Sunday, January 30, 2011

Catatan Kehamilan anak pertama ~ Qayyum Iman Nurbadiz~

Tergerak hati utk mencatat pengalaman mengandung dan bersalin anak pertama bila kemas-kemas dan terjumpa buku 'MERAH' rawatan sepanjang mengandung dulu. Bukan mudah untuk mendapatkan anak yang pertama ni. Aku kahwin pada Mei 2003, tapi sepanjang hampir 4thn setengah aku dan hubby masih belum dikurniakan anak. Rasanya inilah saat paling berharga dan paling manis bila diberikan Allah kesempatan utk aku melalui saat2 memiliki anak sendiri. Lahir dari perut sendiri. Alhamdulillah, terasa lengkap dan sempurna diri ini sbg isteri, bila dapat menghadiahkan suami dgn zuriat sendiri.


Sepanjang 2 tahun perkahwinan, aku mmg x pernah dapatkan apa-apa rawatan w/pun ramai sedara mara, kawan2 cadangkan pergi urut @ berubat secara tradisional. Dan kalau x silap aku masa tu, aku terlalu busy dgn kerja sampaikan x de masa nak fikir-fikirkan cadangan2 tu semua. Masih muda, dan baru berkerjaya..so rasa nnt dulu lah. Ada rezeki ada lah.  Dan sepanjang awal berkahwin, dah berapa kali aku masuk emergency dept sbb kn senggugut yg teruk. Kesian suami kdg2 mlm2 buta htr aku g hospital, kdg2 tgh ngajar kena balik htr aku g hospital. Yg peliknya, zaman anak dara x der pulak sakit senggugut..lepas kawin lak kena. Aii..ini terbalik ni. Org lain sebaliknya..aku sebaliknya. Sampaikan kawan baik aku Linda berikan aku satu set Beautiful Premium srh aku pakai. Dia kata mana tau blh baik senggugut dan dapat anak. Terima kasih Linda.


Masuk tahun ketiga, baru lah aku fokus dan cari maklumat masalah aku ni. Ye lah..dr pembacaan...kalau nak dapatkan rawatan kesuburan ni, doktor akan prefer kes yg dah kahwin 3 thn atau lebih. So, aku gi jumpa pakar kesuburan & kemandulan di Permasa Jaya (Klinik Dr. Krishna). Setelah beberapa ujian dilalui oleh aku dan suami, dia kata yg kami ni ni normal. Memang x de masalah. Maybe belum masa nya. Dan berkenaan sakit senggugut aku tu, dia kata x serius. Berlaku macam tu sebab aku ni kurang rest, byk kerja n maybe stress. Dan dia cadangkan aku sambung rawatan di General hospital sbb suami govt servant. Untung dia kata. If bt kat dia telan kos hampir RM15k-60K.


So, melalui surat referrence dr Dr Krisna..aku daftar diri kat pakar O&G di HSA. Nk dapat check up pertama tu, adalah dlm sebulan lps register. Dan rawatan pertama ialah ambik darah, kira tahap hormon. Dan suami kena test sperm. Result...doktor kata NORMAL juga. Lps tu, setiap bulan lah aku dtg utk check up darah, hormon. Serta doktor ada bg ubat subur & metformin utk stable kan hormon. Metformin tu aku ambik tak ikut peraturan sbb if mkn rasa pening je n loya.  Dan yg tak berapa best, bila bt rawatan kt GH ni, doktor pakar yg rawat kita tu bertukar2. Kdg2 ada doktor yg malas baca history kita, dia ulang stage yg sama je. Nasib baik aku ni pandai cakap. Aku bgtau doktor..dah masuk 3 bln, asyik bt benda sama jer. Baru lah doktor tusuggest aku buat test HSG ( test tiub fallopian). Dan dia kata, mostly yg bt hsg ni...menggalakkan telur byk. Dan chances nk pregnant 70-80%. Sakit jugalah masa buat test ni.


Alhamdulillah, tiub pun x de masalah. 2 minggu lps tu dtg semula checkup darah, test hormon dan bt ultrasound check telur. Dalam masa yg sama, doktor bg panduan mengira waktu subur dan dia rujuk aku ke pakar pemakanan. Dietitian tu siap ajar aku macam mana mengamalkan pemakanan sihat dan pemakanan utk persediaan mengandung. Masa bt rawatan ni, aku dah resign keje. mmg betul2 nak rest lah..x nak kepala serabut2. Betul2 ikut saranan doktor.


Tak sampai 6 bulan bt rawatan ni, aku akhirnya berjaya pregnant. Tapi masa tu x sedar. Sebab masa tu aku br keje balik. Dah boring x keje masa tu. Rasa sakit2 badan, nak demam dan macam2. Hubby kata buatlah upt test. aku malas sebab selalu buat asyik negatif je. So, satu pagi tu aku bt juga lah sbb hubby dah beli. Lps bt, tak tgk result pun sbb dah 'lali' ngan hasilnya. Tiba2 hubby yg cakap ada 2 line lps dia mandi. Aku yer kan aje. Tapi dlm hati tertanya2 gak betul tak ? So, masa lunch g klinik dkt opis. Dan doktor kata tahniah. Ehh..macam x caya lah pulak. Macam mimpi, macam magik pun ada.


Tapi sebenarnya, sebulan sebelum aku dpt berita pregnant ni..aku mmg beria-ia benar nak ambik anak angkat. Hubby tak berapa setuju, tapi bila kami sebulat kata ikhlas nak ambik demi agama baby tersebut, aku mmg betul2 usaha lah. call mana2 pihak dan jabatan yg berkaitan. Tapi mmg x de rezeki kami. Last2 org yg nak bg kami baby tu decide x nak bagi dan berjanji akan kekal dgn islam. Walaupun agak terkilan, tami kami gembira krn baby itu sekurang2nya tidak ditukarkan agamanya. Dan dalam masa tu juga boss aku nak gi umarah. Dia ty nak apa ? aku jawab doa kan Allah bg aku anak je :) Alhamdulillah...inilah rezeki yg aku dapat.


Seminggu lps dapat berita pregnant, tiba2 bleeding lak. Mak aii, alangkah suspen nya masa tu. Hubby balik sekolah terus g opis aku ajak g klinik. Doktor bagi Duphaston utk kuatkan rahim. Dan lepas tu, bleeding berhenti. Dan sepanjang pregnant tu...pengalaman mabuk mmg teruk. Rasa hampir 4 ke 5 bulan aku tak masak. Tak boleh bau makanan, bau bawang, bau tumis, bau minyak wangi. Senang kata mmg lembik lah badan masa pregnant ni.  Berat badan turun je, sampai nurse kt klinik kesihatan bebel2. Macam nasihat dia bagi. Aku gagahkan juga diri makan macam2 yg nurse dan doktor sarankan. Akhirnya dari bulan pertama aku pregnant sampaikan ke 9 bulan, aku berjaya naikkan berat badan sebanyak 3 kilo ! naik juga tu ye.


Emak aku kat kg, tak caya je aku pregnant. Sbb perut aku mmg tak nampak. Selama aku pregnant sampai bersalin..aku x de beli satu pun baju maternity dress. Disebabkan emak aku nak sgt tgk aku pakai baju ngandung tu, dia beri kan aku bj kakak aku. Aku pun pakai le dpn dia. Tp dia kata x nampak pun perut. Bukan emak aku je, jiran aku pun tak tau. Sampai terkejut dia, bila satu pagi tu dia nampak aku n hubby kemas2 brg kat kete. Dia tanya cikgu mahu gi mana ? Hubby aku jawab..nak g hospital. oh sapa sakit ? Bukan sakit, tapi nk bersalin. Haha...terkejut madam Tan. 'Aiyya itu perut tak de besar, tak tau pun pregnant'. Lawak gak yer....hahaha.


Sepanjang pregnant lak, ada satu penyakit camni...'lapar, teringin nak mkn benda ni..tp bila dah dapat makan, muntah balik'. Org kata awal2 je. Tapi aku sampai nak bersalin macam tu. Nak makan kuih nagasari lah, laksam lah. Kan susah nak dapat tu. Last2 aku dan suami ngan gigihnya buat bersama. Aku bantu apa2 yg patut sbb x leh sgt bau dapur. So, mmg hubby lah kn jd chef @ tkg masak sepanjang aku pregnant. mmg betul2 kami jaga dan hati2 jaga baby dlm perut sbb doktor cakap aku rahim tak kuat dan kn byk rest. So disebabkan takut apa2 berlaku..aku mmg x buat keje berat2 lah. Kat opis pun, nasib baik boss faham.Makan ubat, minum susu, makan buah, makan sayur. Paksa diri wpun susah nak telan.


Alhamdulillah, akhirnya aku berjaya melalui fasa pregnant ni. Walaupun agak memeritkan dan menderita..tp bg aku x per. Nak rasa timang anak sendiri gak..aku gagah kan diri. Itu lah org kata pengorbanan seorang ibu kan. Saat2 dah nak tiba tarikh due, nurse srh decide aku nak bersalin kt mana. Dah tentu aku nk dekat ngan kg aku. Ada family aku leh jaga. aku tak de MIL & FIL. Dan family hubby yg lain semua kat Sarawak. Lg pun kami beza budaya. So, aku rasa selesa lah ngan family aku dan nak berpantang cara melayu.  Tapi sampai masa due, aku tak rasa apa-apa pun. Masa tu aku dah cuti seminggu. Aku ty emak. Emak kata kalau nak bersalin ada tanda dan rasa sakit. Aku masih sihat n steady je masa tu. Last2 balik semula rumah aku, dan gi klinik kesihatan macam biasa. Nurse kata if x der rasa juga..cukup 7 hari...mesti admit wad.  Masa tu berdebar2 gak....


Ok, nnt sambung cerita lak, mcm mana pengalaman bersalin pulak yer.

1 comments:

Zaidah said...

SALAM KENAL.....SERONOK BACA PENGALAMAN ORANG NAK BERSALIN....CEPATLAH SAMBUNG YER...

Post a Comment