Sebenarnya tak plan pun nak gi sini. Sebab pada hari Selasa, 15 Mac 2011 tu hubby ada kelas tambahan kat sekolah. Dari pukul 8pg sampailah pukul 12.30tghri. Tapi memandangkan masa tu rumah blackout dari pukul 10pagi hingga 7petang...maka terpaksalah plan outing sbb malas duduk rumah berpanas-pansan dan boring giler bila x boleh on tv kan. Padahal, dah dapat notis dr TNB 3 hari sebelum tu yg mmg akan dibuat penyelenggaraan tahunan bagi pencawang yg melibatkan taman aku ni.
So aku call hubby kat sekolah cakap kat rumah panas x de elektrik. Hubby cakap..mama fikir lah nak gi jalan mana nanti bila Papa balik. Aku pun tanya Qayyum nak gi mana. Qayyum cakap nak jalan Jusco. Aku cakap x yah lah gi Jusco, baru semalam kita shopping baju kat Jusco. Fikir punya fikir, baru aku teringat yg aku dan hubby sebenarnya masa gi Jusco semalam cari gitar. Tapi x jumpa. Then, niat nak mencari gitar tu pun aku sambungkan ke aktiviti hari ini.
Aku suggest kat hubby bawa Qayyum ke Muzium Istana lama JB. Sebabnya...aku pun dah lama tak gi situ. Rasanya pergi masa aku sekolah rendah dulu. Hubby lagi lah, langsung belum pernah pergi. Tapi amat mendukacitakan, bila sampai...muzium ditutup utk renovation. Aku tanya polis yg bertugas tu berapa lama tutup, dia kata maybe hampir setahun. mak aii.....lamanya ! Habiss tu dah jauh2 dari pasir gudang ke jb, tak kan nak balik cam tu jer. Aku terus ajak hubby jalan2 jer kat taman bunga istana tu. Ramai juga orang masa tu. Ramai yg datang tu jogging dan bt photoshoot. Hehehe...peluang ni nak gunakan DSLR baru kita org. Apalagi..hubby pun terus lah bawak Nikon dan try ambik gambar. Yg jadi model kita org jugak lah :) Mana ada org lain. Hasilnya, x der lah cantik sgt sbb beginner kan. Kata org practice make perfect. So, byk lagi nak kena belajar.
Balik dari taman bunga istana tu singgah kat Angsana. Cari gitar. Ada jual kat UO. Tapi condition x cantik dah scracth body dia. x jadi beli. Tapi beli lain lak. Hubby borong lagi baju, kemeja dan jeans. On the way balik singgah Giant. Gi kedai Cash converter tu. Cari gitar. Banyak sgt pilihan. Dr yg baru hingga second hand. Yang biasa dan gitar elektrik semua ada. Hubby beli gitar baru yg biasa, gitar kapok yg murah tu jer. Sebab nanti kalau beli mahal2 takut dikerjakan si Qayyum. Dia sekarang bukan main excited nak main gitar. Bila kita belikan gitar mainan, dia tak nak.
Ok, ni antara pic-pic masa photoshoot kat taman bunga istana tu. Nak tengok semua pic, klik SINI.