Sunday, September 26, 2010

Open House

Biasalah...masih dalam mood raya. Raya kan 30 hari... :) hari Sabtu dan Ahad, mesti penuh dgn undangan open house. Hari ni kami dapat 3 jemputan open house. Rumah kawan aku dan hubby. Kumpulan aku macam biasa...anggota rasmi ialah aku, hubby dan Qayyum. Dan hari ni bawa seorang ahli tambahan, iaitu Jenny. Pagi tadi, lepas tuisyen PA dari 9.00 hingga 12.00 tgh hari, dia ikut aku balik rumah sebab nak jumpa Qayyum. Dan masa nak hantar Jenny balik rumah, boleh pulak si Qayyum ni jerit2 nangis x bagi Jenny balik. So, terpaksalah Jenny ikut sekali g open house tu.

Mula2 kami g rumah kawan hubby aku. Rumah cikgu Azuan di Sierra Perdana. Pastu kami g rumah boss tuisyen aku dan hubby (a.k.a Cikgu Ina). Rumah dia pun kat kawasan yang sama. Dan plan nak gi rumah akawan aku, Hairi..tapi waktu tak mengizinkan sebab dah maghrib dan malam, ada tetamu nak datang rumah aku, so cancel lah plan ke rumah Hairi. Malam tu juga pakcik aku (Pak Wo) call suruh datang rumah dia, ada buat makan2 sikit. Tapi aku cakap x dapat gi sebab ada orang datang rumah.

Bulan Syawal ni..mmg bulan tambah berat badan. makan..makan..makan. Macam2 menu kat 2 rumah open house tu. Rumah Azuan ada laksa penang, mihun goreng dan soto. Rumah Ina lak ada ketupat, rendang ayam, soto ayam dan lontong. Emm..semuanya sedap2 belaka. Alhamdulillah...kenyang. Terima kasih ye sebab sudi jemput kami. Tahun depan...jgn lupa jemput kami ye :)

Ini pic kat rumah Azuan. Kat rumah Ina x sempat ambik pic sebab seronok sangat makan.

Qayyum, Mama & Jenny
Kak Jun , suami & Thiyagu
Tuan rumah ~ Cikgu Azuan~
Dari kiri : Cikgu Hafizah, Cikgu Elanis,  Cikgu Farhan & Puteri (student)
Qayyum & Papa


0 comments:

Post a Comment