Wednesday, September 29, 2010

Udang Goreng Kunyit Bertepung

hari ni main masak-masak. Menu yang simple, cepat untuk dimakan ;)

Monday, September 27, 2010

Qayyum's Cousin - Latest Pic

Baru nerima gambar ari adik ipar di Sarawak. Petunggal Qayyum, Amedeus Kana.


 

Sunday, September 26, 2010

Tetamu Raya & Manok Pansuh

Balik dari open house, kawan aku dan hubby datang beraya. Jack bersama isteri dan Fatiyah ngan family dia. Aku x ada masak apa pun sebab masa balik pen house tu, Qayyum dah tertido dalam kereta. So, kena stay kat upstair tengok n teman si Qayyum tido.

Hubby cakap dia dan Jack dah plan dari petang nak masak Manok Pansuh (ayam dalam buluh). Manok pansuh ni kira famous lah pada orang Iban dan favourite mereka. Biasanya manok pansuh ni dibakar macam lemang. Guna api dan kayu, dan kalau bakar, biasalah..kat luar rumah. Tapi resepi ayam pansuh hubby aku dan Jack ni canggih sikit ;) Tak yah pun guna kayu, api dsbnya. Buat guna dapur gas je..hahaha..moden kan resepi ni. Malam tu, dapatlah family Fatiyah rasa masakan Iban ni. Maaf lah yer cik Fatiyah..datang rumah tak ada jamu apa. Tak sempat masak sedap2. harap2 jangan serik datang raya lagi tau tahun depan.
~ Manok Pansuh ~ Pic pinjam dari www.mylongkang.com
Manok Pansuh atas api gas

Ini lah hasilnya...setelah dikeluarkan dari buluh
Jemput makan...
Rasalah resepi masakan Iban dari Chef Jack
Fatiyah & Kak Ngah
Fatiyah ~still available :) ~
Qayyum & Leja
Buat apa tu ?
Ohh..mintak duit raya yer ...
Dah dapat...yeayyyy....


Resipi Manok Pansuh Versi Apai Qayyum 

Bahan-bahannya : 
1 ekor ayam - dipotong
2 btg serai - dihiris
6 ulas bwg putih - ditumbuk
4 ulas bwg merah - ditumbuk
3 buku halia saiz besar - ditumbuk
1 kuntum bunga kantan - dihiris
1 ikat pucuk ubikayu - digosok2 sekejap dgn tapak tangan dan dibersihkan serta ditoskan airnya.
garam
serbuk perasa


Cara Menyediakannya :
Tos ayam yang telah dipotong tadi.Gaul ayam dengan bahan tumbuk. Masukkkan serai,bunga kantan,garam dan serbuk perasa dan gaul rata.
Perap seketika lebih kurang 20 minit.
Masukkan ayam ke dalam buluh yang sudah dibersihkan diselang-selikan dgn pucuk ubi.
(Semasa mengisi ayam tadi,hentakkan buluh tu sedikit2 supaya ketulan ayam turun ke dasar buluh dan jangan diisi terlampau penuh).
Tuangkan sedikit air bersama air perapan ayam tadi ke dlm buluh dan tutup mulut buluh dgn pucuk ubi yang dikepal atau daun pisang yang telah disimpul.
Bakarlah selama lebih kurang satu jam menggunakan kayu api atau arang. (boleh juga gunakan dapur gas).

Open House

Biasalah...masih dalam mood raya. Raya kan 30 hari... :) hari Sabtu dan Ahad, mesti penuh dgn undangan open house. Hari ni kami dapat 3 jemputan open house. Rumah kawan aku dan hubby. Kumpulan aku macam biasa...anggota rasmi ialah aku, hubby dan Qayyum. Dan hari ni bawa seorang ahli tambahan, iaitu Jenny. Pagi tadi, lepas tuisyen PA dari 9.00 hingga 12.00 tgh hari, dia ikut aku balik rumah sebab nak jumpa Qayyum. Dan masa nak hantar Jenny balik rumah, boleh pulak si Qayyum ni jerit2 nangis x bagi Jenny balik. So, terpaksalah Jenny ikut sekali g open house tu.

Mula2 kami g rumah kawan hubby aku. Rumah cikgu Azuan di Sierra Perdana. Pastu kami g rumah boss tuisyen aku dan hubby (a.k.a Cikgu Ina). Rumah dia pun kat kawasan yang sama. Dan plan nak gi rumah akawan aku, Hairi..tapi waktu tak mengizinkan sebab dah maghrib dan malam, ada tetamu nak datang rumah aku, so cancel lah plan ke rumah Hairi. Malam tu juga pakcik aku (Pak Wo) call suruh datang rumah dia, ada buat makan2 sikit. Tapi aku cakap x dapat gi sebab ada orang datang rumah.

Bulan Syawal ni..mmg bulan tambah berat badan. makan..makan..makan. Macam2 menu kat 2 rumah open house tu. Rumah Azuan ada laksa penang, mihun goreng dan soto. Rumah Ina lak ada ketupat, rendang ayam, soto ayam dan lontong. Emm..semuanya sedap2 belaka. Alhamdulillah...kenyang. Terima kasih ye sebab sudi jemput kami. Tahun depan...jgn lupa jemput kami ye :)

Ini pic kat rumah Azuan. Kat rumah Ina x sempat ambik pic sebab seronok sangat makan.

Qayyum, Mama & Jenny
Kak Jun , suami & Thiyagu
Tuan rumah ~ Cikgu Azuan~
Dari kiri : Cikgu Hafizah, Cikgu Elanis,  Cikgu Farhan & Puteri (student)
Qayyum & Papa


Saturday, September 25, 2010

Kari Kepala Ikan Merah

Menu special yg dimasak oleh encik suami iaitu Chef Badis. Sedap betul kari ni, sampai aku dan Qayyum dok ngadap hingga licin. Nanti Papa boleh masak lagi ye..kami tukang order je ! 

Emm..yummy..yummy..sedap !
bagi 5 bintang utk Papa

Macam mana nak masak ? Oh ye..ini adalah resepinya. 
Nnt boleh lah try.

KARI KEPALA IKAN ALA MAMAK

Kepala ikan merah yg siap dipotong - nak guna ikan lain pun boleh
3 sudu besar rempah kari ikan
2 sudu besar cili kisar - nak guna cili serbuk pun boleh
  
Bahan2 Kisar
  1 biji labu bawang besar
  3-4 biji bawang merah
  4 biji bawang putih
  sedikit lada hitam

Bahan2 Mayang
  1 labu bawang besar dimayang halus
  3 biji bawang putih
  Daun kari 2 tangkai (Jangan leraikan)
  sedikit halba campur
  air asam jawa lebihkan sedikit
  garam secukup rasa 

Bahan Rampai
  Terung ataupun boleh guna kacang bendi (MaDiHa guna dua2)
  Cili hijau
  Buah tomato 

Cara Menyediakan
1. Panaskan minyak dan tumis bahan2 yg dimayang dengan halba campur. Setelah agak layu masukkan cili kisar, bahan mesin. Kemudian masukkan rempah kari ikan.Masukkan 2 tangkai daun kari...jgn ceraikan daun tu..sbb batang daun tu akan memberi aroma yg sedap pada kari kita. Masak sehingga hilang bau rempah tu... masukkan air jika rempah nampak kering.
2. Setelah rempah dah masak dan hilang bau, masukkan air asam jawa yg ditapis...masukkan garam.
3. Setelah mendidih, masukkan ikan, bahan-bahan rampai. Masukkan sekejap sahaja supaya tak nak ikan masak terlalu lama dan hancur. Rasakan apa yg kurang bolehlah ditambah. Sedia utk dihidangkan.

Thursday, September 23, 2010

How to Believe

"How to Believe" Performed by Bridgit Mendler .Tinker Bell and the Great Fairy Rescue. Seronok layan DVD Tinkerbell dengan Qayyum. Suka lagu ni. Dengar macam sedap jer :)




Wednesday, September 22, 2010

Mandi di Gunung Lumut

Baru sempat nak upload gambar-gambar masa singgah mandi di Gunung Lumut, Kluang pada hari raya ke-3.  13 Sept 2010. Plan asal nak gi rumah Pak Long kat Felda Kahang Timur. Tapi bila gi rumah dia tak de orang, kami terus je ke Gunung Lumut sebab dah dekat sangat dah. Bersama-sama dalam konvoi ni ialah Emak, Abah dan family Along. To Jenny & Boy... sorry ok kalau gambar u all x ada. Orang mandi kat bawah2 je...korang ntah kat mana masa tu. So yang ada gambar my family je  :)


Qayyum & Mama
Qayyum & Papa
Atuk tgh tengok Qayyum mandi...
Qayyum suka air...tapi takut mandi sendiri !
Saya suka sangat..sampai x boleh buka mata ni !
Azim & Atuk
Mandi ker posing ?
Kesejukan..celap amai !
Qayyum takut air la.. Papa
Atuk yang happy














Saturday, September 18, 2010

Pergi Raya !

Masih lagi dalam mood beraya. Selepas beraya di kampung kat Pengeli Timur, Tangkak dan Batu Pahat..sekarang turn nak raya di Pasir Gudang pula  :)

Pada hari Sabtu (raya ke-8), baru ada kesempatan pergi beraya. Bukan nak gi banyak rumah pun .3 rumah je.  Rumah kawan yang dekat-dekat sini iaitu rumah kawan aku si Fatiyah dan kawan hubby,  Jack.  Mula-mula plan nak ajak si Jenny. Tapi bila aku sms, dia tak de rumah. ikut parents dia gi rumah aunty dia. So kumpulan raya aku malam tu...terdiri dari anggota rasmi lah. Aku, Hubby dan my Baby Yum. 

Malam Sabtu tu mula2 gi rumah student PA aku si Aziela. Lepas rumah Aziela terus singgah rumah Fatiyah yg berdepan ngan rumah Aziela. Tapi masa gi rumah Fatiyah tu, dia tak ada. Keluar beraya ngan kawan-kawan dia di JB. Tapi tak pe lah..emak dan kakak dia ada kat rumah. Aku tak lama kat dua rumah tu sebab dah janji ngan Jack nak gi rumah dia kul 9.00 malam.

Jack ni  kawan hubby aku kat rumah panjang di Sarawak. Alhamdulillah dia pun dah menyambut Aidilfitri buat kali kedua. Dia dan isterinya dua-dua saudara baru. Emm..malam tu Leja wife Jack masak mihun dan maggie goreng. Terima kasih banyak2 lah ye sebab bersusah payah menjamu kami.

sempat kami posing :)
Atikah Leja, Zu, Qayyum & Jack

Thursday, September 16, 2010

Tetamu Raya ...

Raya ke-6,  rumah aku didatangi tetamu raya pula. dah puas raya kat kampung, kini orang pulak nak datang raya rumah aku. Siapa yang datang ?? Sepupu Qayyum lah. Excited mereka tu nak datang rumah, nak jumpa Qayyum dan nak kongsi raya juga dengan si Qayyum. Kebetulan, petang tu juga, Ibu Yan yg mengasuh Qayyum pun datang bersama family. Jadi suasana agak meriah lah petang tu :)

Dari kiri : Cristopher, Bonny, Qayyum, Cecilea, Patricia dan Bryan

Qayyum & Cousins
Qayyum  dgn Ibu Yan
Qayyum + Abg Hafiz
Ceria kongsi raya
with Uncle Badis

Saturday, September 11, 2010

~ Salam Aidilfitri 2010 ~

Salam Aidilfitri dari kami sekeluarga.
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin.Pohon kemaafan dan keampunan atas segala kesilapan. Semoga lebaran mengeratkan hubungan silahturrahim kita. 
Ikhlas Dari : 
Zuraidah, Badis Badrul Hisyam & Qayyum Iman Nurbadiz


Sambutan Aidilfitri tahun ni agak meriah. Walaupun banyak persiapan yg tak sempat dibuat seperti cat dapur, buat kuih..aku tetap gembira sambut raya. Cuti sekolah awal seminggu sebelum raya, tapi ntah x tau nape..aku macam malas je nak buat kerja2 kemas mengemas n buat kuih. Semua nak tunggu last minute baru nak buat. Hari Isnin 6 Sept 2010, anak sedara hubby (Boy) yg study kat UTM dtg rumah. Dah 2 tahun dia beraya bersama family aku. Dia pn converted mcm hubby, balik Sarawak bukan ada raya pun. So apa salhanya sambut ngan family aku kan. Dan seorang lagi ahli tambahan iaitu Jennifer, student PA aku yg nak rasa raya. Maklumlah dia tak sambut raya, tapi teringin nak rasa raya. So aku pelawalah ajak raya dgn aku tahun ni.

Aktiviti buat kuih aku yg dibantu Boy dan Jenny tak jadi tahun ni. Resepi yg aku ambik kat internet tu tak menjadilah. Bhan-bahan nyer salah kot. Biskut tat gulung jadi keras dan almond london aku coklat dia x cantik. Last2 aku give up nak buat. Tambah pulak badan aku dah letih kemas rumah yg bersepah sejak siap renovation hari tu. Dan lagi 2 hari nak raya baju aku, hubby dan Qayyum pun tak berbeli lagi. Ya Allah..busy betul tahun ni. baju raya pun x sempat gi beli. malam tu, aku Jenny, Boy dan Qayyum gi Kipmart nak cari baju. Punyalah terkejut..troli pun habis..orang kat kipmart tu usah kata..macam semut kat gula. Penuh. Last2 beli je kat butik belakang kipmart tu. Mahal lah juga..tapi nak wt camne..dari x de baju raya baik beli je. Last minute theme..pilih deep purple. 

Last puasa, baru aku n family aku bertolak balik kg aku di Felda Pengeli. Petang tu semua berbuka bersama. Tapi ahli family aku tak lengkap sebab abg Angah aku turn mertua dia tahun ni. Selepas sembahyang raya baru dia bertolak balik rumah emak aku. Dan adik perempuan aku yg bongsu raya di Kedah. So, adik beradik aku yg raya di Pengeli aialah aku dan family Along aku. Emm..kurang meriah sebab x ramai kan. Tapi nasib baik aku bawak ahli tambahan...si Boy dan Jenny. Hehhehe..meriah lah jugak. 

Raya kedua baru aku n semua ahli keluarga gi Tangkak. Ke rumah Mak Long aku sebab Atuk aku duduk dengan dia kat sana. Lepas gi Tangkak gi Batu Pahat pulak, rumah Nyai aku. Seronok tul raya kan...
Aktiviti wajib masa raya..apa lagi kalau bukan makan..makan..makan.

Ok..sempena raya ni aku sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Moga diampunkan segala kesalahan dan kesilapan kami. Bersyukur sgt dengan semua rezeki Allah dan terima kasih kerana memberi kami peluang meraikan Aidilfitri tahun ini.

Inilah pic-pic raya family aku tahun ni :)

Boy, Me, Qayyum & Jenny
Boy, Me & Hubby


My Lovely ~ Qayyum
En. Suami ~ Badis Badrul Hisyam
Teman Tapi Mesra ~ Boy & Jenny
Boy
Jenny

Papa & Qayyum
Mama & Qayyum