. Pengurusan memandikan Atuk dikendalikan oleh 2 orang pekerja hospital. Juga disertai Emak, Mak Chik dan Mak Ngah.  Walaupun pada awalnya Emak macam enggan turut serta sebab faktor kesihatan. Emak bertongkat dan tak boleh berdiri lama. Tapi Along menasihati dan memberi pendapat dengan berhemah pada Emak. Along cakap "Pergilah Emak, ini saja peluang Emak nak mandikan Atuk. Mandikan ibu Emak sendiri, buat kali terakhir. Tak ada hari lain yang Emak boleh putar dan ulang peristiwa ini". Sebak aku mendengar. Menurut Emak, masa mandikan Atuk, terlihat seluruh tubuh Atuk lebam-lebam. Dan belakang badan Atuk di bahagian belikat, sedikit terkoyak, merah berdarah. Emak kata, mungkin kesan luka dan terkoyak masa Atuk jatuh dan cuba berpaut pada pintu peti sejuk. Akibatnya pintu peti sejuk tertanggal dan bucunya terkena badan belakang Atuk. Sedih sekali aku dengar, sambil membayangkan penderitaan kesakitan yang ditanggung Atuk. Kalau boleh aku nak turut serta mandikan Atuk. Along pun nak turut sama. Tapi aku dan Along dinasihatkan tak perlu ikut sama kerana aku mengandung 2 bulan, dan Along ada anak kecil berumur setahun.

Setelah siap semuanya, jenazah Atuk dibawa ke rumah Pak Itam di Kg. Seri Lalang, Ayer Hitam. Dari hospital Kluang kira-kira 20 minit perjalanan menaiki kereta. Jenazah Atuk dibawa menaiki van. Abah dan Pak Chik ikut naik van jenazah. Atuk akan dikebumikan di sana. Kami tak dapat menghantar Atuk pulang di sawah Baru, kerana hari dah hampir gelap. Dan perjalanan jauh, mengambil masa 2 jam. Tambahan pula, rumah Atuk di kampung, telah diduduki oleh penyewa. Takkan mereka sudi terima jenazah Atuk ? walau pun tuan rumah, tapi tiada ikatan sedara dengan mereka. Bukan kah itu menyukarkan mereka nanti ? Kami semua tak mahu roh Atuk terseksa sakit dek perjalanan yang jauh, jadi kami nak memudahkan semuanya. Maka bersemadilah Atuk di Kg. Seri Lalang Ayer Hitam.

SEMBAHYANG JENAZAH

Sembanhyang jenazah dibuat di rumah Pak Itam. Masa jenazah sampai, aku lihat saudara-mara yang ada terus mengelilingi Atuk. Membacakan surah Yassin buat Atuk. Jenazah Atuk terbujur kaku dilitupi kain batik. Kain batik di bawa oleh Mak Chik dari Perak. Kata Mak Chik memang tergerak hatinya bawa kain itu, macam dah tahu saja kepergian Atuk. Bahagian muka pula ditutupi selendang nipis berwarna putih.

Pengebumian Atuk dibuat selepas solat maghrib memandangkan hari dah gelap. Anak-nak, cucu dan cucu menantu bersembahyang jemaah maghrib dan solat jenazah. Diketuai oleh imam kampung tersebut. Sebelum jenazah Atuk diangkat pergi ke kubur, wajah Atuk dibuka buat tatapan akhir semua. Aku datang dekat Atuk. Aku cium dahi Atuk. Emak, Pak Itam, Pak Anjang, Mak Itam dan ramai lagi semua cium dahi Atuk buat kali terakhir.Pak Itam dan Pak Anjang orang paling lama cium dahi Atuk. Pak Andak tak sempat rasanya cium dahi Atuk sebab dia pergi ke kedai fotostat, buat salinan surat pengesahan kematian untuk permit pengebumian Atuk.

Wajah Atuk begitu tenang. Sejuk dahi Atuk. Cantik berseri muka Atuk. Putih bersih. Kening Atuk cantik terbentuk dek celak. Hidung Atuk, mancung tegak terpatuk. Atuk tak nampak macam orang mati. Tengok macam orang sedang tidur saja. Bau Atuk wangi sangat. Jauh beza wajah Atuk masa di hospital, yang mana pipi nya nampak terperosok kempong, hidungnya jatuh dan muka berkedut dan uzur menahan sakit. Wajah Atuk selepas dikafan begitu cantik sekali. Ya Allah….Kau permudahkan lah segala urusan Atuk.

Aku rasa aku teruk sekali menahan tangis. Emak pesan jangan nangis. Masa nak cium juga Emak pesan kat aku, pastikan air mata kering, baru boleh cium kerana tak nak rosakkan wudhu dan keadaan Atuk yang dah suci. Ini kali pertama kematian keluarga yang aku lalui saat aku dah dewasa. Masa Atuk lelaki aku pergi, aku rasa ku kecil lagi. Entah-entah aku belum lahir pun. Oleh sebab itu, memang aku terkesan sekali, kerana yang pergi ini ialah Atuk aku. Orang yang aku ziarah setiap kali raya dari aku kecil hingga aku berumur 32 tahun.


LIANG LAHAD

Pengurusan jenazah di kampung Pak Itam tak pernah dibuat pada waktu malam. Ini kerana pihak pengurusan  kampung tiada lampu. Maka terpaksalah Pak Itam memanggil pihak pengurusan jenazah swasta. Tanah kubur di kawasan masjid terang benderang dengan lampu spot light yang dibawa oleh pihak yang kami panggil ini.

Selepas selesai semua mencium dahi Atuk, Atuk dibawa masuk van jenazah. Maka beramai-ramailah mengiringi Atuk ke tanah kubur. Ada yang menaiki motor, ada yang naik kereta, ada juga yang berjalan kaki saja, kerana dari rumah Mak Itam hanya 10 minit perjalanan berjalan kaki.

Aku tak ikut sama kerana menjaga Qayyum. Suami aku dan sedara-mara lain pergi mengiringi Atuk buat kali terakhir. Emak pergi juga, walaupun bertongkat, dengan kaki yang sakit…Emak gagahkan diri. Emak tak nak terlepas melihat wajah ibunya buat kali terakhir sebelum ditutup tanah.

Maka selesai dikebumikan, maka dibacakan talkin dan doa. Dan semasa imam, bertanyakan siapa nama ibu kepada Atuk, maka suasana sunyi seketika. Seolah macam tiada siapa yang ingat. Maka jawablah Emak aku masa itu. Dan masa Emak cerita pada aku, baru lah aku tahu nama moyang ku ialah ‘Susah’. Itu lah aku, bila Atuk tiada…baru nak ambik tahu.


HARTA PENINGGALAN

Selesai pengebumian Atuk, maka semua pulang ke rumah Pak Itam. Jemaah lelaki terus duduk di ruang tamu. Abah terus mengetuai solat Isya berjemaah, selepas itu bacaan tahlil dibuat.Diketuai Abah juga.

Sepanjang bacaan tahlil, aku masih terbayang-bayang wajah Atuk. Kesiannya Atuk ditinggal sorang-sorang dalam tanah. Dalam keadaan gelap, sunyi…takutnya. Tapi aku cepat-cepat berdoa. Moga Allah terangkan kubur Atuk. Aku sedekahkan Al-Fatihah banyak-banyak buat Atuk.

Cicit-cicit Atuk yang masih kecil tak faham lagi apa yang berlaku. Termasuk anak aku Qayyum. Bila aku dengar perbualan anak Along, Zeti dengan anak Angah, Alya…aku makin sebak. Zeti cakap pada Alya “ Sian kan buyut. Dah mati. Dia kena tanam dalam kubur sorang-sorang”. Terus aku terbayangkan bila pula tiba saatnya untuk aku. Kerana aku yakin, setiap manusia akan lalui saat yang sama. Mati itu pasti buat semua.

Sebelum kami semua bersurai, ada juga yang tidur di rumah Pak Itam..Pak Itam dan pak Andak memanggil anak-anak Atuk yang lain untuk lihat barang-barang peninggalan Atuk. Beg Atuk yang dulu warna hitam, yang sentiasa penuh duit, barang kemas…telah diserahkan oleh Mak Long kepada Pak Itam semasa dia datang jemput Atuk di Tangkak. Tapi beg Atuk dah bertukar warna putih. Berat beg dah ringan, duit yang dulu banyak ribu-ribu..tinggal RM250 saja. Barang lain yg ada dalam beg ialah cermin mata, pisau untuk potong kuku dan buku ASB. Pak Itam kata, masa dia ambik beg dari Mak Long tak terbuka mulut nak tanya mana Mak Long simpan duit Atuk yang Pak andak hantar beribu-ribu tiap bulan. Pak Itam, tak payah lah tanya dalam situasi sekarang. Nanti lagi keruh situasi dan tak elok sebab Atuk baru saja pergi.Barang kemas Atuk semua ada, cuma gelang tangan saja satu dah putus kat rumah Mak Long dan tak ditemui. Semua barang Atuk dipegang oleh Pak Itam.

Ke mana duit Atuk ? Mak Long ambik ? Atau anak-anak mak Long ambik dan guna sepanjang hampir 2 tahun Atuk tinggal dengan mereka ? Biar lah Mak Long yang jawab. Tak payah lah Emak dan adik-beradik Emak nak pergi tanya. Nanti jadi gaduh dan tentunya Atuk tak suka anak-anaknya berpecah belah.

Tanah kebun getah Atuk, betul ke Atuk hadiah kan pada Pak Usu ? Atau pak Usu ambil secara tanpa disedari Atuk ? Bagi aku, adik-beradik dan Emak..kami tak pentingkan pun duit Atuk atau tanah Atuk. Sama ada betul cerita Atuk, yg mengatakan dia ditipu Pak Usu supaya turunkan cop jari kat pejabat tanah, konon nya nak dapat bantuan tanaman semula getah, tapi rupanya penyerahan tukar nama geran tanah, hanya Atuk dan Pak Usu yang tahu.

Tapi kalau aku jadi Pak Usu, biar pun Atuk hadiah kan aku tanah kebun tu…aku lebih rela beralah. Biar aku pulang semula, kerana macam tak manis ambil bahagian itu walaupun dihadiahkan..dengan mengetepikan hak-hak adik-beradik yang lain. Yang meneroka tanah, menebang hutan..bersusah payah mengusahakan tanah kebun itu ialah pak Itam, Pak Ngah dan Pak Anjang. Mereka berhempas pulas buka tanah kebun itu  semasa mereka muda lalu dihadiahkan kepada Atuk. Bak kata pepatah, biar sedikit, tapi sama-sama merasa. Aku akan pilih jalinan adik-beradik daripada bermasam mmuka dan putus saudara hanya kerana 6 ekar tanah kebun getah.Tambahan pula, bukan kah Pak Usu dah mendapat tanah tapak rumah Atuk di Sawah Baru. Rumah Atuk pun Pak Usu dah sewakan pada orang. Tak cukup kah itu ?

Ataupun Pak Usu datanglah  bersemuka jumpa semua adik-beradik, bagitahu memang Atuk hadiahkan tanah itu buat Pak Usu. Ini berjumpa tak mahu apatah lagi berbincang. Emak dan adik-beradik yang lain tak akan rebutkan tanah itu. Cuma yang kurang enak, semasa Atuk masih ada…bila ditanya Atuk cakap dia tak pernah bagi tanah itu pada Pak Usu. Itu yang adik-beradik Pak Usu bimbangkan. Takut Pak Usu ambil tanah pusaka itu secara tidak betul. Bukan mereka berebutkan tanah itu. Mereka semua sudah redha dan ikhlaskan andainya memang benar Atuk hadiahkan kepada Pak Usu. Barangkali, betul Atuk hadiahkan tapi dia terlupa. Maklumlah Atuk telah berusia, mudah lupa dan daya ingatan dah tak kuat.

HARAPAN

Aku harap anak-anak Atuk dapat berbaik-baik semula. Aku juga berdoa supaya Mak Long dapat menjelaskan semua persoalan-persoalan yang berlegar-legar di kepala adik-beradik yang lain. Lebih elok Mak Long yang berterus terang dan bercakap, kerana Mak Long kan anak yang paling tua. Nanti bila adik-adik yang cakap, rasa kurang hormat pulak atau erti kata lain dipanggil 'kurang ajar'.

Aku juga harap, Pak Uda dan Pak Usu berbaik dan saling memaafkan. Dan aku juga harap Pak Uda menyesal sebab tak patah balik tengok Atuk tempoh hari. Kalau dah niat balik Johor tengok Atuk, kenapa tak teruskan saja niat itu...sepatutnya Pak Uda mendampingi Atuk dan iringi dia ke tanah kubur. Barulah sempurna lawatan Pak Uda itu. Langsung tak menyesal kah ? 

Pak Usu pula, jangan lah terus putuskan hubungan dengan adik-beradik yang lain. Ketidak hadiran Pak Usu pada hari pemergian Atuk betul-betul buat semua hampa dengan tindakan Pak Usu. Dan belum terlambat, andainya tersilap langkah..untuk membaiki kekhilafan diri.

Buat waris-waris Lijah binti Baman, jangan lupakan Atuk. Sedekahkan tahlil dan Al-fatihah buat Atuk. Doakan semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang beriman. Sesungguhnya apabila mati anak Adam itu, maka akan terputus amalannya kecuali tiga perkara :
  1. Sedekah jariyah yang dibuatnya semasa hidup
  2. Ilmu yang bermanfaat,
  3. Anak soleh/ solehah yang mendoakan kepadanya.
Ingatlah bahawa harta dunia yang kita kejar, tak akan kekal. Tak boleh dibawa mati pun. Oleh itu, jangan lah kita bergaduh atau terputus hubungan kerana harta. Dan jangan juga kerana harta kita mudah lupa diri, gelap mata dan hati lantas menjadi riak serta sombong. Harta itu godaan dunia, buat manusia hilang pertimbangan, bergaduh dan sesat.

PENGAJARAN

Seorang ibu boleh menjaga sepuluh anak. Belum tentu sepuluh anak itu boleh menjaga seorang ibu. Ibu  tidak pernah meminta apa-apa dari anak mereka apalagi wang, kasih sayang yang didambakan. Tetapi kasih sayang dan kebahagiaan itu pun kita susah sangat nak beri kan? Kenapa ? sedar kah kita kasih sayang adalah melebihi segalanya. Bukan harta atau wang ringgit. Tanpa kasih sayang dari ibu ini tadi,  entah hidup entah tidak kita pada hari ini.

Pemergian Atuk juga membuat kan aku sedar, selama ku hidup ini…adakah Emak aku merasa bahagia dengan apa aku buat sekarang ?

Kematian Atuk membuat aku menginsafi diri. Mendekatkan aku kepada Allah, mengingatkan aku cukup kah amalan aku selama ini untuk bekalan aku apabila mati. Bagaimanakah nasib aku nanti semasa aku pula yang dijemput AJAL ? Adakah anak-anak ku akan ingat pada aku ? Menguruskan aku dan menghantar aku hingga ke liang lahad ? InsyaAllah.


SALAM INGATAN
 Perkongsian  Hidup
Mohd Jali bin Senut & Lijah binti Baman

Anak-Anak :
Mak Long – Zaharah binti Mohd Jali
Pak Ngah – Suhir bin Mohd Jali
Pak Uda – Wahab bin Moh Jali
Mak Uteh (Emak) – Azizah binti Mohd Jali
Pak Anjang – Manaf bin Mohd Jali
Pak Itam – Sulaiman bin Mohd Jali
Pak Andak – Sahak bin Mohd Jali
Pak Chik - Mustapha bin Mohd Jali 
Pak Usu – Mohd Din bin Mohd Jali.






Friday, February 18, 2011

Pengalaman Keguguran - Anak Kedua / 16 Feb 2011

Sesungguhnya Allah itu maha mengetahui !
Apabila Allah swt membuat keputusan untuk menciptakannya menjadi manusia, maka tertulis lah dan telah ditetapkan di Luh Mahfuz akan namanya, nasib baik atau buruk hidupnya, jodohnya, rezekinya dan ajalnya.

Apa yang kita lalui hari ini mungkin akan menjadi ketentuan untuk kita pada masa akan datang tetapi kita jarang menyedari dan mengetahui kerana ia adalah rahsia ILAHI.

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Rasanya tahun 2011 adalah tahun yg amat sesuai untuk menambah bilangan ahli keluarga. Qayyum, anak pertama sudah menghampiri 3 tahun. So, memang mengharap dan berdoa agar dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata kedua. Plan aku dan hubby, kalau boleh waktu bersalin tu biarlah jatuh pada cuti sekolah. Bukan apa, kerana pengalaman bersalinkan Qayyum dulu...aku dan baby 'berkampung' di hospital selama 11 hari, buat kami betul2 trauma dan kalau boleh untuk anak kedua ni, nak plan betul2 dan tak nak lagi  berada dalam keadaan kusut dan tidak terurus rutin  harian seperti dulu. 

Kita hanya merancang kan, Allah yang lebih mengetahui. Plan awal, nak conceive pada awal Mac 2011, tapi diberikan lebih awal. Pada 5 Jan 2011, selepas bt pregnancy test,  mmg positif. Hati mmg gembira. Walaupun kegembiraan tu tak dapat ditandingi sewaktu kami dikurniakan Qayyum setelah menanti hampir 5 tahun, namun aku ngan hubby tetap bersyukur. Sebab, untuk anak kedua ni...kami murah rezeki, tak perlu melalui apa-apa rawatan.

Pengalaman mengandung yg lepas banyak dijadikan panduan untuk kandungan kedua ini. Nasib baik tahun ni aku dah tak bekerja. Kontrak mengajar dah tamat. So, mmg byk masa di rumah. Kerja-kerja tuisyen, tak lah mengganggu sangat proses kehamilan kali ni. Morning sickness mmg teruk. Bulan pertama pregnant saja, berat badan dah turun 2 kg. Tak boleh bau macam-macam, tak boleh masak dan hilang selera makan. Yg paling teruk, badan asyik sakit2 dan kepala pening saja. Itu normal lah kan..nama pun mengandung. Itulah cabarannnya dan pengorbanan seorang ibu. Yang beza cuma..masa anak pertama kita runsing dan risau nak urus kesihatan diri yg tgh mabuk, bila masuk yg kedua ni...kenalah juga bahagikan masa nak urus kan si comel yg sorang tu. Baru nak masuk 3 tahun, dah tentu bukan semua perkara Qayyum boleh buat sendiri. Mujurlah hubby kerja cikgu. Dalam pukul 2.00ptg dah balik rumah. Dah boleh bantu sidai kain, tolong masak dan layan kerenah Qayyum. Dan tolong layan kerenah bini dia yang sikit2 mintak tolong picit badan lah, kepala lah.

Yang buat hati tak sedap, pregnant kali ni ada bleeding. Dari tarikh buat pregnancy test tempoh hari, ada brownish spotting kuar. Memang tak banyak. Tapi buat hati tetap tak sedap. Masa Qayyum dulu macam tu gak, dan aku cepat2 gi klinik. Doktor kata itu normal sebab telur yg disenyawakan tu tgh cari posisi utk melekat, maka berlaku geseran di dinding rahim. So, berlaku lah bleeding. Dan masa Qayyum dulu, aku bleeding pada minggu ke7.

Untuk kandungan yg kedua ni, aku start bleeding pada minggu ke4. Doktor scan perut pun tak nampak apa lagi. So, doktor bagi 2 minggu untuk scan lagi. Maybe masa tu baby dah besar sikit dan boleh nampak. So, lepas 2 minggu datang lagi jumpa doktor. Bleeding tak stop lagi. Tapi masa scan, Alhamdulillah  nampak jantung baby. Doktor bagi ubat 'Duphaston' sebanyak 10 biji utk stop kan bleeding. Dan doktor pesan sekiranya 3-5 hari akan datang, jika masih bleeding kena datang klinik lagi.

Masa anak first, lepas makan ubat Duphaston tu, bleeding stop. Tapi yg kedua ni....bleeding tak stop juga. Darah yang kuar tu warna tak lah merah. Kecoklatan saja dan tak banyak. Dan tak rasa sakit pun. Tapi hati tetap bimbang.  Walaupun dah makan ubat, selepas 4 hari..bleeding masih x stop.  Maka aku ngan hubby kena gi klinik lagi, atas nasihat doktor. Doktor kata, dalam kes macam ni...ada tanda2 'threatened abortion'.  Maka kes aku ni dirujuk ke hospital.

Pada 16 /1/011, aku gi HSI dengan segera. Masa di HSI tu, disebabkan bukan kecemasan kritikal, kena lah melalui prosedur biasa. Ambil nombor dan tunggu giliran di Jabatan Kecemasan dan Trauma. Datang nak buat rawatan masa tu pukul 5.00ptg...dan habis semua prosedur dan rawatan pada pukul 9.30malam. Lama kan.  Masa kat Jabatan Kecemasan tu, doktor yg rawat tu bukan pakar O&G, maka aku dirujuk ke Bilik Saringan Bersalin.

Kat Bilik Saringan Bersalin tu, kena scan perut dan scan melalui vagina. Doktor yg rawat tu kata, keadaan tahap selamat. Dan baby masa tu berusia 7minggu. Aku tanya..tak payah ambik apa-apa suntikan untuk kuatkan rahim @ apa-apa ubat ? Doktor kata tak payah sebab sebelum tu, doktor di klinik yg aku selalu buat check up dah bagi ubat 'duphaston'. So, doktor kata tak perlu ambik apa-apa ubat lagi. Sebab dia check keadaan rahim ok. Pintu rahim pun tertutup. Cuma doktor pesan, segera ke hospital jika berlaku sakit perut yg amat sangat dan jika ada keluar darah yang banyak.

Selepas rawatan pertama di HSI, bleeding masih keluar. Cuma kadang-kadang ada, kadang2 tak ada. Hati dah kurang bimbang, mungkin ini tanda2 bleeding nak stop. Sebab tu kejap ada kejap tak de. Dan aku pun dengan semangat nak gi buat buku merah rawatan ibu mengandung kat kinik kesihatan. Tapi dua kali pergi, dua kali tak dapat buat. Orang terlalu ramai, sampai kan nurse nasihat aku suruh datang awal2, sblm klinik buka dah ambik turn. Aku mmg payah sikit lah nak bt camtu, sbb w/pun ddk rumah je. di sebelah pagi...tapi si Qayyum ni susah bangun pagi. Nak kejut kan dia, mmg ambik masa nak pujuk.
So plan nk buat masa cuti raya cina. Masa tu kan hubby cuti seminggu, jadi ada org leh jaga Qayyum. Tapi masa CNY tu pula berlaku kecemasan, atuk meninggal dunia pada 3/2/2011. Maka aku, hubby  dan Qayyum terpaksa balik kampung melawat atuk di hospital Kluang, dan seterusnya mengikuti proses menguruskan pengebumiannya. Dan siap semua tu, klinik masih tutup sbb cuti CNY. Mujurlah pada masa itu...bleeding dah berkurangan.

Tetapi pada malam 9/2/2011 dalam pukul 3.00pagi aku dikejutkan dengan bleeding lagi. Tapi kali ni warna merah. Perut tak ada rasa sakit atau memulas-mulas pun. Bangun nak buang air kecil. Tapi tiba-tiba macam ada dengar bunyi 'benda' jatuh dalam toilet bowl. Masa tu terus tengok, tapi tak nampak sebab dah masuk lubang. Cuma warna toilet bowl tu jadi merah, sebab darah. Cepat-cepat panggil hubby tengok. Dia pun tak nampak apa, cuma  nampak darah jer. Boleh pulak masa tu Qayyum bangun dan cakap " Mama..mama nak belah perut eh ? Nak kuar baby ? baby Andiya...". Aku nak gelak pun ada, nak nangis pun ada masa Qayyum cakap camtu. Lucu bila ingat Qayyum boleh panggil baby dalam perut ni dgn nama Andiya. Maybe dia ingat kot, aku pernah cakap if kita dapat adik girl, nama dia Andrea.

Esok nya bangun pagi, tgk pad tak lah penuh sangat ngan darah tu. Perut pun tak rasa sakit. Sepatutnya hari tu aku ada appoinment buat buku merah kat klinik kerajaan, tapi hati dah bimbang. Kalau kat klinik kerajaan, nurse tak akan scan. So, aku decided gi klinik biasa yg aku gi buat check up dulu.  Doktor yang scan tu, lama juga ambik masa untuk tgk kedaan rahim n baby. Aku pun tambah nervous. Berdebar2..takut nak dengar apa doktor tu cakap.  Dia kata, bila scan...masih nampak kantung baby, cuma jantung baby dah tak nampak. Dia point lah kat aku imej sacn tu. Aku pun tak sure nak cakap camne. Sbb mmg nampak ada baby dalam rahim..tapi x tahu nak cakap baby ok ke tak. So, terus doktor tu buat kan surat rujukan untuk aku ke hospital lagi.

So, pada 10/2/2011...aku ke HSI buat kali kedua. Oleh sebab bukan kecemasan kritikal juga, maka melalui prosedur yang biasa. Ambik nombor dan tunggu giliran kat Jabatan Kecemasan dan Trauma. Masa datang tu dalam jam 11.00pagi. Tapi kali ni dapat doktor bagus sikit. Doktor lelaki india. Doktor ni lama juga ambik details n dia explain dari segi medic term n simptom2 yg aku lalui ni, mmg 80% menghampiri miss abortion @ misscarriage.  Selepas didiagnos oleh doktor tadi, aku terus di rujuk ke Bilik Saringan Bersalin (PAC) untuk ujian dan pengesahan selanjutnya.

Kat PAC tu, doktor pelatih yg rawat aku. So dia buat scan kat perut dan buat 'speculum' utk tengok pintu rahim. Tapi bila tanya doktor pelatih tu macam mana, dia kata...nanti doktor tetap akan datang dan sahkan status baby aku ni. Lama juga tunggu sebab doktor tu ada emergency kat OT. So, bila doktor dah sampai, dia scan sekali lagi, dan scan melalui vagina. Bila sacn melalui bawah ni, imej baby lagi jelas. Dan masa tu doktor sahkan yang baby dah tak bergerak lagi. Tak nampak dah heart pulse baby dan bila diukur besar baby, baby berukuran 8minggu. Sepatutnya melalui EDD, pregnancy aku dah masuk 11minggu. Masa doktor tu cakap...aku mmg sedih sgt, sampai tak sedar keluar air mata. Doktor bagi alternatif utk balik rumah, rest dan biar baby keluar sendiri. Dia bagi tempoh 2minggu. Jika baby tak kuar secara natural, maka aku perlu melalui proses Dilation and curettage (D&C) iaitu 'cuci rahim'. Tapi doktor tak menggalakkan aku buat D&C sebab dia kata banyak risiko. Kalau boleh, biarlah ia keluar sendiri, itu lebih bagus dan baik untuk rahim. So, aku dibenarkan balik rumah pukul 5.30petang. Seharian suntuk aku di hospital. Kesian hubby dan Qayyum, penat menunggu.

Balik rumah, hati memang sedih sangat. Tapi hubby cakap...redha kan. Mungkin ini yg terbaik, dan Allah tu lebih mengetahui dari kita. So, aku malas nak ingat2 sangat. Nanti sedih. Aku buat macam biasa jer. Tapi masa tu perut ada rasa sikit-sikit memulas. Tapi masih lagi terkawal. Cuma pada malam 12/2/2010..aku menangis2 masa tido malam. Sebab perut sakit sangat masa tu. Bangun tengok jam pukul 4.00pagi. Kejut hubby, tapi dia bagun kejap jer. Maybe ngantuk sangat dan tak sampai hati nak kejut lagi. Esok dia nak kena gi sekolah.  So, punyalah tahan-tahan kesakitan tu, akhirnya tertidur semula. Esoknya ex- student aku Jenny datang melawat dengan kawan dia Maya. Terhibur juga lah hati ada orang datang dan main-main ngan Qayyum. Hilang lah rasa sakit ni sikit, w/pun sakit tu datang-datang.

15/2/2011 ~ Cuti Maulidur rasul. Seronok habiskan masa kat rumah ngan hubby dan Qayyum. Tak buat aktiviti apa pun, sebab hubby kata jgn buat kerja rumah lagi selagi belum sihat. So, kita orang dok tgk tv jer lah. Nak gi jalan-jalan pun tak ada mood sebab perut ni kadang2 ok, kadang sakit.

Sakit amat maksimum datang pada pukul 12.30 malam. Masa tu Hubby dan Qayyum dah ready atas katil nak tido, aku masih kat bilik air. Sakit sangat perut. Memulas-mulas. Aku cakap kat hubby, macam nak bersalin jer sakit ni. Hubby kata, baik confirm betul2. Entah2 sakit nak buang air besar. Sebab dah berapa hari aku asyik ngadu sakit perut jek. Aku cakap, sakitnya mmg sama...memulas2 tapi yang ni sakit sangat kat bahagian ari-ari.

 Oleh sebab lama sangat duduk kat toilet bowl, dan tunggu darah @ apa-apa keluar tak de, aku pun masuk lah bilik. Siap sedia pakai pad bagai, ye lah takut if kuar darah ker apa. Aku duduk tak kena, berdiri pun tak kena. Sakitnya memulas dan mencucuk, pastu pinggang dan tulang belakang pun sakit sangat. Aku baring kat tilam bawah katil dalam keadaan meniarap. Dalam keadaan macam tu baru lega sedikit. Agaknya tadi duduk lama sangat, dan perut berlipat buat tambah sakit. Dan dalam keadaan lega sedikit tu, aku rasa macam banyak jer air kuar. Aku dah rasa memang darah lah ni. Lama juga lah aku dalam keadaan meniarap atas tilam tu, mungkin tekanan kat perut sebabkan ia mudah keluar kot. Aku panggil hubby untuk standby kain batik, alas tilam sebab aku nak berpaling dan try bangun. Masa nak berpaling tu, dalam posisi slow aku try duduk...masa tu memang banyak darah turun mencurah2. Dari yang cair hingga sepekat-pekat darah. Kain yang aku pakai, dengan kain yg hubby alas dah basah. Nasib baik aku cepat gerak, maka darah yg kuar tu semua sempat dielakkan dari jatuh atas tilam.  Qayyum tengok masa tu, tapi hubby cepat2 ambik kain lagi dan tuala tutup semua darah2 tu, supaya dia tak nampak. Bila dah rasa lega sikit, aku gerak ke bilik air. Masa di bilik air, kuar darah dan ketulan darah beku dengan banyak. Ketulan daging pun ada, sampai buat aku hampir pitam. Termuntah2 aku dibuatnya sebab gayat tengok darah yang banyak. Hubby tunggu depan pintu bilik air. Bila rasa dah ok, bersihkan diri dan masuk bilik. Hubby yang uruskan darah dan kain2 berlumuran darah di bilik air. Aku segera pakai pad, dan try kawal diri supaya tak panik. Tiba2 perut rasa memulas lagi dan rasa something nak 'pull out'. Cepat2 ke bilik air semula. Ingatkan dah kuar habis, rupanya masih ada lagi. Maka keluar lagi darah dengan banyaknya. Pad dah tukar 2..tapi semuanya habis basah penuh.

Rasanya proses sakit perut yg memulas hingga turun darah tu dari 12.30 malam hngga jam aku tengok dekat pukul 2.00pagi. Hubby tanya, jadi tak nak gi hospital. Aku cakap jadi, tapi tunggu darah banyak ni stop sikit. Camne nak jalan kalau darah membuak2. Tapi bila tunggu2, tengok darah tak nak stop2...rasa seriau pulak. Takut hilang darah banyak sgt dan berlaku komplikasi lain lak, aku cepat2 siap apa yg patut ke hospital. Pakai panty dan pad serta bersarung batik.

Sampai kat Jabatan Kecemasan dan Trauma HSI dalam pukul 3.00pagi. Masa dalam kereta  ke HSI , duduk alas surat khabar. Masa bangun nak naik wheel chair, tengok mmg tembus, basah paper tu. Disebabkan kali ni kritikal..tak payah ambik nombor. Hubby turunkan aku kat pintu kecemasan, aku terus naik wheel chair dan disorong dresser masuk bilik kecemasan. Hubby dan Qayyum gi parking kereta. Aku terus diarahkan baring atas katil. Masa pindah naik katil tu, habis darah mengalir turun kat kai dan ke lantai, selipar semua dah penuh darah. Ni kain batik aku yg ketiga aku tukar. Nurse datang terus ambik darah kat tangan dan masuk air. Lepas tu tekanan darah dan nadi diambil. Tak lama kat bilik kecemasan, adalah dalam 20minit, lepas tu katil aku ditolak ke bilik saringan bersalin (PAC).

Di PAC, aku terus discan. Doktor pelatih yg scan tu kata tgk rahim dah clear. Tapi macam confius juga sbb darah banyak kuar tak stop lagi. Sedangkan proses aku turun darah dah hampir 2jam. Lepas tu datang doktor tetap scan sekali lagi dan buat speculum. Masa buat speculum tu lah dia kata, kantung baby trtinggal dan tersangkut kat pintu rahim. Itu sebab darah masih banyak w/pun dah kuar semua. Doktor tu tarik keluarkan kantung @ uri tu. Ya Allah sakitnya masa dia buat tu. Tapi lepas dia dah tarik keluar, sakit memulas dan pinggang aku pun reda.  Memang betul2 sama rasa sakit ni masa nak bersalinkan Qayyum dulu. Selepas tu aku diberi injection utk kecutkan rahim.

Alhamdulillah, aku tak perlu melalui D&C kerana 'complete abortion'. Doktor scan rahim, semuanya dah clear dan keluar habis. So, tak payah kena tahan wad. Aku dibiarkan rehat sekejap utk hilangkan sakit dan stablekan nadi. Dalam pukul 6.00pagi nurse dah bagi aku kebenaran bersihkan diri dan bersiap untuk balik.

Alhamdulillah....semuanya telah selamat.  Bersyukur pada Mu Ya Allah.
Syukur sgt2 kerana semasa ,elalui peristiwa ni, ada hubby di sisi. Agaknya kalau berlaku masa dia tgh keje..macam mana lah aku agaknya.  Terima kasih hubby sebab banyak menolong waktu2 genting begini.
Thanks to Jenny, sebab lps teacher balik hospital..terus datang rumah dan tolong picit2 badan dan layan kerenah Qayyum sehari suntuk.

Buat 'baby' ku yg telah pergi...walaupun Mama dan Papa tak mengenali lagi wajah mu, InsyaAllah kami sekeluarga akan ingat 'baby' sampai bila-bila. Semoga Allah menempatkan 'baby' ku ini sebagai penghias syurga. Amin. Dan doakan lah agar Mama, Papa dan Qayyum akan berjumpa di sana...Amin. 

Sunday, January 30, 2011

Bersalin Anak Pertama - Qayyum Iman Nurbadiz (13 Mac 2008)

Anugerah Tak Ternilai

EDD (Estimate Due Date) aku patutnya 6/3/2008. Aku dah ambik cuti awal seminggu. Balik kg. Plan nak bersalin kat hospital Kulai, dekat sikit ngan kg aku. Tapi bila kt kg tu x der apa2 tanda, aku balik semula ng hubby aku ke rumah kita org. Aku gi bt checkup lagi kat klinik kesihatan. Nurse check2, dia kata keadaan baby kepala dah ke bawah. Tunggu masa nak bersalin. Tunggu 'rese'. Aku ty nurse..'rese' tu apa, dia kata rasa sakit perut memulas ker, ada air kuar ke, ..cam tu lah. Ye lah aku kan first time ni..mana tau rasa sakit nak bersalin tu macam mana. Nurse pesan, 11hb if x de tanda lagi nak bersalin..datang ke klinik.


Dan pada 12hb  Mac 2008, aku masih sihat lagi dan gi klinik. Doktor scan perut. Ni first time tau scan perut kt klinik kerajaan ! tapi aku dh scan byk kali setiap kali bt rawatan kat swasta. Jantinan baby pun doktor swasta dh bgtau. Baby boy. Mmg tak der scan pun kt klinik kerajaan if semua ok. Tp sbb aku dah lewat..br lah doktor nak scan. Doktor kata baby ok je. Tapi dia suggest aku admit ward tghari tu sbb takut baby lemas . Kita kena yer bt kad merah kt klinik kerajaan, sbb if nak bersalin...buku merah tu lah yg mrka rujuk.


Aku pun gi HSI. Kena bt saringan kat bilik bersalin sblm masuk labor room (LR). Doktor check bukaan baru 1cm. Dia pasang alat apa kt perut aku utk check denyutan jantung baby. Doktor kata ok. Ada lah dalam 1 jam proses tu semua, pastu doktor bgtau nurse aku boleh balik. Nnt bila sakit dtg semula. Aku masa tu blur2 lah kan. Nurse dan doktor kt klinik kesihatan kata kn admit dah lebih hari, tp doktor kat sini suruh aku balik lak. Hubby pun cam blur jer. Penat bwk brg persiapan dan GL bagai, dia suruh balik lak. Dan nurse bgtau, kat HSi x der lagi 1st class. yg ada 2nd class dan cuma ada 28 katil jer dan dah penuh. Tu sebab suruh balik dulu..betul2 rasa sakit baru datang.


Aku pun ng hubby balik rumah. Emak dan kakak aku kt kg sibuk call bertalu2, ty macam mana. Risau mereka. Lps dah sampai rumah, aku call klinik kesihatan, bgtau nurse yg HSi suruh aku balik. X bg admit wad. Punya lah marah nurse tu. Dia suruh aku datang klinik kesihatan cepat2, dan dia bagi aku surat rujukan ke hospital. Dia kata maybe nurse n doktor terlepas pandang catatan dia dan doktor dalam buku merah tu. Dalam kecoh2 macam tu...aku masih sihat, masih boleh berjalan dan x ada lagi tanda2 nak bersalin.


Last2 aku ngan hubby decided gi HSA JB lak. Sbb HSI punya layanan yg  terima sebelumnya. Lgpun nurse tu dh bgtau katil 2nd class dah penuh. 1st class x de kat HSI. Blm operasi lagi.  So, aku gi lah HSA. Mak aii, punya lah ramai org kat bilik saringan tu. Aku rasa lebih 40 orang yg tunggu kat depan kaunter. Berbanding HSi yg aku gi..ada dlm 7 orang jer tadi. Tapi memang pantas perkhidmatan HSA. Tak sampai 10 minit aku register, nama dah kena panggil masuk.  Kt bilik saringan tu ada 4 doktor dan ramai gak lah nurse. Katil tak banyak. Ada dalam 5 jer dan bilik saringan tu kecik sedikit berbanding HSI. Dari segi kecanggihan sistem dan ruang, mmg HSI lagi bagus. Dr segi kepantasan, aku rasa lagi cepat HSA. Maybe sbb ramai org.


Lps disoal2 doktor, kena baring lak. Check jalan. Doktor kata baru 1cm. Doktor perempuan tu siap ajar aku tanda2 nak bersalin. Dia kata, mmg ramai yg anak first tak tau rasa sakit nye macam mana. So, lps checkup tu semua...aku kn admit wad. Hubby kena uruskan register masuk wad kat kaunter pendaftaran utama.  kali ni mmg lama tunggu. Lbih 30 minit. Aku kat situ dah rasa tak sedap hati je. Sampai nurse kat kaunter saringan tu panggil nama aku, ty blum siap register lagi ker ? lps 10 minit macam tu hubby aku pun sampai. Dia kata ada problem GL yg dia bawak tu. Dlm GL tu tulis dia gred DC41, so org kat kaunter daftar kata x leh masuk 1st class. Bengang tul hubby masa tu. Org kat kaunter tu siap bg pekeliling kt hubby suruh baca. Hubby aku cakap...if dia guru kontrak DC41, dah sah2 sekolah dan ketua jabatan tak nak bagi GL ni. Tapi org kat kaunter tu tak nak dengar. Dia tak tau agaknya, bahawa yg guru DC41 ni ada 2, satu yg kontrak..1 lg yg blm sah jawatan tp guru tetap. Macamne mrka nk tau..sbb mrka bkn keje bwh MOE. Hubby aku pun salah gak, dia tak check masa kerani sekolah dia bt GL tu. Tang gred tu dia x perasan. Sepatutnya DG41..tapi ditaip DC41.


Atas nasihat nurse kat kaunter saringan, dia kata masuk je dulu wad 3rd class. Nnt uruskan pindah wad. Sbb nak bt scan jantung baby, takut lemah sbb dh overdue. So, urusan semua tu selesai. Aku pun gi masuk wad. Hubby hantar sampai katil. Jam masa tu dalam kul 6.30 petanf dah.Ya Allah...semptnya jarak antara katil-katil ni. Terlalu rapat, sampai x de ruang nak letak beg aku yg agak besar. Katil pun agak tinggi, aku nak naik kena pijak kerusi dulu, sbb fizikal aku yg rendah kan. Pastu bilik air jauh lak. Wad tu mmg panjang lah. Aku rasa ada dalam 40-50 katil. Suasana pun macam kusam je. Lantai mosaic yg dah buruk. Aku gi bilik air, tgk keadaannya agak sedih gak. Dah lah jauh ngan katil aku.  Wad ni agak bising sebab bakal2 ibu yg tggu bersalin ni berborak2. Sempatlah aku kenal kakak sebelah katil aku yg nak operate esok hari sbb pregnant twin dan uri bawah. Sebelah katil aku yg lagi satu lak, india dalam umur 30 ke atas. Anak kelima. Tggu nak masuk LR. Dalam aku kemas2 brg tu, nurse htr makan. Baru jer aku nak makan..nurse sorang lagi datang suruh aku masuk bilik utk scan jantung baby.


Hubby aku masa tu, dah balik. Dia kata akan datang lagi malam tu utk tukar wad aku. Tapi Alhamdulillah, dia telefon guru besar dia, GB kata blanco jer gred tu. Pastu betulkan dan initial. Bg no telefon dia sbg rujukan kpd org kaunter yg mati2 tak bagi aku register 1st class tu kan.  So, aku rasa..adalah dalam 30 minit aku kat bilik scan jantung baby tu..tiba2 nurse tu bukak balik wayar2 kat perut aku ni. Dia kata, hubby adik datang dan kita nak htr adik pindah wad. Aku rasa sempatlah aku kat wad tu dalam 1 jam. Aku ditolak guna kerusi roda. walaupun aku rasa aku boleh jer jalan masa tu. Hubby bwak beg aku diiringi nurse tadi, kami gi wad 1st class.


Wad yg aku duduk ni, 4 katil 1 bilik. mmg selesa. ada aircon berbanding wad kelas tiga tadi. Lantai cantik, lampu cantik, tandas cantik, view pun cantik. Katil aku tepi sekali dan berdepan ngan laut. Memang selesa sangat lah. So, aku pun kenal2 ngan rakan wad aku. Depan katil aku Kak Maria org Gelang Patah. Nk operate mlm ni. Anak ke3. Sebelah aku lak pgkat adik. anak kedua. Dan sorang lagi nama Zana, badan dia besar macam Syanie..br masuk gak macam aku. Lps aku makan n solat...kami borak2 lah. Macam2 tips dan nasihat dr kak Maria, maklumlah dia plg senior kat situ. 


Mlm tu, nurse pesan kat aku buat catatan pergerakan baby. If rasa sakit yg kerap panggil dia. Dan malam tu..aku tak tido sangat sbb risau. Esok pagi2 lagi nurse kata aku kn gi check bukaan. Masa tu baru 2cm. Tapi doktor decided  aku kn induced. Dia kata induced ni sakit sikit berbanding normal..sbb nk bg jalan bukak. masa baring tu aku tgk lah doktor masukkan ubat yg agak besar gak berbentuk pil. Dia kata lps ni rest macam biasa, baring tak leh jalan2. Dalam tghari tu..kak maria ty, zu ko dah rasa sakit lum. Aku jawab ada cam sebu2 lah kak. Dia kata jap lagi lah tu. Dalam 2 jam lps masuk ubat induced. Nurse ambik aku guna kerusi roda gi bt check jalan lagi. Aku mmg tak suka check2 jalan ni. Kena seluk tang bawah tu...sakit n senak perut.  Setiap 2 jam aku kn ulang prosedur yg sama. Amat sakit. Dan jalan masih x bukak byk. Pastu doktor cakap baru 4cm. masa tu dah pukul 3ptg. Dia kata x der rasa lendir @ darah kuar ? Aku cakap x der. Pastu doktor arah nurse ambik alatan utk pecah air ketuban. Seriau aku tgk alat tu...macam chopstick panjangnya dan tajam. Kali ni mmg aku tutup mata dan selawat banyak2. Memang sakit....rasa nak jerit pun ada, tapi aku kuatkan semangat. Aku ingat pesan hubby dan emak. Sebut nama Allah banyak.


Lps pecah ketuban tu, aku rasa kain batik aku basah. Nurse cakap kat doktor byk darah. Suasana jadi cam kelam kabut sikit. Rupanya aku nya ketuban byk darah, biasa org keluar byk air. So mmg senak n sakit sgt perut aku. Aku dipindahkan terus atas troli dan doktor arahkan masuk Labor Room (LR). Nurse yg tolak troli tu tak silap aku nama Rohaya. Nurse veteran dan baik sgt. Dia ty dah bgtau suami ker . Aku cakap hphone kt katil. Dia mtk no hp hubby aku dan dia call guna hp dia. Sampai kat LR, ada lah dlm 5-6 org tunggu aku kat situ. Aku pun tak tau lah ini LR yg sebenar ke atau bilik sblm aku masuk LR. Sbb ada 1 katil jer. Aku diangkat pindah naik atas katil. Pastu cam biasa perut aku diletak wayar2 utk mula scan degupan jantung baby. Masa tu kain aku mmg dah lencun dan nurse tukarkan ngan kain hospital color hijau tu. Macam org nak bersalin lah..kaki kena angkat dan kangkang. Doktor check jalan. masih 4cm lagi. Tapi aku rasa dah sakit sangat. Perut dah memulas2. Dalam 1o minit aku kat bilik tu, hubby aku sampai dan dibenarkan berada sebelah aku. Yg ramai2 dlm bilik tu..aku kenal nurse 2 org jer sbb mmg pakai baju nurse. Yg lain2..aku rasa 5 orang lagi pakai baju putih cam doktor..aku pun dah confused mana doktor mana bukan.  Aku ty hubby kul berapa. Hubby jawab pukul 4.30 ptg.


Aku sakit berterusan memulas2 perut. Yang ni boleh tahan lagi. Yang tak tahan bila sakit tu pergi ke pinggang dan tulang belakang. Ya Allah, rasanya macam badan ni dibanting2 atas batu dan terbelah empat jer badan aku. Ruupanya tu lah rasa kontraksi bersalin ! Hubby masa tu pegang dan genggam tgn aku kuat2. Dia kata kalau sakit tu datang..merah padam muka aku. Dia byk bagi aku sokongan dan suruh istighfar byk2. Dan setiap 1 jam @ 30 minit  doktor akan check jalan, seluk lagi. Bayangkan..betapa sakit...bertambah sakit. Setiap kali buat selukan, hubby diarah kuar sekejap. Tapi agaknya dah lebih 5x, doktor pun lupa dah suruh hubby aku kuar. So, hubby aku cakap mmg dia tgk lah...banyak darah kuar. Kain hospital dah 2x tukar lencun basah darah. Bilik bau hanyir sangat..dan dia sampai loya rasa nak muntah. Tapi dia kuatkan semangat. Last2 nurse tutup jer kaki aku ngan kain. Dah x pakai kan lagi. Sebab asyik basah jer.Jalan masih 4cm.


Dalam pukul 7.30 doktor kata dah 5cm. Lega aku dengar. Aku ty ketua nurse yg pakai bj biru..brp cm yg boleh kuar baby ? Dia kata at least 8cm, baru boleh try push. Aduhh...ya Allah berapa lama lagi ni nak tunggu. Aku rasa dah macam bahan eksperimen lak. Doktor yg check jalan aku tu dah ramai sampai x ingat aku, dan aku rasa semua tu doktor pelatih. Dalam kul 8, ketua nurse tu suruh aku try push. Dia nak tgk, blh tak . Dan masa tu dia cakap mmg tulang pelvik tak buka lagi. Tak boleh paksa push. Tenaga aku dah lemah sgt. Menggigil badan. Haus pun ada. Nurse tu suruh hubby aku beli 2 botol air 100 plus. Dlm 10 minit hubby sampai. Nurse srh aku minum. Nak pegang botol pun tak boleh. Tgn dah lah sakit kena cucuk masuk air. Perut penuh ngan wayar. Pastu sakit..mana lah ada tenaga lagi. Hubby bg aku minum guna straw. Nurse tu suruh aku minum byk2 spy ada tenaga. Dia kata kn simpan tenaga byk. Ni belum nk teran 'push; kuar baby. Nnt doktor surh push x de tenaga, payah lagi jadinya. Aku dgr camtu..jadi takut, aku minum byk2. Dlm kepala masa tu nak kasi baby kuar cepat.


Dekat kul 9mlm..aku didatangi 2 doktor pakar. Doktor lelaki dan perempuan. Aku x berapa faham apa yg terjadi. Tp suasana agak tegang lah masa tu. Doktor yg rawat aku sebelum tu macam kena marah jer. Kena bebel2. Doktor pakar tu ambik kertas graf degupan jantung baby, dan dia cakap sesuatu kat doktor2 pelatih tu. Aku tak clear sgt apa dia ckp. dia marah dlm english n byk istilah medic yg aku x faham.  Doktor lelaki ni nama dia Dr. Raj, dan yg perempuan tu Dr Thengi. Dia check jalan, dan bgtau aku baru 6cm. Aku masa tu rasa meleleh air mata. Dlm hati...Ya allah lama lagi ker kena tahan sakit ni baru boleh kuar baby. Dr. Raj arahkan nurse suntik aku ubt tahan sakit. Dr. Thengi berdiri sebelah hubby aku dan pegang tangan. Dia cakap, adik..ini doktor bg ubat kasi u tahan sakit. Nnt u rasa ngantuk sikit. Mmg pun kuat dos ubat tu agaknya..dlm 10-15 minit, hubby cakap..aku macam dah mamai. Cakap merapu2 jer. Hubby aku tak sanggup tgk aku masa tu. masa mula masuk pakai tudung, nurse dah buka tudung. Rambut yg diikat dah buka ikatan, sbb ketua nurse kata petua org tua2 bg mudah bersalin.


Aku masa tu mmg lawan mata x nak tido. Dr Thengi tepuk2 tagan aku. Nurse sebelah lagi urut2 tangan satu lagi. Bagi aku jgn tido. dalam mamai2 tu... aku sempat tanya kat Dr. Raj, doktor lama lagi ker ? Kalau x der tenaga macane nak push ? Lps aku ty tu..aku nampak dia panggil hubby aku kuar jap. Tak lama pastu Dr dan hubby masuk terus bgtau yg aku kena operation sbb dah terlalu lama dan air ketuban byk dah kuar. Jantung baby pun dah lemah. Suasana bertukar kecoh sekejap. Aku dipindah naik atas troli dan ditolak. Aku masih nampak lagi hubby aku iringi aku bersama beberapa nurse perempuan dan lelaki.


Sampai kat bilik Operation Theatre (OT), aku disuruh turunkan signature. Nak angkat tangan pun tak mampu. Aku rasa dresser lelaki tu tolong tarik tgn aku pgg pen. Dia kata cakar2 je lah asal nampak sign. Aku di arah duduk sbb nak  suntik bius epidural kat tulang belakang.  Baju kena buka. Tutup ngan kain jer aku masa tu dh macam mayat. Masa nak bgn duduk tu, 2 nurse kn tarik bantu aku bgn sbb mmg dah x larat. Dr. Thengi ada berdiri sebelah aku. Dia cakap, sekejap saja sakit lagi. Lps ni adik x rasa apa. aku rasa dia lah doktor paling baik dan lembut sgt kat aku.


Ni operation kedua bg aku. Dulu pernah appendiks. So, aku dah tau, nnt hidung kena pakai oksigen. Dulu kat hospital alor setar, nurse ajar aku ngucap. Masa ni..x der org pesan camtu. Tp aku buat juga. aku baca bismillah, baca syahadah sbb pengalaman dulu kan. Dulu lps sedut oksigen aku terus lelap..tp yg ni tak pulak. Dr. Thengi cakap...bius tadi separuh badan saja. Jd aku boleh sedar. Sepanjang operation tu..aku rasa aku macam mamai2 jer. Macam sedar kejap, macam terlelap sekejap. Tapi bilik bedah tu mmg sejuk gila. Rasa beku badan aku. Sampai aku mengadu kat Dr. Thengi..aku rasa macam membeku je. Dia cakap mmg sejuk bilik ni. Aku cakap tak tahan sejuk..dan dgn baiknya dia usap2kan kedua pipi aku bg panas. Tgn aku kiri kanan penuh wayar. Mmg tak leh gerak.


Dalam masa tu, hidung dah mula bau hangit. Rupanya doktor belah perut guna laser. Tu yg bau macam ayam kena bakar kulit sikit. Disebabkan pandangan aku ditutup di bahagian perut, maka tak nampak lah apa yg doktor buat. Yg aku rasa badan macam gegar2, macam mekanik betul enjin kereta.  Tapi aku pandang lampu besar atas aku, disebabkan warna chrome...pantulan imej perut aku yg dibelah tu boleh nampak. Aku sekejap pandang, sekejap tak. Masa kuarkan baby aku tengok betul2. Baby dah kuar tapi tak nangis lagi. Pastu nampak doktor potong tali pusat.  Pastu baru dgr suara baby. Adalah dalam 5-10 minit, nurse dah bawak baby ke muka aku. Dr. Thengi suruh tgk jantina anak dan sebut girl or boy. Lps aku cakap boy, dia terus letak baby aku kat breast aku. Baby aku terus hisap susu. Masa tu..aku nangis sgt2 tgk baby aku. Dlm 15 minit lps tu nurse ambik baby. Dr. Thengi bgtau baby akan dihantar ke nursery. Aku nak kena jahit balik perut.


Masa baby aku kuar tu...jam pukul 10.37 malam pada 13/3/2008. Bayangkan aku sakit dari 4.30 ptg hingga 10.37 mlm baru baby dpt kuar. masa doktor jahit perut tu, aku dah terlelap. Hubby yg tunggu kat luar OT kata, hampir pukul 1.00 pagi baru aku ditolak keluar OT. Tapi aku ada tersedar dr lelap, masa tu aku aku tgk aku ditutup kain. Lama juga baru nurse datang. Aku ty kat mana, dia kata dalam bilik pengewapan. Nak panaskan balik badan aku. Lps dah siap tu semua baru aku dihantar ke katil aku kat wad. hubby pun ada masa 2 org petugas lelaki dan sorang nurse perempuan tolak aku ke wad. Tgk jam, hampir kul 2 pagi.


Nurse pakaikan pad, dan aku kena pakai salur kencing (catheter). jadi kencing dlm tiub dan bekas tu ler. Sbb br operation x leh bagun jalan gi toilet. Aku tak ingat, aku tidur ngan lena ke tak malam tu..tapi mmg penat sgt badan. Subuh2 nurse datang, tukarkan pad lagi, hantar baby srh bg breastfeed. Ya allah susahnya nak buat masa tu dgn pakai catheter, pastu tangan ada masuk air..susahnya nak pegang baby. Nak bagi mengiring, perut lak sakit baru kena belah. Serba tak kena semua gaya. Nasib baik ada nurse bantu. Aku try duduk kat sisi katil...posisi tu yg selesa bg bf kt baby.  Nasib baik katil ni boleh adjustable tinggi rendah dan ada palang tepi tu. Mudah aku nak bangun baring dlm keadaan perut sakit.


Lama aku kat hospital. Masuk 12/3/2008. Aku boleh discaj balik pada 17/3/2008. 6 hari. Aku rasa org dalam wad aku ni dah bertukar 5 orang, aku tak balik2 rumah lagi. Lps bersalin aku demam. Aku tak perasan aku demam. Agaknya sbb bilik aircond kan. Nurse bg panadol, aku mmg makan je semua ubat dia bg sbb nak balik cepat. Tapi aku nyer darah cair. So, setiap pagi dan malam kena inject kat  lengan ni. Sampai biru n lebam2 lengan aku. Pastu asyik ambik darah je, dah lah aku jenis urat halus..mmg lebam tangan ni. Dan masa hari ketigaa nak balik, doktor suspect aku lemah jantung lak. Sebab nadi aku laju. Kena check macam2 mesin dibawak masuk kat katil aku tu. Doktor kata if tak stable juga, kena masuk darah. Dah lah tangan sakit kena masuk air, nak masuk darah lak lagi. Memang dugaan lah sepanjang kat sini.


Setelah 6 hari aku boleh balik, baby lak tak dpt balik sebab jaundice. Bukan sikit tapi amatt tinggi iaitu 25. masa tu aku nangis lagi. Ya Allah apa lah dugaan Mu lagi kali ini. Cuti hubby aku selama 7 hari habis di hospital jer. Dan aku stay lagi kat wad ibu menunggu dekat wad NICU baby selama 5 hari lagi.


Total hari ddk hospital ialah 11 hari, bayangkan lah....betapa trauma nya aku dr segi mental n fizikal.
Nnt cerita lak mcmne pengalaman duduk wad ibu menunggu dan NICu baby tu...