Friday, July 27, 2012

Ramadan Tanpamu

Lama sudah saya tak menulis di blog ini. Lebih setahun. Bukan tidak minat menulis lagi, tapi sibuk dengan tugas sebagai pelajar di UPSI. Kalau dicoretkan perjalanan hidup di UPSI dalam blog ni, pasti tak habis cerita. Terlalu banyak kisah gembira, pahit dan pilu bergelar mahasiswa semula di usia begini. Nanti ada masa akan dicatatkan. Hari ini cuma ingin berkongsi cerita tentang Ramadan tanpa insan yang kita sayang. Orang yang melaluinya pasti memahami rasa perasaan ini. 

Ramadan 2012 / 1433H, adalah Ramadan tahun kedua setelah ketiadaan arwah atuk / nenda saya iaitu Hajah Lijah binti Baman. Atuk saya telah meninggalkan saya dan keluarga pada raya cina tahun tahun lepas iatu pada 3/2/2011. Waktu itu saya juga pregnant anak kedua saya, dan telah tersurat juga...saya miscarriaged baby kedua saya pada 16/2/2011. Boleh klik SINI untuk membaca kisah kehilangannya.

Yang terlepas baca tentang kepergian atuk saya, boleh klik SINI.
Al-Fatihah buat Atukku. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin ! 


Untuk mereka yang masih mempunyai ibu, sayangilah mereka seperti mana mereka menyayangimu selagi hayatnya ada. Dan bagi mereka yang sudah kehilangan ibu / orang tersayang, sentiasalah berdoa untuk mereka.




Salam atas para penghuni kubur, mukminin dan muslimin, 

engkau telah mendahului kami, dan Iinsya Allah kami akan menyusulmu.

Semoga ALLAH cucri rahmat ke atasmu.








0 comments:

Post a Comment