Salam Aidilfitri dari kami sekeluarga.
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin.Pohon kemaafan dan keampunan atas segala kesilapan. Semoga lebaran mengeratkan hubungan silahturrahim kita.
Ikhlas Dari :
Zuraidah, Badis Badrul Hisyam & Qayyum Iman Nurbadiz
Sambutan Aidilfitri tahun ni agak meriah. Walaupun banyak persiapan yg tak sempat dibuat seperti cat dapur, buat kuih..aku tetap gembira sambut raya. Cuti sekolah awal seminggu sebelum raya, tapi ntah x tau nape..aku macam malas je nak buat kerja2 kemas mengemas n buat kuih. Semua nak tunggu last minute baru nak buat. Hari Isnin 6 Sept 2010, anak sedara hubby (Boy) yg study kat UTM dtg rumah. Dah 2 tahun dia beraya bersama family aku. Dia pn converted mcm hubby, balik Sarawak bukan ada raya pun. So apa salhanya sambut ngan family aku kan. Dan seorang lagi ahli tambahan iaitu Jennifer, student PA aku yg nak rasa raya. Maklumlah dia tak sambut raya, tapi teringin nak rasa raya. So aku pelawalah ajak raya dgn aku tahun ni.
Aktiviti buat kuih aku yg dibantu Boy dan Jenny tak jadi tahun ni. Resepi yg aku ambik kat internet tu tak menjadilah. Bhan-bahan nyer salah kot. Biskut tat gulung jadi keras dan almond london aku coklat dia x cantik. Last2 aku give up nak buat. Tambah pulak badan aku dah letih kemas rumah yg bersepah sejak siap renovation hari tu. Dan lagi 2 hari nak raya baju aku, hubby dan Qayyum pun tak berbeli lagi. Ya Allah..busy betul tahun ni. baju raya pun x sempat gi beli. malam tu, aku Jenny, Boy dan Qayyum gi Kipmart nak cari baju. Punyalah terkejut..troli pun habis..orang kat kipmart tu usah kata..macam semut kat gula. Penuh. Last2 beli je kat butik belakang kipmart tu. Mahal lah juga..tapi nak wt camne..dari x de baju raya baik beli je. Last minute theme..pilih deep purple.
Last puasa, baru aku n family aku bertolak balik kg aku di Felda Pengeli. Petang tu semua berbuka bersama. Tapi ahli family aku tak lengkap sebab abg Angah aku turn mertua dia tahun ni. Selepas sembahyang raya baru dia bertolak balik rumah emak aku. Dan adik perempuan aku yg bongsu raya di Kedah. So, adik beradik aku yg raya di Pengeli aialah aku dan family Along aku. Emm..kurang meriah sebab x ramai kan. Tapi nasib baik aku bawak ahli tambahan...si Boy dan Jenny. Hehhehe..meriah lah jugak.
Raya kedua baru aku n semua ahli keluarga gi Tangkak. Ke rumah Mak Long aku sebab Atuk aku duduk dengan dia kat sana. Lepas gi Tangkak gi Batu Pahat pulak, rumah Nyai aku. Seronok tul raya kan...
Aktiviti wajib masa raya..apa lagi kalau bukan makan..makan..makan.
|
Jenny |
|
Papa & Qayyum |
|
Mama & Qayyum |
4b57d8e9-0a46-4e44-8033-1676fc7fac72
1.03.01
0 comments:
Post a Comment