Anugerah Tak Ternilai |
EDD (Estimate Due Date) aku patutnya 6/3/2008. Aku dah ambik cuti awal seminggu. Balik kg. Plan nak bersalin kat hospital Kulai, dekat sikit ngan kg aku. Tapi bila kt kg tu x der apa2 tanda, aku balik semula ng hubby aku ke rumah kita org. Aku gi bt checkup lagi kat klinik kesihatan. Nurse check2, dia kata keadaan baby kepala dah ke bawah. Tunggu masa nak bersalin. Tunggu 'rese'. Aku ty nurse..'rese' tu apa, dia kata rasa sakit perut memulas ker, ada air kuar ke, ..cam tu lah. Ye lah aku kan first time ni..mana tau rasa sakit nak bersalin tu macam mana. Nurse pesan, 11hb if x de tanda lagi nak bersalin..datang ke klinik.
Dan pada 12hb Mac 2008, aku masih sihat lagi dan gi klinik. Doktor scan perut. Ni first time tau scan perut kt klinik kerajaan ! tapi aku dh scan byk kali setiap kali bt rawatan kat swasta. Jantinan baby pun doktor swasta dh bgtau. Baby boy. Mmg tak der scan pun kt klinik kerajaan if semua ok. Tp sbb aku dah lewat..br lah doktor nak scan. Doktor kata baby ok je. Tapi dia suggest aku admit ward tghari tu sbb takut baby lemas . Kita kena yer bt kad merah kt klinik kerajaan, sbb if nak bersalin...buku merah tu lah yg mrka rujuk.
Aku pun gi HSI. Kena bt saringan kat bilik bersalin sblm masuk labor room (LR). Doktor check bukaan baru 1cm. Dia pasang alat apa kt perut aku utk check denyutan jantung baby. Doktor kata ok. Ada lah dalam 1 jam proses tu semua, pastu doktor bgtau nurse aku boleh balik. Nnt bila sakit dtg semula. Aku masa tu blur2 lah kan. Nurse dan doktor kt klinik kesihatan kata kn admit dah lebih hari, tp doktor kat sini suruh aku balik lak. Hubby pun cam blur jer. Penat bwk brg persiapan dan GL bagai, dia suruh balik lak. Dan nurse bgtau, kat HSi x der lagi 1st class. yg ada 2nd class dan cuma ada 28 katil jer dan dah penuh. Tu sebab suruh balik dulu..betul2 rasa sakit baru datang.
Aku pun ng hubby balik rumah. Emak dan kakak aku kt kg sibuk call bertalu2, ty macam mana. Risau mereka. Lps dah sampai rumah, aku call klinik kesihatan, bgtau nurse yg HSi suruh aku balik. X bg admit wad. Punya lah marah nurse tu. Dia suruh aku datang klinik kesihatan cepat2, dan dia bagi aku surat rujukan ke hospital. Dia kata maybe nurse n doktor terlepas pandang catatan dia dan doktor dalam buku merah tu. Dalam kecoh2 macam tu...aku masih sihat, masih boleh berjalan dan x ada lagi tanda2 nak bersalin.
Last2 aku ngan hubby decided gi HSA JB lak. Sbb HSI punya layanan yg terima sebelumnya. Lgpun nurse tu dh bgtau katil 2nd class dah penuh. 1st class x de kat HSI. Blm operasi lagi. So, aku gi lah HSA. Mak aii, punya lah ramai org kat bilik saringan tu. Aku rasa lebih 40 orang yg tunggu kat depan kaunter. Berbanding HSi yg aku gi..ada dlm 7 orang jer tadi. Tapi memang pantas perkhidmatan HSA. Tak sampai 10 minit aku register, nama dah kena panggil masuk. Kt bilik saringan tu ada 4 doktor dan ramai gak lah nurse. Katil tak banyak. Ada dalam 5 jer dan bilik saringan tu kecik sedikit berbanding HSI. Dari segi kecanggihan sistem dan ruang, mmg HSI lagi bagus. Dr segi kepantasan, aku rasa lagi cepat HSA. Maybe sbb ramai org.
Lps disoal2 doktor, kena baring lak. Check jalan. Doktor kata baru 1cm. Doktor perempuan tu siap ajar aku tanda2 nak bersalin. Dia kata, mmg ramai yg anak first tak tau rasa sakit nye macam mana. So, lps checkup tu semua...aku kn admit wad. Hubby kena uruskan register masuk wad kat kaunter pendaftaran utama. kali ni mmg lama tunggu. Lbih 30 minit. Aku kat situ dah rasa tak sedap hati je. Sampai nurse kat kaunter saringan tu panggil nama aku, ty blum siap register lagi ker ? lps 10 minit macam tu hubby aku pun sampai. Dia kata ada problem GL yg dia bawak tu. Dlm GL tu tulis dia gred DC41, so org kat kaunter daftar kata x leh masuk 1st class. Bengang tul hubby masa tu. Org kat kaunter tu siap bg pekeliling kt hubby suruh baca. Hubby aku cakap...if dia guru kontrak DC41, dah sah2 sekolah dan ketua jabatan tak nak bagi GL ni. Tapi org kat kaunter tu tak nak dengar. Dia tak tau agaknya, bahawa yg guru DC41 ni ada 2, satu yg kontrak..1 lg yg blm sah jawatan tp guru tetap. Macamne mrka nk tau..sbb mrka bkn keje bwh MOE. Hubby aku pun salah gak, dia tak check masa kerani sekolah dia bt GL tu. Tang gred tu dia x perasan. Sepatutnya DG41..tapi ditaip DC41.
Atas nasihat nurse kat kaunter saringan, dia kata masuk je dulu wad 3rd class. Nnt uruskan pindah wad. Sbb nak bt scan jantung baby, takut lemah sbb dh overdue. So, urusan semua tu selesai. Aku pun gi masuk wad. Hubby hantar sampai katil. Jam masa tu dalam kul 6.30 petanf dah.Ya Allah...semptnya jarak antara katil-katil ni. Terlalu rapat, sampai x de ruang nak letak beg aku yg agak besar. Katil pun agak tinggi, aku nak naik kena pijak kerusi dulu, sbb fizikal aku yg rendah kan. Pastu bilik air jauh lak. Wad tu mmg panjang lah. Aku rasa ada dalam 40-50 katil. Suasana pun macam kusam je. Lantai mosaic yg dah buruk. Aku gi bilik air, tgk keadaannya agak sedih gak. Dah lah jauh ngan katil aku. Wad ni agak bising sebab bakal2 ibu yg tggu bersalin ni berborak2. Sempatlah aku kenal kakak sebelah katil aku yg nak operate esok hari sbb pregnant twin dan uri bawah. Sebelah katil aku yg lagi satu lak, india dalam umur 30 ke atas. Anak kelima. Tggu nak masuk LR. Dalam aku kemas2 brg tu, nurse htr makan. Baru jer aku nak makan..nurse sorang lagi datang suruh aku masuk bilik utk scan jantung baby.
Hubby aku masa tu, dah balik. Dia kata akan datang lagi malam tu utk tukar wad aku. Tapi Alhamdulillah, dia telefon guru besar dia, GB kata blanco jer gred tu. Pastu betulkan dan initial. Bg no telefon dia sbg rujukan kpd org kaunter yg mati2 tak bagi aku register 1st class tu kan. So, aku rasa..adalah dalam 30 minit aku kat bilik scan jantung baby tu..tiba2 nurse tu bukak balik wayar2 kat perut aku ni. Dia kata, hubby adik datang dan kita nak htr adik pindah wad. Aku rasa sempatlah aku kat wad tu dalam 1 jam. Aku ditolak guna kerusi roda. walaupun aku rasa aku boleh jer jalan masa tu. Hubby bwak beg aku diiringi nurse tadi, kami gi wad 1st class.
Wad yg aku duduk ni, 4 katil 1 bilik. mmg selesa. ada aircon berbanding wad kelas tiga tadi. Lantai cantik, lampu cantik, tandas cantik, view pun cantik. Katil aku tepi sekali dan berdepan ngan laut. Memang selesa sangat lah. So, aku pun kenal2 ngan rakan wad aku. Depan katil aku Kak Maria org Gelang Patah. Nk operate mlm ni. Anak ke3. Sebelah aku lak pgkat adik. anak kedua. Dan sorang lagi nama Zana, badan dia besar macam Syanie..br masuk gak macam aku. Lps aku makan n solat...kami borak2 lah. Macam2 tips dan nasihat dr kak Maria, maklumlah dia plg senior kat situ.
Mlm tu, nurse pesan kat aku buat catatan pergerakan baby. If rasa sakit yg kerap panggil dia. Dan malam tu..aku tak tido sangat sbb risau. Esok pagi2 lagi nurse kata aku kn gi check bukaan. Masa tu baru 2cm. Tapi doktor decided aku kn induced. Dia kata induced ni sakit sikit berbanding normal..sbb nk bg jalan bukak. masa baring tu aku tgk lah doktor masukkan ubat yg agak besar gak berbentuk pil. Dia kata lps ni rest macam biasa, baring tak leh jalan2. Dalam tghari tu..kak maria ty, zu ko dah rasa sakit lum. Aku jawab ada cam sebu2 lah kak. Dia kata jap lagi lah tu. Dalam 2 jam lps masuk ubat induced. Nurse ambik aku guna kerusi roda gi bt check jalan lagi. Aku mmg tak suka check2 jalan ni. Kena seluk tang bawah tu...sakit n senak perut. Setiap 2 jam aku kn ulang prosedur yg sama. Amat sakit. Dan jalan masih x bukak byk. Pastu doktor cakap baru 4cm. masa tu dah pukul 3ptg. Dia kata x der rasa lendir @ darah kuar ? Aku cakap x der. Pastu doktor arah nurse ambik alatan utk pecah air ketuban. Seriau aku tgk alat tu...macam chopstick panjangnya dan tajam. Kali ni mmg aku tutup mata dan selawat banyak2. Memang sakit....rasa nak jerit pun ada, tapi aku kuatkan semangat. Aku ingat pesan hubby dan emak. Sebut nama Allah banyak.
Lps pecah ketuban tu, aku rasa kain batik aku basah. Nurse cakap kat doktor byk darah. Suasana jadi cam kelam kabut sikit. Rupanya aku nya ketuban byk darah, biasa org keluar byk air. So mmg senak n sakit sgt perut aku. Aku dipindahkan terus atas troli dan doktor arahkan masuk Labor Room (LR). Nurse yg tolak troli tu tak silap aku nama Rohaya. Nurse veteran dan baik sgt. Dia ty dah bgtau suami ker . Aku cakap hphone kt katil. Dia mtk no hp hubby aku dan dia call guna hp dia. Sampai kat LR, ada lah dlm 5-6 org tunggu aku kat situ. Aku pun tak tau lah ini LR yg sebenar ke atau bilik sblm aku masuk LR. Sbb ada 1 katil jer. Aku diangkat pindah naik atas katil. Pastu cam biasa perut aku diletak wayar2 utk mula scan degupan jantung baby. Masa tu kain aku mmg dah lencun dan nurse tukarkan ngan kain hospital color hijau tu. Macam org nak bersalin lah..kaki kena angkat dan kangkang. Doktor check jalan. masih 4cm lagi. Tapi aku rasa dah sakit sangat. Perut dah memulas2. Dalam 1o minit aku kat bilik tu, hubby aku sampai dan dibenarkan berada sebelah aku. Yg ramai2 dlm bilik tu..aku kenal nurse 2 org jer sbb mmg pakai baju nurse. Yg lain2..aku rasa 5 orang lagi pakai baju putih cam doktor..aku pun dah confused mana doktor mana bukan. Aku ty hubby kul berapa. Hubby jawab pukul 4.30 ptg.
Aku sakit berterusan memulas2 perut. Yang ni boleh tahan lagi. Yang tak tahan bila sakit tu pergi ke pinggang dan tulang belakang. Ya Allah, rasanya macam badan ni dibanting2 atas batu dan terbelah empat jer badan aku. Ruupanya tu lah rasa kontraksi bersalin ! Hubby masa tu pegang dan genggam tgn aku kuat2. Dia kata kalau sakit tu datang..merah padam muka aku. Dia byk bagi aku sokongan dan suruh istighfar byk2. Dan setiap 1 jam @ 30 minit doktor akan check jalan, seluk lagi. Bayangkan..betapa sakit...bertambah sakit. Setiap kali buat selukan, hubby diarah kuar sekejap. Tapi agaknya dah lebih 5x, doktor pun lupa dah suruh hubby aku kuar. So, hubby aku cakap mmg dia tgk lah...banyak darah kuar. Kain hospital dah 2x tukar lencun basah darah. Bilik bau hanyir sangat..dan dia sampai loya rasa nak muntah. Tapi dia kuatkan semangat. Last2 nurse tutup jer kaki aku ngan kain. Dah x pakai kan lagi. Sebab asyik basah jer.Jalan masih 4cm.
Dalam pukul 7.30 doktor kata dah 5cm. Lega aku dengar. Aku ty ketua nurse yg pakai bj biru..brp cm yg boleh kuar baby ? Dia kata at least 8cm, baru boleh try push. Aduhh...ya Allah berapa lama lagi ni nak tunggu. Aku rasa dah macam bahan eksperimen lak. Doktor yg check jalan aku tu dah ramai sampai x ingat aku, dan aku rasa semua tu doktor pelatih. Dalam kul 8, ketua nurse tu suruh aku try push. Dia nak tgk, blh tak . Dan masa tu dia cakap mmg tulang pelvik tak buka lagi. Tak boleh paksa push. Tenaga aku dah lemah sgt. Menggigil badan. Haus pun ada. Nurse tu suruh hubby aku beli 2 botol air 100 plus. Dlm 10 minit hubby sampai. Nurse srh aku minum. Nak pegang botol pun tak boleh. Tgn dah lah sakit kena cucuk masuk air. Perut penuh ngan wayar. Pastu sakit..mana lah ada tenaga lagi. Hubby bg aku minum guna straw. Nurse tu suruh aku minum byk2 spy ada tenaga. Dia kata kn simpan tenaga byk. Ni belum nk teran 'push; kuar baby. Nnt doktor surh push x de tenaga, payah lagi jadinya. Aku dgr camtu..jadi takut, aku minum byk2. Dlm kepala masa tu nak kasi baby kuar cepat.
Dekat kul 9mlm..aku didatangi 2 doktor pakar. Doktor lelaki dan perempuan. Aku x berapa faham apa yg terjadi. Tp suasana agak tegang lah masa tu. Doktor yg rawat aku sebelum tu macam kena marah jer. Kena bebel2. Doktor pakar tu ambik kertas graf degupan jantung baby, dan dia cakap sesuatu kat doktor2 pelatih tu. Aku tak clear sgt apa dia ckp. dia marah dlm english n byk istilah medic yg aku x faham. Doktor lelaki ni nama dia Dr. Raj, dan yg perempuan tu Dr Thengi. Dia check jalan, dan bgtau aku baru 6cm. Aku masa tu rasa meleleh air mata. Dlm hati...Ya allah lama lagi ker kena tahan sakit ni baru boleh kuar baby. Dr. Raj arahkan nurse suntik aku ubt tahan sakit. Dr. Thengi berdiri sebelah hubby aku dan pegang tangan. Dia cakap, adik..ini doktor bg ubat kasi u tahan sakit. Nnt u rasa ngantuk sikit. Mmg pun kuat dos ubat tu agaknya..dlm 10-15 minit, hubby cakap..aku macam dah mamai. Cakap merapu2 jer. Hubby aku tak sanggup tgk aku masa tu. masa mula masuk pakai tudung, nurse dah buka tudung. Rambut yg diikat dah buka ikatan, sbb ketua nurse kata petua org tua2 bg mudah bersalin.
Aku masa tu mmg lawan mata x nak tido. Dr Thengi tepuk2 tagan aku. Nurse sebelah lagi urut2 tangan satu lagi. Bagi aku jgn tido. dalam mamai2 tu... aku sempat tanya kat Dr. Raj, doktor lama lagi ker ? Kalau x der tenaga macane nak push ? Lps aku ty tu..aku nampak dia panggil hubby aku kuar jap. Tak lama pastu Dr dan hubby masuk terus bgtau yg aku kena operation sbb dah terlalu lama dan air ketuban byk dah kuar. Jantung baby pun dah lemah. Suasana bertukar kecoh sekejap. Aku dipindah naik atas troli dan ditolak. Aku masih nampak lagi hubby aku iringi aku bersama beberapa nurse perempuan dan lelaki.
Sampai kat bilik Operation Theatre (OT), aku disuruh turunkan signature. Nak angkat tangan pun tak mampu. Aku rasa dresser lelaki tu tolong tarik tgn aku pgg pen. Dia kata cakar2 je lah asal nampak sign. Aku di arah duduk sbb nak suntik bius epidural kat tulang belakang. Baju kena buka. Tutup ngan kain jer aku masa tu dh macam mayat. Masa nak bgn duduk tu, 2 nurse kn tarik bantu aku bgn sbb mmg dah x larat. Dr. Thengi ada berdiri sebelah aku. Dia cakap, sekejap saja sakit lagi. Lps ni adik x rasa apa. aku rasa dia lah doktor paling baik dan lembut sgt kat aku.
Ni operation kedua bg aku. Dulu pernah appendiks. So, aku dah tau, nnt hidung kena pakai oksigen. Dulu kat hospital alor setar, nurse ajar aku ngucap. Masa ni..x der org pesan camtu. Tp aku buat juga. aku baca bismillah, baca syahadah sbb pengalaman dulu kan. Dulu lps sedut oksigen aku terus lelap..tp yg ni tak pulak. Dr. Thengi cakap...bius tadi separuh badan saja. Jd aku boleh sedar. Sepanjang operation tu..aku rasa aku macam mamai2 jer. Macam sedar kejap, macam terlelap sekejap. Tapi bilik bedah tu mmg sejuk gila. Rasa beku badan aku. Sampai aku mengadu kat Dr. Thengi..aku rasa macam membeku je. Dia cakap mmg sejuk bilik ni. Aku cakap tak tahan sejuk..dan dgn baiknya dia usap2kan kedua pipi aku bg panas. Tgn aku kiri kanan penuh wayar. Mmg tak leh gerak.
Dalam masa tu, hidung dah mula bau hangit. Rupanya doktor belah perut guna laser. Tu yg bau macam ayam kena bakar kulit sikit. Disebabkan pandangan aku ditutup di bahagian perut, maka tak nampak lah apa yg doktor buat. Yg aku rasa badan macam gegar2, macam mekanik betul enjin kereta. Tapi aku pandang lampu besar atas aku, disebabkan warna chrome...pantulan imej perut aku yg dibelah tu boleh nampak. Aku sekejap pandang, sekejap tak. Masa kuarkan baby aku tengok betul2. Baby dah kuar tapi tak nangis lagi. Pastu nampak doktor potong tali pusat. Pastu baru dgr suara baby. Adalah dalam 5-10 minit, nurse dah bawak baby ke muka aku. Dr. Thengi suruh tgk jantina anak dan sebut girl or boy. Lps aku cakap boy, dia terus letak baby aku kat breast aku. Baby aku terus hisap susu. Masa tu..aku nangis sgt2 tgk baby aku. Dlm 15 minit lps tu nurse ambik baby. Dr. Thengi bgtau baby akan dihantar ke nursery. Aku nak kena jahit balik perut.
Masa baby aku kuar tu...jam pukul 10.37 malam pada 13/3/2008. Bayangkan aku sakit dari 4.30 ptg hingga 10.37 mlm baru baby dpt kuar. masa doktor jahit perut tu, aku dah terlelap. Hubby yg tunggu kat luar OT kata, hampir pukul 1.00 pagi baru aku ditolak keluar OT. Tapi aku ada tersedar dr lelap, masa tu aku aku tgk aku ditutup kain. Lama juga baru nurse datang. Aku ty kat mana, dia kata dalam bilik pengewapan. Nak panaskan balik badan aku. Lps dah siap tu semua baru aku dihantar ke katil aku kat wad. hubby pun ada masa 2 org petugas lelaki dan sorang nurse perempuan tolak aku ke wad. Tgk jam, hampir kul 2 pagi.
Nurse pakaikan pad, dan aku kena pakai salur kencing (catheter). jadi kencing dlm tiub dan bekas tu ler. Sbb br operation x leh bagun jalan gi toilet. Aku tak ingat, aku tidur ngan lena ke tak malam tu..tapi mmg penat sgt badan. Subuh2 nurse datang, tukarkan pad lagi, hantar baby srh bg breastfeed. Ya allah susahnya nak buat masa tu dgn pakai catheter, pastu tangan ada masuk air..susahnya nak pegang baby. Nak bagi mengiring, perut lak sakit baru kena belah. Serba tak kena semua gaya. Nasib baik ada nurse bantu. Aku try duduk kat sisi katil...posisi tu yg selesa bg bf kt baby. Nasib baik katil ni boleh adjustable tinggi rendah dan ada palang tepi tu. Mudah aku nak bangun baring dlm keadaan perut sakit.
Lama aku kat hospital. Masuk 12/3/2008. Aku boleh discaj balik pada 17/3/2008. 6 hari. Aku rasa org dalam wad aku ni dah bertukar 5 orang, aku tak balik2 rumah lagi. Lps bersalin aku demam. Aku tak perasan aku demam. Agaknya sbb bilik aircond kan. Nurse bg panadol, aku mmg makan je semua ubat dia bg sbb nak balik cepat. Tapi aku nyer darah cair. So, setiap pagi dan malam kena inject kat lengan ni. Sampai biru n lebam2 lengan aku. Pastu asyik ambik darah je, dah lah aku jenis urat halus..mmg lebam tangan ni. Dan masa hari ketigaa nak balik, doktor suspect aku lemah jantung lak. Sebab nadi aku laju. Kena check macam2 mesin dibawak masuk kat katil aku tu. Doktor kata if tak stable juga, kena masuk darah. Dah lah tangan sakit kena masuk air, nak masuk darah lak lagi. Memang dugaan lah sepanjang kat sini.
Setelah 6 hari aku boleh balik, baby lak tak dpt balik sebab jaundice. Bukan sikit tapi amatt tinggi iaitu 25. masa tu aku nangis lagi. Ya Allah apa lah dugaan Mu lagi kali ini. Cuti hubby aku selama 7 hari habis di hospital jer. Dan aku stay lagi kat wad ibu menunggu dekat wad NICU baby selama 5 hari lagi.
Total hari ddk hospital ialah 11 hari, bayangkan lah....betapa trauma nya aku dr segi mental n fizikal.
Nnt cerita lak mcmne pengalaman duduk wad ibu menunggu dan NICu baby tu...
2 comments:
nak bersalin memang sakit....hanya allah aje yang tahu betapa sakitnyer...
zaidah : TQ...
Post a Comment