Friday, February 18, 2011

Pengalaman Keguguran - Anak Kedua / 16 Feb 2011

Sesungguhnya Allah itu maha mengetahui !
Apabila Allah swt membuat keputusan untuk menciptakannya menjadi manusia, maka tertulis lah dan telah ditetapkan di Luh Mahfuz akan namanya, nasib baik atau buruk hidupnya, jodohnya, rezekinya dan ajalnya.

Apa yang kita lalui hari ini mungkin akan menjadi ketentuan untuk kita pada masa akan datang tetapi kita jarang menyedari dan mengetahui kerana ia adalah rahsia ILAHI.

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Rasanya tahun 2011 adalah tahun yg amat sesuai untuk menambah bilangan ahli keluarga. Qayyum, anak pertama sudah menghampiri 3 tahun. So, memang mengharap dan berdoa agar dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata kedua. Plan aku dan hubby, kalau boleh waktu bersalin tu biarlah jatuh pada cuti sekolah. Bukan apa, kerana pengalaman bersalinkan Qayyum dulu...aku dan baby 'berkampung' di hospital selama 11 hari, buat kami betul2 trauma dan kalau boleh untuk anak kedua ni, nak plan betul2 dan tak nak lagi  berada dalam keadaan kusut dan tidak terurus rutin  harian seperti dulu. 

Kita hanya merancang kan, Allah yang lebih mengetahui. Plan awal, nak conceive pada awal Mac 2011, tapi diberikan lebih awal. Pada 5 Jan 2011, selepas bt pregnancy test,  mmg positif. Hati mmg gembira. Walaupun kegembiraan tu tak dapat ditandingi sewaktu kami dikurniakan Qayyum setelah menanti hampir 5 tahun, namun aku ngan hubby tetap bersyukur. Sebab, untuk anak kedua ni...kami murah rezeki, tak perlu melalui apa-apa rawatan.

Pengalaman mengandung yg lepas banyak dijadikan panduan untuk kandungan kedua ini. Nasib baik tahun ni aku dah tak bekerja. Kontrak mengajar dah tamat. So, mmg byk masa di rumah. Kerja-kerja tuisyen, tak lah mengganggu sangat proses kehamilan kali ni. Morning sickness mmg teruk. Bulan pertama pregnant saja, berat badan dah turun 2 kg. Tak boleh bau macam-macam, tak boleh masak dan hilang selera makan. Yg paling teruk, badan asyik sakit2 dan kepala pening saja. Itu normal lah kan..nama pun mengandung. Itulah cabarannnya dan pengorbanan seorang ibu. Yang beza cuma..masa anak pertama kita runsing dan risau nak urus kesihatan diri yg tgh mabuk, bila masuk yg kedua ni...kenalah juga bahagikan masa nak urus kan si comel yg sorang tu. Baru nak masuk 3 tahun, dah tentu bukan semua perkara Qayyum boleh buat sendiri. Mujurlah hubby kerja cikgu. Dalam pukul 2.00ptg dah balik rumah. Dah boleh bantu sidai kain, tolong masak dan layan kerenah Qayyum. Dan tolong layan kerenah bini dia yang sikit2 mintak tolong picit badan lah, kepala lah.

Yang buat hati tak sedap, pregnant kali ni ada bleeding. Dari tarikh buat pregnancy test tempoh hari, ada brownish spotting kuar. Memang tak banyak. Tapi buat hati tetap tak sedap. Masa Qayyum dulu macam tu gak, dan aku cepat2 gi klinik. Doktor kata itu normal sebab telur yg disenyawakan tu tgh cari posisi utk melekat, maka berlaku geseran di dinding rahim. So, berlaku lah bleeding. Dan masa Qayyum dulu, aku bleeding pada minggu ke7.

Untuk kandungan yg kedua ni, aku start bleeding pada minggu ke4. Doktor scan perut pun tak nampak apa lagi. So, doktor bagi 2 minggu untuk scan lagi. Maybe masa tu baby dah besar sikit dan boleh nampak. So, lepas 2 minggu datang lagi jumpa doktor. Bleeding tak stop lagi. Tapi masa scan, Alhamdulillah  nampak jantung baby. Doktor bagi ubat 'Duphaston' sebanyak 10 biji utk stop kan bleeding. Dan doktor pesan sekiranya 3-5 hari akan datang, jika masih bleeding kena datang klinik lagi.

Masa anak first, lepas makan ubat Duphaston tu, bleeding stop. Tapi yg kedua ni....bleeding tak stop juga. Darah yang kuar tu warna tak lah merah. Kecoklatan saja dan tak banyak. Dan tak rasa sakit pun. Tapi hati tetap bimbang.  Walaupun dah makan ubat, selepas 4 hari..bleeding masih x stop.  Maka aku ngan hubby kena gi klinik lagi, atas nasihat doktor. Doktor kata, dalam kes macam ni...ada tanda2 'threatened abortion'.  Maka kes aku ni dirujuk ke hospital.

Pada 16 /1/011, aku gi HSI dengan segera. Masa di HSI tu, disebabkan bukan kecemasan kritikal, kena lah melalui prosedur biasa. Ambil nombor dan tunggu giliran di Jabatan Kecemasan dan Trauma. Datang nak buat rawatan masa tu pukul 5.00ptg...dan habis semua prosedur dan rawatan pada pukul 9.30malam. Lama kan.  Masa kat Jabatan Kecemasan tu, doktor yg rawat tu bukan pakar O&G, maka aku dirujuk ke Bilik Saringan Bersalin.

Kat Bilik Saringan Bersalin tu, kena scan perut dan scan melalui vagina. Doktor yg rawat tu kata, keadaan tahap selamat. Dan baby masa tu berusia 7minggu. Aku tanya..tak payah ambik apa-apa suntikan untuk kuatkan rahim @ apa-apa ubat ? Doktor kata tak payah sebab sebelum tu, doktor di klinik yg aku selalu buat check up dah bagi ubat 'duphaston'. So, doktor kata tak perlu ambik apa-apa ubat lagi. Sebab dia check keadaan rahim ok. Pintu rahim pun tertutup. Cuma doktor pesan, segera ke hospital jika berlaku sakit perut yg amat sangat dan jika ada keluar darah yang banyak.

Selepas rawatan pertama di HSI, bleeding masih keluar. Cuma kadang-kadang ada, kadang2 tak ada. Hati dah kurang bimbang, mungkin ini tanda2 bleeding nak stop. Sebab tu kejap ada kejap tak de. Dan aku pun dengan semangat nak gi buat buku merah rawatan ibu mengandung kat kinik kesihatan. Tapi dua kali pergi, dua kali tak dapat buat. Orang terlalu ramai, sampai kan nurse nasihat aku suruh datang awal2, sblm klinik buka dah ambik turn. Aku mmg payah sikit lah nak bt camtu, sbb w/pun ddk rumah je. di sebelah pagi...tapi si Qayyum ni susah bangun pagi. Nak kejut kan dia, mmg ambik masa nak pujuk.
So plan nk buat masa cuti raya cina. Masa tu kan hubby cuti seminggu, jadi ada org leh jaga Qayyum. Tapi masa CNY tu pula berlaku kecemasan, atuk meninggal dunia pada 3/2/2011. Maka aku, hubby  dan Qayyum terpaksa balik kampung melawat atuk di hospital Kluang, dan seterusnya mengikuti proses menguruskan pengebumiannya. Dan siap semua tu, klinik masih tutup sbb cuti CNY. Mujurlah pada masa itu...bleeding dah berkurangan.

Tetapi pada malam 9/2/2011 dalam pukul 3.00pagi aku dikejutkan dengan bleeding lagi. Tapi kali ni warna merah. Perut tak ada rasa sakit atau memulas-mulas pun. Bangun nak buang air kecil. Tapi tiba-tiba macam ada dengar bunyi 'benda' jatuh dalam toilet bowl. Masa tu terus tengok, tapi tak nampak sebab dah masuk lubang. Cuma warna toilet bowl tu jadi merah, sebab darah. Cepat-cepat panggil hubby tengok. Dia pun tak nampak apa, cuma  nampak darah jer. Boleh pulak masa tu Qayyum bangun dan cakap " Mama..mama nak belah perut eh ? Nak kuar baby ? baby Andiya...". Aku nak gelak pun ada, nak nangis pun ada masa Qayyum cakap camtu. Lucu bila ingat Qayyum boleh panggil baby dalam perut ni dgn nama Andiya. Maybe dia ingat kot, aku pernah cakap if kita dapat adik girl, nama dia Andrea.

Esok nya bangun pagi, tgk pad tak lah penuh sangat ngan darah tu. Perut pun tak rasa sakit. Sepatutnya hari tu aku ada appoinment buat buku merah kat klinik kerajaan, tapi hati dah bimbang. Kalau kat klinik kerajaan, nurse tak akan scan. So, aku decided gi klinik biasa yg aku gi buat check up dulu.  Doktor yang scan tu, lama juga ambik masa untuk tgk kedaan rahim n baby. Aku pun tambah nervous. Berdebar2..takut nak dengar apa doktor tu cakap.  Dia kata, bila scan...masih nampak kantung baby, cuma jantung baby dah tak nampak. Dia point lah kat aku imej sacn tu. Aku pun tak sure nak cakap camne. Sbb mmg nampak ada baby dalam rahim..tapi x tahu nak cakap baby ok ke tak. So, terus doktor tu buat kan surat rujukan untuk aku ke hospital lagi.

So, pada 10/2/2011...aku ke HSI buat kali kedua. Oleh sebab bukan kecemasan kritikal juga, maka melalui prosedur yang biasa. Ambik nombor dan tunggu giliran kat Jabatan Kecemasan dan Trauma. Masa datang tu dalam jam 11.00pagi. Tapi kali ni dapat doktor bagus sikit. Doktor lelaki india. Doktor ni lama juga ambik details n dia explain dari segi medic term n simptom2 yg aku lalui ni, mmg 80% menghampiri miss abortion @ misscarriage.  Selepas didiagnos oleh doktor tadi, aku terus di rujuk ke Bilik Saringan Bersalin (PAC) untuk ujian dan pengesahan selanjutnya.

Kat PAC tu, doktor pelatih yg rawat aku. So dia buat scan kat perut dan buat 'speculum' utk tengok pintu rahim. Tapi bila tanya doktor pelatih tu macam mana, dia kata...nanti doktor tetap akan datang dan sahkan status baby aku ni. Lama juga tunggu sebab doktor tu ada emergency kat OT. So, bila doktor dah sampai, dia scan sekali lagi, dan scan melalui vagina. Bila sacn melalui bawah ni, imej baby lagi jelas. Dan masa tu doktor sahkan yang baby dah tak bergerak lagi. Tak nampak dah heart pulse baby dan bila diukur besar baby, baby berukuran 8minggu. Sepatutnya melalui EDD, pregnancy aku dah masuk 11minggu. Masa doktor tu cakap...aku mmg sedih sgt, sampai tak sedar keluar air mata. Doktor bagi alternatif utk balik rumah, rest dan biar baby keluar sendiri. Dia bagi tempoh 2minggu. Jika baby tak kuar secara natural, maka aku perlu melalui proses Dilation and curettage (D&C) iaitu 'cuci rahim'. Tapi doktor tak menggalakkan aku buat D&C sebab dia kata banyak risiko. Kalau boleh, biarlah ia keluar sendiri, itu lebih bagus dan baik untuk rahim. So, aku dibenarkan balik rumah pukul 5.30petang. Seharian suntuk aku di hospital. Kesian hubby dan Qayyum, penat menunggu.

Balik rumah, hati memang sedih sangat. Tapi hubby cakap...redha kan. Mungkin ini yg terbaik, dan Allah tu lebih mengetahui dari kita. So, aku malas nak ingat2 sangat. Nanti sedih. Aku buat macam biasa jer. Tapi masa tu perut ada rasa sikit-sikit memulas. Tapi masih lagi terkawal. Cuma pada malam 12/2/2010..aku menangis2 masa tido malam. Sebab perut sakit sangat masa tu. Bangun tengok jam pukul 4.00pagi. Kejut hubby, tapi dia bagun kejap jer. Maybe ngantuk sangat dan tak sampai hati nak kejut lagi. Esok dia nak kena gi sekolah.  So, punyalah tahan-tahan kesakitan tu, akhirnya tertidur semula. Esoknya ex- student aku Jenny datang melawat dengan kawan dia Maya. Terhibur juga lah hati ada orang datang dan main-main ngan Qayyum. Hilang lah rasa sakit ni sikit, w/pun sakit tu datang-datang.

15/2/2011 ~ Cuti Maulidur rasul. Seronok habiskan masa kat rumah ngan hubby dan Qayyum. Tak buat aktiviti apa pun, sebab hubby kata jgn buat kerja rumah lagi selagi belum sihat. So, kita orang dok tgk tv jer lah. Nak gi jalan-jalan pun tak ada mood sebab perut ni kadang2 ok, kadang sakit.

Sakit amat maksimum datang pada pukul 12.30 malam. Masa tu Hubby dan Qayyum dah ready atas katil nak tido, aku masih kat bilik air. Sakit sangat perut. Memulas-mulas. Aku cakap kat hubby, macam nak bersalin jer sakit ni. Hubby kata, baik confirm betul2. Entah2 sakit nak buang air besar. Sebab dah berapa hari aku asyik ngadu sakit perut jek. Aku cakap, sakitnya mmg sama...memulas2 tapi yang ni sakit sangat kat bahagian ari-ari.

 Oleh sebab lama sangat duduk kat toilet bowl, dan tunggu darah @ apa-apa keluar tak de, aku pun masuk lah bilik. Siap sedia pakai pad bagai, ye lah takut if kuar darah ker apa. Aku duduk tak kena, berdiri pun tak kena. Sakitnya memulas dan mencucuk, pastu pinggang dan tulang belakang pun sakit sangat. Aku baring kat tilam bawah katil dalam keadaan meniarap. Dalam keadaan macam tu baru lega sedikit. Agaknya tadi duduk lama sangat, dan perut berlipat buat tambah sakit. Dan dalam keadaan lega sedikit tu, aku rasa macam banyak jer air kuar. Aku dah rasa memang darah lah ni. Lama juga lah aku dalam keadaan meniarap atas tilam tu, mungkin tekanan kat perut sebabkan ia mudah keluar kot. Aku panggil hubby untuk standby kain batik, alas tilam sebab aku nak berpaling dan try bangun. Masa nak berpaling tu, dalam posisi slow aku try duduk...masa tu memang banyak darah turun mencurah2. Dari yang cair hingga sepekat-pekat darah. Kain yang aku pakai, dengan kain yg hubby alas dah basah. Nasib baik aku cepat gerak, maka darah yg kuar tu semua sempat dielakkan dari jatuh atas tilam.  Qayyum tengok masa tu, tapi hubby cepat2 ambik kain lagi dan tuala tutup semua darah2 tu, supaya dia tak nampak. Bila dah rasa lega sikit, aku gerak ke bilik air. Masa di bilik air, kuar darah dan ketulan darah beku dengan banyak. Ketulan daging pun ada, sampai buat aku hampir pitam. Termuntah2 aku dibuatnya sebab gayat tengok darah yang banyak. Hubby tunggu depan pintu bilik air. Bila rasa dah ok, bersihkan diri dan masuk bilik. Hubby yang uruskan darah dan kain2 berlumuran darah di bilik air. Aku segera pakai pad, dan try kawal diri supaya tak panik. Tiba2 perut rasa memulas lagi dan rasa something nak 'pull out'. Cepat2 ke bilik air semula. Ingatkan dah kuar habis, rupanya masih ada lagi. Maka keluar lagi darah dengan banyaknya. Pad dah tukar 2..tapi semuanya habis basah penuh.

Rasanya proses sakit perut yg memulas hingga turun darah tu dari 12.30 malam hngga jam aku tengok dekat pukul 2.00pagi. Hubby tanya, jadi tak nak gi hospital. Aku cakap jadi, tapi tunggu darah banyak ni stop sikit. Camne nak jalan kalau darah membuak2. Tapi bila tunggu2, tengok darah tak nak stop2...rasa seriau pulak. Takut hilang darah banyak sgt dan berlaku komplikasi lain lak, aku cepat2 siap apa yg patut ke hospital. Pakai panty dan pad serta bersarung batik.

Sampai kat Jabatan Kecemasan dan Trauma HSI dalam pukul 3.00pagi. Masa dalam kereta  ke HSI , duduk alas surat khabar. Masa bangun nak naik wheel chair, tengok mmg tembus, basah paper tu. Disebabkan kali ni kritikal..tak payah ambik nombor. Hubby turunkan aku kat pintu kecemasan, aku terus naik wheel chair dan disorong dresser masuk bilik kecemasan. Hubby dan Qayyum gi parking kereta. Aku terus diarahkan baring atas katil. Masa pindah naik katil tu, habis darah mengalir turun kat kai dan ke lantai, selipar semua dah penuh darah. Ni kain batik aku yg ketiga aku tukar. Nurse datang terus ambik darah kat tangan dan masuk air. Lepas tu tekanan darah dan nadi diambil. Tak lama kat bilik kecemasan, adalah dalam 20minit, lepas tu katil aku ditolak ke bilik saringan bersalin (PAC).

Di PAC, aku terus discan. Doktor pelatih yg scan tu kata tgk rahim dah clear. Tapi macam confius juga sbb darah banyak kuar tak stop lagi. Sedangkan proses aku turun darah dah hampir 2jam. Lepas tu datang doktor tetap scan sekali lagi dan buat speculum. Masa buat speculum tu lah dia kata, kantung baby trtinggal dan tersangkut kat pintu rahim. Itu sebab darah masih banyak w/pun dah kuar semua. Doktor tu tarik keluarkan kantung @ uri tu. Ya Allah sakitnya masa dia buat tu. Tapi lepas dia dah tarik keluar, sakit memulas dan pinggang aku pun reda.  Memang betul2 sama rasa sakit ni masa nak bersalinkan Qayyum dulu. Selepas tu aku diberi injection utk kecutkan rahim.

Alhamdulillah, aku tak perlu melalui D&C kerana 'complete abortion'. Doktor scan rahim, semuanya dah clear dan keluar habis. So, tak payah kena tahan wad. Aku dibiarkan rehat sekejap utk hilangkan sakit dan stablekan nadi. Dalam pukul 6.00pagi nurse dah bagi aku kebenaran bersihkan diri dan bersiap untuk balik.

Alhamdulillah....semuanya telah selamat.  Bersyukur pada Mu Ya Allah.
Syukur sgt2 kerana semasa ,elalui peristiwa ni, ada hubby di sisi. Agaknya kalau berlaku masa dia tgh keje..macam mana lah aku agaknya.  Terima kasih hubby sebab banyak menolong waktu2 genting begini.
Thanks to Jenny, sebab lps teacher balik hospital..terus datang rumah dan tolong picit2 badan dan layan kerenah Qayyum sehari suntuk.

Buat 'baby' ku yg telah pergi...walaupun Mama dan Papa tak mengenali lagi wajah mu, InsyaAllah kami sekeluarga akan ingat 'baby' sampai bila-bila. Semoga Allah menempatkan 'baby' ku ini sebagai penghias syurga. Amin. Dan doakan lah agar Mama, Papa dan Qayyum akan berjumpa di sana...Amin. 

10 comments:

Unknown said...

sedih baca...semuga tabah..

Badariah said...

assalamualaikum...
akak sedih baca N3 Zu,harap zu bersabar ya,mgkin ada hikmah dari nya..& zu byk2 berdoa..amin

Ariey said...

teringat mse sy lalui semua ni akhir jan 2011 lalu..hampir smnggu skit n memulas2..tiba hari yang betul2 xdpt trthan lg, bby kuar sndirinya sblm smpt scan..nsib baik mse 2 kt hspital..mmg sakit ble doc nk kuarkn kantung 2..tp Alhmdllah skarng dh prgnent cme yg mnjadi satu kerisauan bila bleding n ble scan hnya nmpak kntung je,xde bby lg..pdhal dh msuk 8mggu..lg 2weeks scan lg..mdah2n nmpak la n bby sihat....AMIN>>>

zaujah abg said...

Sayu ble baca entry ni.msuk 2weeks in confinement period..dh sthun lbh kwen,hppy sgt ble tau prgnnt dec 2011 lps..hm,hmpir sama ble brownish spotting kua pd mgu ke 9.tp lebih sdih ble tpkse face kdaan tu sorg without hubby.ema mngjar kt mlaka,hubby MO kt klntan..ble msuk 12mggu,bleeding mkin byk.xsakit pn.pegi A&E mlka sorg,ble doktor scan,heart beat dh xde,juz tgl kntung.,irregular.mnangis sguh2 ms tu.admitted wadded kul 9pg..hubby smpi dr klntan kul 3..kul 7 msuk OT tuk bt ERPOC..bby dh xde..bdoa mg ada sinar bhgia pd ms akn dtg..dpt dok sme ng hubby dan ad permata ht yg dinnti..ameen

CACA said...
This comment has been removed by the author.
CACA said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Sy pn sedang mengalami situasi yg sama..cuma kat cni sy nk bg petua pada sesiapa yg confirm baby dh x ada tetapi proses keguguran ambik masa yg lama utk complete..so utk elakkan dnc minumlah air kelapa muda banyak2..insyaallah janin kantung akan keluar dgn sendirinya dan kita x perlu buat dnc..cuba anda google website indonesia byk mencdgkan kaedah ini

alin said...

sedih baca...walau dah lama blog ni...saya pun ada cerita yang hampir sama apr 2015.. kira kandungan sulung... oct 2016 sy dpt cahayamata pertama...Alhamdulillah... apa yg bawa saya ke sini hr ni sbb dupshaton tu...skrg sy pregnant 7weeks...ada turun darah...hr ke 3 ambil ubat tu... setakat hr ni xde lg darah keluar...cuma badan xlarat, loya xusah ckp...masa gugur yg dulu xde turun darah...baby BO...sepatutnya dah masuk 11 minggu...tp baby masih 9 mggu...sama complete keluar sendiri tanpa BO...masa pregnant anak sulung, ada turun darah...tp Dr x bg ubat apa²...kali ni baru Dr bg ubat sbb masa scan 6mggu dah dgr jantung baby...

alin said...

tanpa BO pulak...tanpa D&C

Post a Comment