Showing posts with label Personal. Show all posts
Showing posts with label Personal. Show all posts

Sunday, March 6, 2011

Dapat DSLR Nikon D5000


Salam semua, lama dah x update blog ni. Bukan x ada masa...cuma x de idea nak share apa. Tahun 2011 ni...dari awal tahun asyik dukacita jer. Mula-mula dgn peristiwa kepergian arwah Atuk. Lepas tu aku pula miscarriage baby pada awal 11 minggu. Belum rezeki lagi agaknya nak dapat baby baru.

Bagi menghilangkan rasa sedih aku ni, my hubby belikan camera DSLR Nikon D5000. Sebenarnya bukan padai pun bab-bab fotografi ni. Tapi bila hubby dah belikan ni, minat tu mula ada. Nak juga try, dan mana tahu kot-kot ada bakat terpendam dalam seni ambil gambar ni. Buat masa ni hubby lah banyak habis masa baca manual tu. Nak dapatkan tips n trick2 ambik gambar.

Actually masa hubby n aku nak gi beli DSLR ni..x der gi survey2 pun. Mula2 datang shopping complex nak jalan2 jer. Tiba2 nampak DSLR ni terus terbekenan kata hubby nak beli utk dia dan aku. As a gift lah juga kiranya ni. Hubby mmg dah lama plan nak beli. Tapi x tau which model n brand yg ok. So masa nak beli tu..tiba2 aku teringat anak buah aku kat UTM, Boy (Sebastian). Dia ni minat dan arif gak bab2 kamera n fotografi. So aku call tanya. Antara Canon dan Nikon mana ok. Tanya harga ok x, tanya model. Dia suggestkan aku ambik Nikon. Tauke kedai tu pun suggest hubby dan aku ambik Nikon. Sebab dia kata  ramai pro photographer guna Nikon. Tapi yg easy use ialah Canon. Cuma Canon ni dia punya aksesori agak mahal berbanding Nikon. Kesimpulannya, each brand have pros and cons masing2. Dan tgh2 nak closed deal dgn tauke tu, datang lak kawan cikgu aku...Sasikumar. Dia ni selalu guna DSLR sekolah. Sekolah punya brand Canon. So, dia suggest Canon kat aku. Tapi dia kata depends lah aku nak pilih mana, sebab duit aku kan, dan aku n hubby yg nak guna. Tapi dia kata Canon mmg senang nak guna. User friendly dan amat2 sesuai buat beginner macam aku dan hubby.

Ok, lepas dah ada DSLR ni...maka kena kerap lah hubby n aku berposing2 dan shoot sana sini bg memantapkan skill. Dah tentu my montel Qayyum kena paksa jadi model. Hehehe....Thanks my dear...belikan DSLR ni. Love u so much !



Saturday, February 19, 2011

Titipan Kasih buat Atuk - Almarhumah Lijah binti Baman


DIA YANG AKU PANGGIL ATUK 

Aku panggil dia Atuk. Bahkan sepupu-sepupu yang lain pun panggil dia Atuk biar pun ada yang kata kenapa panggil Atuk ? Dia kan perempuan, panggil lah Nenek. Biarlah apa orang nak panggil, ia tetap merujuk pada insan yang sama, nenda kami semua iaitu LIJAH BINTI BAMAN. Ibu kepada Emak aku. Lahir pada 22 November 1920. Tapi di kad pengenalan JPN mencatatkan tahun kelahirannya pada 1902.

Aku tak berapa rapat dengan Atuk. Maka, kisah peribadinya dan latar belakangnya begitu sikit yang aku tahu. Tapi sudah menjadi rutin, setiap kali Aidilfitri menjelma, aku dan keluarga akan pulang ke Kampung Sawah Baru, Tenang di Labis. Dari aku kecik hingga aku dah berkahwin, tradisi ini diteruskan. Emak dan Abah akan bawa kami adik beradik balik kampung Atuk. Dan satu perkara yang aku suka sangat masa kecik2, bila balik kampong Atuk..ialah sebab ada sungai yang cantik belakang rumah Atuk.

MEMORI TENTANG ATUK

Bila Atuk dah pergi, baru lah terasa ketidaannya. Menjelma lah semua kenangan2 masa silam di kampung Atuk. Rumah kayu yang kini usang. Aku rasa kali terakhir aku beraya di situ pada tahun 2007. Selepas itu rumah Atuk dah tak dikunjungi anak-anak dan cucu-cucunya dan cicit-cicitnya. Selepas Atuk jatuh tangga, dan sakit…Atuk dah tak tinggal sendiri lagi. Dia di bawa pergi anak-anak tinggal bersama. Bersilih ganti anak-anak bergilir menjaganya hingga saat dia pergi.

Bila Atuk dah tiada, tergiang-giang suara kuat Atuk kat telinga aku. Atuk bukan suka menjerit, tapi bila dah tua..dia kurang dengar. Sebab itu dia cakap kuat. Mata Atuk pun dah tak nampak. Pakai cermin mata masih juga tak jelas. Terbayang-bayang wajah kedut Atuk yang begitu kurus, uzur dan tua selari dengan usianya yang mencecah 109 tahun mengikut kad pengenalan. Tapi sebenarnya usia Atuk baru 91 tahun.

TERIMA KASIH ATUK

Atuk ada 9 orang anak. 7 anak lelaki dan 2 anak perempuan. Terima kasih Atuk kerana berkorban nyawa masa melahirkan mereka semua. Terima kasih Atuk sebab bagi nama yang baik-baik kepada mereka, termasuk Emak aku. Tak ada Atuk, tak ada lah aku. Emak aku anak perempuan kedua dalam keluarga besar ini. Atuk ada ramai cucu, sebab semua anak-anak Atuk dah dewasa dan berkahwin. Malah Atuk juga mempunyai cicit. Tapi aku tak ingat berapa bilangan sebenar cucu dan cicit Atuk, sebab aku dan sepupu-sepupu jarang sekali dapat berkumpul bersama-sama. Malah ada antara sepupu, masing-masing tak kenal. Kenapa ? Sebab ada anak-anak Atuk yang jarang balik kampung dan perkenalkan anak-anak mereka pada aku.

Anak-anak Atuk semua masih hidup. Terima kasih Atuk, kerana membesar kan dan mendidik mereka semua hingga kini hidup dalam fizikal dan tubuh yang sihat. Rupa yang cantik. Mewariskan hidung yang mancung pada Emak, hingga aku pun ada memilikinya sama. Terima kasih hantar mereka ke sekolah. Yang lelaki semua bekerja, malah ada yang jadi askar dan polis. Aku tak tahu, bila suami Atuk meninggal…tapi bila Atuk dah tiada, baru aku sibuk nak cari Emak aku nak bertanya itu ini. Tapi yang aku tahu, pasti Atuk hidup sunyi bila suami dah tiada dan apabila anak-anak dah berkahwin dan memulakan kehidupan mereka sendiri. Tinggal lah Atuk kat rumah kampung sendiri, pasti sentiasa menunggu-menunggu kepulangan anak dan cucu.

Terima kasih Atuk kerana walaupun hubungan kita tak rapat, tapi aku masih terkesan dengan memori kau sebagai Atuk aku. Terima kasih Atuk, kerana setiap kali aku dan cucu-cucu yang lain pulang, kau tak pernah gagal buat air kopi o atau teh susu yang manis. Bangun seawal subuh menguli roti canai buat santapan sarapan anak-anak, menantu dan cucu yang pulang. Menjelang raya, membuat ketupat, masak kurma ayam dan kari ayam buat juadah lebaran. Yang kadang-kadang juadah Atuk buat aku cirit-birit setiap kali raya. Rindunya aku pada semua itu. Rindunya aku nak dengar suara Atuk bebel-bebel kat cucu-cucu masa kami kecik2 dulu, sebab suka berendam kat sungai belakang rumah sampai kecut tangan dan kaki.

Selepas Atuk sakit, aku dah tak sambut raya di kampung Atuk. Yang aku tahu tradisi keluarga aku dah berubah. Emak dan Abah dah tak balik Kg. Sawah Baru, tapi pergi melawat Atuk di rumah anak yang menjaga Atuk. Ada waktunya Atuk di KL dijaga Pak Usu, kadang di Perak, dijaga Pak Chik. Kadang di Segamat dijaga Pak Ngah atau Pak Anjang. Dan ada masa di Kluang, di jaga oleh Pak Itam. Persinggahan terakhir Atuk di Tangkak, dijaga anak perempuan sulung Atuk, Mak Long.

Yang pasti, Atuk tak pernah berada di rumah Emak aku. Kenapa ? Bukan anak perempuan Atuk yang kedua ini tidak sudi, tapi harap Atuk faham, Emak juga tidak sihat. Tahun 2008, hampir 4 bulan Emak keluar masuk wad. Emak nak menjaga diri tak terlarat, bagaimana nak mengurus Atuk. Moga Atuk faham…tak bersama tak bermakna Emak tidak sayang Atuk. Aku yakin itu, kerana Emak tidak pernah gagal melawat dan menjenguk Atuk walau di mana lokasi Atuk sepanjang Atuk sakit. Emak juga selalu berpesan pada aku adik-beradik supaya jangan lupa melawat Atuk, jangan tunggu raya saja baru nak melawat. Emak masih terapkan tradisi menziarahi Atuk pada aku dan adik beradik walaupun Atuk dah tak tinggal kat kampung. Terima kasih Atuk, kerana warisan didikan dan nilai tinggi ini kepada Emak.

SAAT DIA PERGI

Terakhir kali menatap wajah Atuk ialah 4 bulan yang lalu. Bulan Oktober .Pada Aidilfitri 2010. Iaitu Aidilfitri terakhir yang Atuk sambut. Silap aku, amat aku kesali...raya-raya sebelum itu malas pergi jenguk Atuk. Sebab kadang-kadang Atuk terlalu jauh di KL atau Perak. Raya terakhir jd kampung Atukp ada tahun 2007 tak silap. Ketika itu , Atuk masih sihat dan aku mengandungkan anak sulung, Qayyum. Selepas Atuk jatuh tangga, dan dijaga Pak Usu di KL, aku dah tak ikut serta rombongan Emak dan adik-beradik yang lain melawat Atuk. Raya tahun 2010, aku rasa terlalu rindu dan nak sangat jumpa Atuk . Nak Atuk tengok wajah anak aku Qayyum, walaupun aku tahu mata Atuk bukannnya nampak sangat.

Anak-anak, cucu dan cicit Atuk ramai sangat kat rumah Mak Long pada raya lepas. Semua datang menziarahi Atuk. Wajah Atuk ketika itu nampak ceria walaupun dah kedut dan nampak tua. Atuk kurus sangat, tapi masih boleh bercakap dan duduk berborak walaupun percakapan Atuk dah tak jelas. Gigi Atuk dah tak ada semua, nampak mulut Atuk agak kecut dan pipi kelihatan kempong terperosok ke dalam. Aku boleh borak dan bercakap dengan Atuk. Atuk ingat lagi nama anak-anak dan cucu dia. Malah Atuk sempat cium cicit yang pertama kalinya nak jumpa Buyut nya, iaitu Qayyum anak aku. Itu kali terakhir aku menziarahi Atuk. Anak-anak Atuk yang tiada ketika itu ialah Pak Uda dan Pak Usu. Mereka tinggal jauh, kat KL sana nun. 7 lagi anak Atuk semua ada datang bawa isteri, suami, anak, menantu dan cucu.

Cuti Raya Cina 2011, Emak maklumkan Atuk sakit. Aku tak berpeluang pergi tengok Atuk. Tapi Along aku dan Emak sempat singgah jenguk Atuk selepas balik dari Selangor melawat Adik aku di sana. Kata Along, uzur sangat Atuk. Terbaring lesu dan mengerang kesakitan. Macam terbiar dan terurus saja keadaannya. Bau Atuk pun tak sedap. Mungkin tak mandi dah berapa hari. Lampin Atuk pun tak tahu lah berapa kali tukar sehari atau langsung tak bertukar sebab bau nya sangat kuat masa Along dan Emak datang jenguk. Emak kata Atuk jatuh. Tak tahu cerita sebenar. Tapi kata Emak dua kali jatuh, pertama jatuh katil, dan kali kedua jatuh semasa di bilik air. Ketika Atuk jatuh, itulah hari sepatutnya dia membuang undi di Tenang. Atuk adalah moyang tertua yang dikhabarkan dalam surat khabar Metro bertarikh 26 Jan 2011.

Along cakap Atuk begitu menahan kesakitan. Dia nak bangun bila Emak, Abah, Along, suami dan anak-anak Along sampai. Tapi bila bangun terjerit-jerit sakit. Macam terseliuh tulang lagaknya. Atuk nampak sangat lapar. Along suap kan kuih, tapi susah sekali Atuk nak telan.  Lantas ditanya pada Mak Long, tak hantar hospital atau hantar urut ? Mak Long kata tak ada. Alangkah sedihnya mendengar perkhabaran itu. Kenapa Atuk melalui saat-saat derita begitu ? Tak ada duit kah Mak Long nak uruskannya ? Mustahil ! Sebab menurut Emak, Atuk ada sumber kewangan. Kebun getah Atuk di kampung banyak hasilnya dan lagi-lagi bila harga getah naik. Dah hampir 2 tahun Atuk tinggal dengan Mak Long, dan Pak Andak tak pernah tak hantar duit hasil getah Atuk pada Mak Long. Bukan ratus-ratus, tapi mencecah ribu-ribu setiap bulan.

Lantas keadaan Atuk dikhabarkan kepada anak-anak Atuk. Sikap dan cara Mak Long macam marah-marah seoalah-olah adik beradik yang lain tak ambik kisah dan bertanggungjawab dengan kesihatan Atuk. Seolah-olah semua beban diletakkan di bahu nya seorang. Sedih tengok Atuk , bila Mak Long dan keluarganya macam tak suka Atuk di situ. Tapi kenapa sebelum ini tak bagitahu kalau tak suka ? Kenapa masa Atuk dah terbaring baru nak mengeluh dan membebel bagai. Masa Atuk sihat, masa duit Atuk dihantar tiap-tiap bulan pada keluarga Mak Long, tak ada pulak dengar rungutan tak suka. Along kata, memang nak saja ambil Atuk bawak balik rumah ketika itu, tetapi kereta tak muat. Dan pada 2 Feb 2011, tiga hari selepas Atuk jatuh…Pak Itam dari Kluang datang jemput Atuk. Kesian melihat keadaan Atuk dibiarkan terbaring tanpa sebarang rawatan.

MASUK HOSPITAL

Rutin aku dan suami balik ke rumah Emak bila cuti. Aku dah berjanji dengan Along dan Angah untuk berjumpa dan habiskan cuti bersama. Sampai rumah Emak, dapat berita Atuk sakit. Tak lama kemudian, Along dapat panggilan dari Intan anak Pak Itam. Atuk dah masuk Jabatan Kecemasan di hospital Kluang sebaik saja sampai perjalanan dari Tangkak. Hati aku dah tak sedap. Aku minta Emak telefon semua adik-beradik yang lain. Sepantas kilat Emak call semua. Ada yang dah maklum, ada yang tak dapat dihubungi.

Pagi-pagi Emak dah bersiap-siap nak ke hospital. Aku dan suami pun siap sama. Kami anak-beranak nak segera melawat Atuk. Intan maklumkan Atuk dah koma. Kena serangan strok, dan telah masuk wad.

Sampai hospital, ramai yang dah ada. Mak Itam yang menjaga Atuk sepanjang malam dah balik ke rumah untuk berehat. Tinggallah Pak Chik, Pak Anjang, Pak Andak, Pak Ngah dan Emak yang baru sampai. Aku masuk tengok Atuk, memang terbaring kelemahan. Mata tertutup. Tangan sejuk beku. Sedih tengok tangan-tangan Atuk yang tinggal tulang tu dicucuk jarum dan wayar. Mulut Atuk dibekalkan tiub oksigen. Tekanan darah Atuk dipantau guna mesin. Dada Atuk turun naik, agak susah bernafas. Masa tengok Atuk, tak terucap kesedihan. Betapa uzurnya, betapa derita Atuk tanggung kesakitan.

Mak Ngah, Mak Chik, Mak Andak baca Yassin. Emak aku yang bertongkat pun duduk sekali baca Yassin. Abah datang pegang tangan Atuk dan bacakan Yassin. Aku sedekah kan Al-Fatihah, berdoa dalam hati semoga Allah ringankan sakit Atuk. Lepas itu aku keluar wad, tak tahan sebak tengok Atuk.

KRISIS

Di luar wad, penuh anak, menantu, cucu dan cicit Atuk. Aku tercari-cari siapa anak Atuk yang tak ada masa tu. Kelibat Mak Long tak ada. Pak Uda dan Pak Usu pun tak ada. Aku tanya pakcik dan makcik aku mana mereka. Menurut Pak Chik, Pak Uda dalam perjalanan dari KL ke Kluang. Naik scooter, lambat sebab tak ada kereta. Tak apa lah..asal kan dia berusaha nak balik dan sempat jenguk Atuk. Mak Long pulak, menurut Mak Chik..ada datang, tapi duduk jauh dari sekitar wad Atuk. Aku pun tak nak tanya kenapa dan tak nak timbul kan krisis. Agaknya Mak Long mencari ruang buat dirinya sendiri. Barangkali sedang bermuhasabah tentang sikapnya dan barangkali melarikan diri dari soalan-soalan dari adik-beradik tentang bagaimana Atuk jadi begitu. Aku tak kisah semua itu, yang aku tahu…dia nak juga datang tengok Atuk.

Tinggal seorang anak Atuk yang tak pasti nak balik jenguk Atuk atau tidak. Anak bongsu Atuk, anak kesayangan Atuk. Pak Usu. Duduk di KL. Memang jauh nak balik kan. Tapi bagi aku, bila dikhabarkan tentang orang tersayang dalam keadaan koma, balik sejuta kali pun aku sanggup. Takut tak sempat nak berjumpa lagi. Tapi Pak Usu aku ni, Angah aku dah call, adik beradik lain dah call…dia masih tak cakap nak balik atau tidak.Lepas try call lagi, dia off kan hp. Sedih kan. Kenapa dia buat Atuk macam tu ? Aku risau, risau Atuk tunggu kepulangan dia. Ya..Allah, kenapa perlu jadi krisis begini ?

Apa puncanya ? Kenapa anak-anak Atuk tak bersatu hati ? Aku pernah dengar Emak cerita. Masa itu aku kecik lagi. Emak kata Pak Usu dan Pak Uda masa zaman muda mereka pernah gaduh. Tentang duit. Pak Uda pernah pukul Pak Usu sebab mintak duit. Hampir kena seterika muka Pak Usu dibuatnya. Sejak itu, Pak Usu memang putus hubungan dengan Pak Uda walaupun kedua mereka tinggal di KL. Tapi adik-beradik yang lain masih berhubungan dengan Pak Uda. Tapi aku memang kurang kenal dengan Pak Uda sebab dia jarang balik kampung masa raya. Isteri dan anak-anaknya pun aku tak kenal. Dia balik ziarah Atuk biasanya bukan waktu raya, jadi jaranglah aku bersemuka dengan keluarganya.

Tapi sekarang Pak Uda dah berubah. Dah tak panas baran macam dulu.Dia juga berkali-kali cuba mohon maaf dari Pak Usu, tapi Pak Usu tak ingin memaafkannya. Masa dia sampai kat wad hari tu, terus dia tengok Atuk kat katil. Dibacakannya yassin. Dan menjelang zohor, dia panggil semua anak, menantu, cucu dan cucu menantu ke surau. Buat solat hajat buat Atuk. Tapi aku tetap tak faham sikap Pak Uda. Punya lah dia bersusah payah menunggang scooter dari KL ke Kluang, datang tengok Atuk tak sampai 2 jam nak balik semula ke KL. Dia bukan bekerja pun..t.ak tahu apa urusan yang lebih penting sangat sampai dia berkejar masa nak balik. Maka selepas solat hajat dia bertolak balik. Anak Pak Uda yang menunggang satu lagi scooter, dan isterinya menurut saja. Penat kebas punggung tak hilang dah nak patah balik.

Tengah aku dan ramai-ramai kat luar wad Atuk, datang Mak Long. Aku tengok muka dia sedih. Aku tak tahu dia datang dari arah mana. Tapi kata Mak Chik dia memang dah lama ada di hospital. Pagi-pagi tadi dia dah jenguk Atuk di wad. Dia datang dengan anaknya Kak Nor, dan menantunya. Aku rasa aku pun dah tak ingat muka Kak Nor, sebab last tengok masa dia kawin 20 tahun yang lalu. So, pasti wajah dan fizikal pun dah berubah. Mak Long jenguk Atuk sekali lagi. Sekejap saja. Lepas tu dia terus salam-salam semua orang cakap nak balik Tangkak. Sebak pulak aku tengok wajah tua Mak Long. Wajah tua. Kesian dia, dia dah tak ada suami. Jalan pun dah tak kuat, perasaan nak marah-marah dia sebab Atuk tadi, jadi tak terucap dan sampai hati. Aku simpan jer dalam hati.

Pak Usu, tinggal dia seorang yang tak muncul. Aku rasa memang dia tak akan balik. Sebab malam sebelum nya, Emak aku ada call suruh dia balik…dia kata susah nak cuti. Dia baru saja balik Tenang mengundi 3 hari lalu. Baru nak naik kerja. Emak aku dah ingatkan dia, jangan terlambat, nanti menyesal tak sempat mohon ampun. Pak Usu kata tak apa, sebab dia dah mohon maaf dan datang jumpa Atuk selepas raya tempoh hari. Sebak aku dengar. Apakah urusan kerja lebih penting dari saat kepergian seorang ibu ?

Apa masalah Pak Usu ni ? sanggup tak nak tengok Atuk, entah-entah ini saja peluang terakhir tengok wajah Atuk yang masih bernyawa. Siapa yang krisis dengan siapa ? Adakah Pak Usu marah kan adik-beradik yang lain sebab masa mula-mula Atuk sakit dulu, bertahun dia jaga sendiri. Tak de pula dapat duit hasil kebun getah macam Mak Long. Ataupun Pak Usu marah bila adik-beradik tanya status kebun Atuk yang tiba-tiba dah bertukar geran atas nama Pak Usu sebelum ini ?

Entah lah…aku tak dapat teka apa yang pak Usu fikir ketika itu. Kepala aku cuma fikir Atuk, kesihatan Atuk, kesian tengok Atuk dan macam mana kalau Atuk pergi masa tu.  Apa kesannya jika jadi anak derhaka, tak sayang kah Pak Usu pada Atuk ? Tak nyesal kah dia nanti ? Tak terbayang-bayang kah Pak Usu muka Atuk ? Ya Allah….adakah dah tiba masanya untuk aku kehilangan Atuk ? Macam-macam aku fikir.

NAFAS TERAKHIR

Saat Atuk menghembuskan nafas terakhir, wajah anak bongsu dan kesayangan Atuk masih tak kunjung tiba. Maka tetap lah takdir Nya, Atuk pergi tanpa dapat ditatapi Pak Usu. Alhamdulillah…Atuk pergi dengan mudah. Aku tidak menyaksikan saat-saat terakhir Atuk menghembus nafas. Aku di luar wad ketika itu, menemani Emak yang terduduk sebab kesakitan dan kelenguhan kaki.

Menurut Along, yang menyaksikan Atuk pergi. Atuk pergi dengan mudah. Pak Andak yang bertugas sebagai dresser, memang dah tahu tiada harapan bila melihat tekanan darah Atuk. Masa dada Atuk menarik nafas dengan tersekat-sekat, Pak andak buka kan salur oksigen. Pak Andak bisik kan kalimah syahadah kat telinga Atuk. Pak Andak pegang tangan Atuk dan bisikkan kalimah itu berkali-kali. Terlihat mulut Atuk terkumat-kumit, seolah mengikuti syahadah yang dibacakan. Dua kali Atuk tarik nafas dengan kuat dan dia pergi setelah itu. Kelihatan menitis air mata Atuk pada nafasnya yang terakhir. Benarlah sakit ketika roh dicabut seperti ditikam sebanyak 300 tikaman. Sampai keluar air mata dari mata Atuk yang tertutup. Alhamdulillah…sakaratul maut Atuk sekejap dan mudah. Semoga Allah rahmati roh Atuk.

Masa Atuk terkaku diam, Pak Andak arahkan yang ada di situ panggil nurse dan doktor. Masa tu aku dan Emak masuk segera. Aku tahu Atuk dah tak ada. Tapi prosedur biasa perlu dijalankan untuk doktor membuat pengesahan kematian. Sementara doktor datang, aku tengok Pak Andak suluh mata Atuk, check nadi Atuk. Terlihat air mata bergenang di mata Pak Andak. Dan doktor datang dan ulang sekali lagi prosedur yang dibuat Pak Andak. 

Doktor mengesahkan Atuk telah tiada tepat jam 4.30 petang pada 3/2/2011. Tapi menurut Along, waktu sebenar Atuk pergi ialah 4.15 petang. Atuk pergi dengan mudah. Atuk tak menyusahkan sesiapa. Saat dia pergi jatuh cuti umum - Cuti Raya Cina. Dah pasti semua anak-anak, cucu dan cicit cuti kerja dan cuti sekolah. Atuk di hospital pun cuma semalaman, maka tak adalah timbul masalah siapa pula nak menjaga Atuk. Begitu adil dan indah perancangan Allah kan, ssat Atuk pergi hidupnya derita. Tetapi waktu dAtuk dijemput ajal, Allah memudahkan urusannya. Subhanallah !

Aku keluar wad sambil memimpin Emak, aku lihat Emak menangis. Di luar, aku lihat Pak Anjang menangis memeluk tiang. Mak Chik menangis terkilan tak dapat menemani Atuk saat akhir. Yang ada bersama Atuk ketika sampai ajalnya ialah Pak Andak, Mak Itam, Intan, Mak Ngah, Mak Andak, Along, Abah aku. Ramai yang menangis, aku rasa semua menangis dan masing-masing cuba sorokkan wajah masing-masing. Yang tak menangis ialah cicit-cicit Atuk yang kecik, yang tak faham apa-apa lagi. Kalau nangis pun sebab penat, ngantuk, nak susu, lapar atau bergaduh.

PENGURUSAN JENAZAH

Pak Chik terus menghubungi Pak Uda dan Mak Long memaklumkan pemergian Atuk. Pak Chik minta Pak Uda patah balik untuk sama-sama semadikan Atuk. Pak Uda ketika itu dah sampai Pagoh. Tapi dia berkeras tak mahu patah balik. Dia minta pengebumian Atuk dibuat esok hari. Sebab dia mahu bawa anaknya seorang lagi datang tengok jenazah Atuk esoknya. Tapi, mana lah elok jenazah dilambat-lambatkan urusannya. Terseksa rohnya nanti.

Mak Long pula, bila Pak Chik hubungi cuma memberitahu supaya adik-beradik yang lain uruskan. Dia serah semuanya pada adik-beradik yang lain. Dia tak mahu terlibat. Dia serah semuanya pada yang ada di hospital. Kenapa Mak Long ? Tak sedih kah buat ibu sendiri begitu ? Nanti waktu Mak Long pula pergi, sedih tak kalau anak-nak tak nak uruskan ?

Pak Usu pula, bila aku hantar sms dan dihubungi oleh siapa, aku tak pasti..Angah aku atau Pak Chik, dijawab oleh anaknya saja. Sms aku tak berbalas. Agaknya apa perasaan Pak Usu waktu tahu Atuk dah tiada ? Nangis tak ? Sedih tak ? Aku tak ada jawapan, sebab tak nampak muka Pak Usu. Usahkan nak video call, hp nya di off kan terus. Dapat hubunginya pun melalui hp anak nya Mira.

Ya Allah…tergamaknya dalam situasi ini, anak-anak sanggup dan sampai hati tak nak melihat dan menguruskan jenazah ibu sendiri ? Atuk, mengapa takdir mu begini ? Tapi jangan bersedih Atuk, anak-anak, cucu, cucu menantu dan cicit yang datiang dan ada di hospital ini akan uruskan Atuk secepat mungkin dan sebaik mungkin. Kami akan hantar Atuk bersemadi dengan keadaan yang baik, tenang dan dalam situasi Atuk tidak rasa diabaikan !

BERSEMADILAH DENGAN AMAN

Anak-anak Atuk telah buat keputusan untuk memandikan Atuk dan mengkafankan Atuk di hospital. Waktu dah petang, buat kami semua perlu cepat. Supaya Atuk dapat disemadkan sebelum hari gelap. Kami tak mahu Atuk terbujur kaku begitu lama. Kami nak hantar Atuk cepat-cepat bertemu pencipta kita semua - Allah swt. Kerana urusan dunia Atuk telah tamat segalanya, buat apa kita nak lambatkan urusan Atuk dengan Nya.

Cuma agak terkilan dengan pengurusan hospital, bila kita maklumkan pada nurse nak uruskan jenazah di hospital, rupanya mereka tak menghubungi rumah mayat. Jadi tubuh Atuk terbujur kaku atas katil hampir 1 jam. Bila keadaan terlalu lama, Pak Andak bersama Pak Itam pergi sendiri ke rumah mayat minta dibawakan keranda untuk membawa jenazah Atuk.

Adalah lebih afdhal anak perempuan memandikan ibunya bila dah jadi jenazah. Pengurusan memandikan Atuk dikendalikan oleh 2 orang pekerja hospital. Juga disertai Emak, Mak Chik dan Mak Ngah.  Walaupun pada awalnya Emak macam enggan turut serta sebab faktor kesihatan. Emak bertongkat dan tak boleh berdiri lama. Tapi Along menasihati dan memberi pendapat dengan berhemah pada Emak. Along cakap "Pergilah Emak, ini saja peluang Emak nak mandikan Atuk. Mandikan ibu Emak sendiri, buat kali terakhir. Tak ada hari lain yang Emak boleh putar dan ulang peristiwa ini". Sebak aku mendengar. Menurut Emak, masa mandikan Atuk, terlihat seluruh tubuh Atuk lebam-lebam. Dan belakang badan Atuk di bahagian belikat, sedikit terkoyak, merah berdarah. Emak kata, mungkin kesan luka dan terkoyak masa Atuk jatuh dan cuba berpaut pada pintu peti sejuk. Akibatnya pintu peti sejuk tertanggal dan bucunya terkena badan belakang Atuk. Sedih sekali aku dengar, sambil membayangkan penderitaan kesakitan yang ditanggung Atuk. Kalau boleh aku nak turut serta mandikan Atuk. Along pun nak turut sama. Tapi aku dan Along dinasihatkan tak perlu ikut sama kerana aku mengandung 2 bulan, dan Along ada anak kecil berumur setahun.

Setelah siap semuanya, jenazah Atuk dibawa ke rumah Pak Itam di Kg. Seri Lalang, Ayer Hitam. Dari hospital Kluang kira-kira 20 minit perjalanan menaiki kereta. Jenazah Atuk dibawa menaiki van. Abah dan Pak Chik ikut naik van jenazah. Atuk akan dikebumikan di sana. Kami tak dapat menghantar Atuk pulang di sawah Baru, kerana hari dah hampir gelap. Dan perjalanan jauh, mengambil masa 2 jam. Tambahan pula, rumah Atuk di kampung, telah diduduki oleh penyewa. Takkan mereka sudi terima jenazah Atuk ? walau pun tuan rumah, tapi tiada ikatan sedara dengan mereka. Bukan kah itu menyukarkan mereka nanti ? Kami semua tak mahu roh Atuk terseksa sakit dek perjalanan yang jauh, jadi kami nak memudahkan semuanya. Maka bersemadilah Atuk di Kg. Seri Lalang Ayer Hitam.

SEMBAHYANG JENAZAH

Sembanhyang jenazah dibuat di rumah Pak Itam. Masa jenazah sampai, aku lihat saudara-mara yang ada terus mengelilingi Atuk. Membacakan surah Yassin buat Atuk. Jenazah Atuk terbujur kaku dilitupi kain batik. Kain batik di bawa oleh Mak Chik dari Perak. Kata Mak Chik memang tergerak hatinya bawa kain itu, macam dah tahu saja kepergian Atuk. Bahagian muka pula ditutupi selendang nipis berwarna putih.

Pengebumian Atuk dibuat selepas solat maghrib memandangkan hari dah gelap. Anak-nak, cucu dan cucu menantu bersembahyang jemaah maghrib dan solat jenazah. Diketuai oleh imam kampung tersebut. Sebelum jenazah Atuk diangkat pergi ke kubur, wajah Atuk dibuka buat tatapan akhir semua. Aku datang dekat Atuk. Aku cium dahi Atuk. Emak, Pak Itam, Pak Anjang, Mak Itam dan ramai lagi semua cium dahi Atuk buat kali terakhir.Pak Itam dan Pak Anjang orang paling lama cium dahi Atuk. Pak Andak tak sempat rasanya cium dahi Atuk sebab dia pergi ke kedai fotostat, buat salinan surat pengesahan kematian untuk permit pengebumian Atuk.

Wajah Atuk begitu tenang. Sejuk dahi Atuk. Cantik berseri muka Atuk. Putih bersih. Kening Atuk cantik terbentuk dek celak. Hidung Atuk, mancung tegak terpatuk. Atuk tak nampak macam orang mati. Tengok macam orang sedang tidur saja. Bau Atuk wangi sangat. Jauh beza wajah Atuk masa di hospital, yang mana pipi nya nampak terperosok kempong, hidungnya jatuh dan muka berkedut dan uzur menahan sakit. Wajah Atuk selepas dikafan begitu cantik sekali. Ya Allah….Kau permudahkan lah segala urusan Atuk.

Aku rasa aku teruk sekali menahan tangis. Emak pesan jangan nangis. Masa nak cium juga Emak pesan kat aku, pastikan air mata kering, baru boleh cium kerana tak nak rosakkan wudhu dan keadaan Atuk yang dah suci. Ini kali pertama kematian keluarga yang aku lalui saat aku dah dewasa. Masa Atuk lelaki aku pergi, aku rasa ku kecil lagi. Entah-entah aku belum lahir pun. Oleh sebab itu, memang aku terkesan sekali, kerana yang pergi ini ialah Atuk aku. Orang yang aku ziarah setiap kali raya dari aku kecil hingga aku berumur 32 tahun.


LIANG LAHAD

Pengurusan jenazah di kampung Pak Itam tak pernah dibuat pada waktu malam. Ini kerana pihak pengurusan  kampung tiada lampu. Maka terpaksalah Pak Itam memanggil pihak pengurusan jenazah swasta. Tanah kubur di kawasan masjid terang benderang dengan lampu spot light yang dibawa oleh pihak yang kami panggil ini.

Selepas selesai semua mencium dahi Atuk, Atuk dibawa masuk van jenazah. Maka beramai-ramailah mengiringi Atuk ke tanah kubur. Ada yang menaiki motor, ada yang naik kereta, ada juga yang berjalan kaki saja, kerana dari rumah Mak Itam hanya 10 minit perjalanan berjalan kaki.

Aku tak ikut sama kerana menjaga Qayyum. Suami aku dan sedara-mara lain pergi mengiringi Atuk buat kali terakhir. Emak pergi juga, walaupun bertongkat, dengan kaki yang sakit…Emak gagahkan diri. Emak tak nak terlepas melihat wajah ibunya buat kali terakhir sebelum ditutup tanah.

Maka selesai dikebumikan, maka dibacakan talkin dan doa. Dan semasa imam, bertanyakan siapa nama ibu kepada Atuk, maka suasana sunyi seketika. Seolah macam tiada siapa yang ingat. Maka jawablah Emak aku masa itu. Dan masa Emak cerita pada aku, baru lah aku tahu nama moyang ku ialah ‘Susah’. Itu lah aku, bila Atuk tiada…baru nak ambik tahu.


HARTA PENINGGALAN

Selesai pengebumian Atuk, maka semua pulang ke rumah Pak Itam. Jemaah lelaki terus duduk di ruang tamu. Abah terus mengetuai solat Isya berjemaah, selepas itu bacaan tahlil dibuat.Diketuai Abah juga.

Sepanjang bacaan tahlil, aku masih terbayang-bayang wajah Atuk. Kesiannya Atuk ditinggal sorang-sorang dalam tanah. Dalam keadaan gelap, sunyi…takutnya. Tapi aku cepat-cepat berdoa. Moga Allah terangkan kubur Atuk. Aku sedekahkan Al-Fatihah banyak-banyak buat Atuk.

Cicit-cicit Atuk yang masih kecil tak faham lagi apa yang berlaku. Termasuk anak aku Qayyum. Bila aku dengar perbualan anak Along, Zeti dengan anak Angah, Alya…aku makin sebak. Zeti cakap pada Alya “ Sian kan buyut. Dah mati. Dia kena tanam dalam kubur sorang-sorang”. Terus aku terbayangkan bila pula tiba saatnya untuk aku. Kerana aku yakin, setiap manusia akan lalui saat yang sama. Mati itu pasti buat semua.

Sebelum kami semua bersurai, ada juga yang tidur di rumah Pak Itam..Pak Itam dan pak Andak memanggil anak-anak Atuk yang lain untuk lihat barang-barang peninggalan Atuk. Beg Atuk yang dulu warna hitam, yang sentiasa penuh duit, barang kemas…telah diserahkan oleh Mak Long kepada Pak Itam semasa dia datang jemput Atuk di Tangkak. Tapi beg Atuk dah bertukar warna putih. Berat beg dah ringan, duit yang dulu banyak ribu-ribu..tinggal RM250 saja. Barang lain yg ada dalam beg ialah cermin mata, pisau untuk potong kuku dan buku ASB. Pak Itam kata, masa dia ambik beg dari Mak Long tak terbuka mulut nak tanya mana Mak Long simpan duit Atuk yang Pak andak hantar beribu-ribu tiap bulan. Pak Itam, tak payah lah tanya dalam situasi sekarang. Nanti lagi keruh situasi dan tak elok sebab Atuk baru saja pergi.Barang kemas Atuk semua ada, cuma gelang tangan saja satu dah putus kat rumah Mak Long dan tak ditemui. Semua barang Atuk dipegang oleh Pak Itam.

Ke mana duit Atuk ? Mak Long ambik ? Atau anak-anak mak Long ambik dan guna sepanjang hampir 2 tahun Atuk tinggal dengan mereka ? Biar lah Mak Long yang jawab. Tak payah lah Emak dan adik-beradik Emak nak pergi tanya. Nanti jadi gaduh dan tentunya Atuk tak suka anak-anaknya berpecah belah.

Tanah kebun getah Atuk, betul ke Atuk hadiah kan pada Pak Usu ? Atau pak Usu ambil secara tanpa disedari Atuk ? Bagi aku, adik-beradik dan Emak..kami tak pentingkan pun duit Atuk atau tanah Atuk. Sama ada betul cerita Atuk, yg mengatakan dia ditipu Pak Usu supaya turunkan cop jari kat pejabat tanah, konon nya nak dapat bantuan tanaman semula getah, tapi rupanya penyerahan tukar nama geran tanah, hanya Atuk dan Pak Usu yang tahu.

Tapi kalau aku jadi Pak Usu, biar pun Atuk hadiah kan aku tanah kebun tu…aku lebih rela beralah. Biar aku pulang semula, kerana macam tak manis ambil bahagian itu walaupun dihadiahkan..dengan mengetepikan hak-hak adik-beradik yang lain. Yang meneroka tanah, menebang hutan..bersusah payah mengusahakan tanah kebun itu ialah pak Itam, Pak Ngah dan Pak Anjang. Mereka berhempas pulas buka tanah kebun itu  semasa mereka muda lalu dihadiahkan kepada Atuk. Bak kata pepatah, biar sedikit, tapi sama-sama merasa. Aku akan pilih jalinan adik-beradik daripada bermasam mmuka dan putus saudara hanya kerana 6 ekar tanah kebun getah.Tambahan pula, bukan kah Pak Usu dah mendapat tanah tapak rumah Atuk di Sawah Baru. Rumah Atuk pun Pak Usu dah sewakan pada orang. Tak cukup kah itu ?

Ataupun Pak Usu datanglah  bersemuka jumpa semua adik-beradik, bagitahu memang Atuk hadiahkan tanah itu buat Pak Usu. Ini berjumpa tak mahu apatah lagi berbincang. Emak dan adik-beradik yang lain tak akan rebutkan tanah itu. Cuma yang kurang enak, semasa Atuk masih ada…bila ditanya Atuk cakap dia tak pernah bagi tanah itu pada Pak Usu. Itu yang adik-beradik Pak Usu bimbangkan. Takut Pak Usu ambil tanah pusaka itu secara tidak betul. Bukan mereka berebutkan tanah itu. Mereka semua sudah redha dan ikhlaskan andainya memang benar Atuk hadiahkan kepada Pak Usu. Barangkali, betul Atuk hadiahkan tapi dia terlupa. Maklumlah Atuk telah berusia, mudah lupa dan daya ingatan dah tak kuat.

HARAPAN

Aku harap anak-anak Atuk dapat berbaik-baik semula. Aku juga berdoa supaya Mak Long dapat menjelaskan semua persoalan-persoalan yang berlegar-legar di kepala adik-beradik yang lain. Lebih elok Mak Long yang berterus terang dan bercakap, kerana Mak Long kan anak yang paling tua. Nanti bila adik-adik yang cakap, rasa kurang hormat pulak atau erti kata lain dipanggil 'kurang ajar'.

Aku juga harap, Pak Uda dan Pak Usu berbaik dan saling memaafkan. Dan aku juga harap Pak Uda menyesal sebab tak patah balik tengok Atuk tempoh hari. Kalau dah niat balik Johor tengok Atuk, kenapa tak teruskan saja niat itu...sepatutnya Pak Uda mendampingi Atuk dan iringi dia ke tanah kubur. Barulah sempurna lawatan Pak Uda itu. Langsung tak menyesal kah ? 

Pak Usu pula, jangan lah terus putuskan hubungan dengan adik-beradik yang lain. Ketidak hadiran Pak Usu pada hari pemergian Atuk betul-betul buat semua hampa dengan tindakan Pak Usu. Dan belum terlambat, andainya tersilap langkah..untuk membaiki kekhilafan diri.

Buat waris-waris Lijah binti Baman, jangan lupakan Atuk. Sedekahkan tahlil dan Al-fatihah buat Atuk. Doakan semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang beriman. Sesungguhnya apabila mati anak Adam itu, maka akan terputus amalannya kecuali tiga perkara :
  1. Sedekah jariyah yang dibuatnya semasa hidup
  2. Ilmu yang bermanfaat,
  3. Anak soleh/ solehah yang mendoakan kepadanya.
Ingatlah bahawa harta dunia yang kita kejar, tak akan kekal. Tak boleh dibawa mati pun. Oleh itu, jangan lah kita bergaduh atau terputus hubungan kerana harta. Dan jangan juga kerana harta kita mudah lupa diri, gelap mata dan hati lantas menjadi riak serta sombong. Harta itu godaan dunia, buat manusia hilang pertimbangan, bergaduh dan sesat.

PENGAJARAN

Seorang ibu boleh menjaga sepuluh anak. Belum tentu sepuluh anak itu boleh menjaga seorang ibu. Ibu  tidak pernah meminta apa-apa dari anak mereka apalagi wang, kasih sayang yang didambakan. Tetapi kasih sayang dan kebahagiaan itu pun kita susah sangat nak beri kan? Kenapa ? sedar kah kita kasih sayang adalah melebihi segalanya. Bukan harta atau wang ringgit. Tanpa kasih sayang dari ibu ini tadi,  entah hidup entah tidak kita pada hari ini.

Pemergian Atuk juga membuat kan aku sedar, selama ku hidup ini…adakah Emak aku merasa bahagia dengan apa aku buat sekarang ?

Kematian Atuk membuat aku menginsafi diri. Mendekatkan aku kepada Allah, mengingatkan aku cukup kah amalan aku selama ini untuk bekalan aku apabila mati. Bagaimanakah nasib aku nanti semasa aku pula yang dijemput AJAL ? Adakah anak-anak ku akan ingat pada aku ? Menguruskan aku dan menghantar aku hingga ke liang lahad ? InsyaAllah.


SALAM INGATAN
 Perkongsian  Hidup
Mohd Jali bin Senut & Lijah binti Baman

Anak-Anak :
Mak Long – Zaharah binti Mohd Jali
Pak Ngah – Suhir bin Mohd Jali
Pak Uda – Wahab bin Moh Jali
Mak Uteh (Emak) – Azizah binti Mohd Jali
Pak Anjang – Manaf bin Mohd Jali
Pak Itam – Sulaiman bin Mohd Jali
Pak Andak – Sahak bin Mohd Jali
Pak Chik - Mustapha bin Mohd Jali 
Pak Usu – Mohd Din bin Mohd Jali.






Saturday, December 25, 2010

Kawan Lama - Rafizan

Masa mula-mula hubby aku ajak aku gi undangan kawin anak kawan dia, aku macam malas jer nak gi. Lagipun aku tak kenal sangat kawan hubby tu. Hubby pun kenal-kenal mcam tu jer, melalui kawan-kawan ngeteh dia sepanjang cuti sekolah. Hubby cakap segan pulak tak pergi sebab dia buat kt dewan depan kedai mamak yang geng-geng hubby aku selalu lepak. Aku macam malas jer, sebab bila fikir bt kat dewan area tu..tentu ramai jumpa students sekolah aku kat area situ. Tapi bila tengok Qayyum bukan main excited dok sebut "perantin..perantin"...akhirnya aku ambik keputusan ikut juga hubby aku.

Kita orang sampai pukul 3.30ptg. Masuk kat pintu utama dewan tu, dapatlah kenal kawan hubby aku tu yg bukan main ceria, maklumlah sambut menantu. Pengantin masa tu tak ada atas pelamin, gi tukar baju utk potong kek. Aku dan hubby terus ambik makanan dan duduk kat meja. Sambil tu hubby aku dok calling geng dia, cikgu Masri. Sebab masa nak gi tadi, janji nak gi sama. Tapi bila kita orang dah sampai...dia tak de lagi. Rupanya kereta dia alarm problem. Dia kata lagi, kalau sempat dia datang. Hubby aku cakap...nasib baik aku dan Qayyum ikut, kalau tak...sorang-sorang ler dia makan :) 

Lepas hubby aku basuh tangan, dia bgtau aku yg dia nampak opismate lama aku. Aku tanya betul ker, dia kata betul lah kot. Dia tak sempat tegur dan opismate aku tu pun tak perasan kot hubby aku masa tu sebab tgh busy. Setahu aku, dia dah tak duduk area sini, dah pindah Batu Pahat rasanya. Lama gak lah tak jumpa, last rasanya tahun 2007. Masa tu aku baru pregnant kan Qayyum. Tapi tak mustahil juga kalau dia ada kat sini, sebab last contact dulu...dia bgtau aku gf dia org area sini.

Last-last hubby aku gi tegur dia masa dia lalu kat meja kita orang. Punyalah dia tergamam..macam tak percaya kot. Aku pun mmg cam tu muka Pizan, opismate aku dr tahun 2003 hingga 2006. Terus dia datang duduk sembang kat meja kita orang. First time dia tengok Qayyum, dah 2 tahun 9 bulan kan. Dari lahir tak pernah tengok..tup-tup jumpa aku, baby pun dah besar. Dia pun dah kahwin hampir setahun setengah. Aku pun sibuk lah dok tanya, dia sedara ker  ngan family pengantin ni. Dia cakap ha'ah. Aku pun bgtau..kita org datang sebab undangan bapa pengantin ni yg jadi kawan ngeteh hubby aku kat kedai mamak tu. Punyalah Pizan ketawa...actually bapa pengantin tu, bapa mertua dia ! Cehh..malu aku, aku ingat saudara jauh-jauh..sekali bapa mertua da... :) hahaha, memang kebetulan kan. Agaknya sebab tu Allah gerakkan hati aku ikut hubby gi kenduri ni..rupanya sebab nak jumpa kawan yg dah lost contact hampir 3 tahun.

Lama juga borak-borak. Dia kerja ngan Dell dan good news dah buka kedai servis komputer kat Pt. Raja, Batu Pahat. Wah...makin maju yer sekarang. Dia pulak asyik cakap cam tak caya pulak aku dan hubby datang bawak anak. Sebab dulu-dulu kenal aku dan hubby belum ada baby. Kami kan lama tak der baby, 5 tahun kawin brau dapat. Kalau dulu jalan, aku selalu bawak anak sedara..sekarang dia kata cam tak caya bawak anak sendiri. Alhamdulillah..rezeki Allah. Aku harap dia pun sabar menanti cahaya mata, lagi pun baru setahun setengah. Kata orang awal lagi. Kalau ada rezeki, dapatlah nanti yer Pizan & Ayu. Aku datang lamabat sikit, dia kata kalau aku awal sikit..dapat jumpa ngan sorang lagi opismate aku iaiti Harizal. Tapi tak apa lah, dapat jumpa Pizan pun dah gembira :) Hopefully kita keep in touch yer lepas ni . Sempat lah kita orang tukar-tukar no. telefon dan snap beberapa keping gambar bt kenangan. Pic aku tak der yer..harap maaf, sebab aku lah cameraman nyer :)

Pizan, Qayyum & Hubby
Lama tak jumpa kan !
Aksi Qayyum kat pintu masuk dewan
Aksi Ultraman..memang tak tinggal :)
Pizan & wife (Ayu) with Qayyum







Friday, October 1, 2010

Sweet Memories

Tuesday, July 13, 2010

Lama tak update

Ermm... lama sungguh tak update blog ni. Bukan x ada banyak cerita nak ditulis, banyak sangat nak dikongsi dan dicatatkan. Tapi masa yg x ada.

First, nak cerita ttg renovation rumah. So far semua dah siap. Tinggal nak pasang crystal mosaic dekat dinding table top kat dapur saja. Kenapalah payah sgt yer nak dapatkan material ni. Dah suka warna n design, out of stock pulak. Kena tunggu sampai sebulan. Lepas tu design yg available...semua nye kurang berkenan di hati.
Mula2 decide nak pilih black white red- tapi x de stok. Yg ada warna ni, design square pula..tapi hati berkenan nak rectangle tu. Last2 ambik black white grey. Harap2 yg ini ada stok dan match lah ngan dapur aku tu.

Then, nak kongsi cerita ttg anak bujang aku si Qayyum. Hari ni genap umur dia 2 tahun 4 bulan. Dah pandai macam-macam. Suka berlari sana sini, bercakap, menyanyi dan dah boleh harap kalau kita mintak tolong dan bg arahan.
Lagu pertama yg Qayyum nyanyi..lagu iban. Lagu Andrew Bonny James.
"kitu kitu meh sulu, aram kitai nberpadu...". Lucu sungguh tgk gelagat Qayyum masa nyanyi tu.

Kemudian pada Jumaat lepas (9 julai) Qayyum ikut aku ke Pekan Rabu JB utk aku siapkan group passport nak ke Singapore pada 17 Julai ni. papa Qayyum ada tuisyen, so aku malas nak hantar dia ke rumah ibu (pengasuh), ajak sekali Qayyum join naik bas tu. So punyalah happy Qayyum naik bas. It was his first experience naik bas ! Excited sungguh Qayyum dalam bas. Kalau boleh sepanjang jalan dari SMK Seri Alam 2 ke JB tu dia nak berdiri.
Seronok naik bas 1st time ...
Balik dari Pekan Rabu, bas hantar semua cikgu kat sekolah. Niat hati nak balik terus. Tapi masa kat foyer sekolah tu Qayyum nampak geng2 kecik dia..apalagi join the club. Ada anak Ju dan Rina. Dan semua sibuk nak duduk n masuk dalam khemah. Hari nak hujan...baru lah dapat pujuk Qayyum balik rumah..
Qayyum bersama Areef & Areefah (anak Ju)

Thursday, January 1, 2009

My Fotopages Header

http://badizzuraidah.fotopages.com

Wednesday, November 14, 2007

Belajar jaku Iban

Myspace Comments

Sari tu kitai belajar jaku iban. …he..he…
Sedar tak sedar, dah masuk 4 tahun setengah aku berkahwin dengan en.suami seorang Iban yang berasal dari Sarawak. Tapi nampaknya dalam tempoh 4 tahun setengah ni…aku dah faham bahasa dia, tapi masih tak boleh nak cakap dalam bahasa dia. Bukan apa, setiap kali aku cakap…dia kata bunyi pelik semacam jer. Tu yang buat aku bengang tu….segan + malu pun ada.
Dulu masa zaman universiti (waktu dok tgh bercinta sakan)…dia langsung tak ada nak ajar pun aku cakap bahasa dia. Sampai ada ler 2-3 orang girl dari Sarawak yang tawarkan diri nak ajar aku cakap bahasa iban ni. Tapi masa tu aku buat endah tak endah jer. Masa awal-awal kawin….especially bila husband jumpa kawan-kawan iban dan family dia…aku memang bengang gile…tak faham sepatah pun apa dia cakap. Kalau dia kutuk-kutuk aku pun..mampuss aku tak faham. Tapi sekarang…..sorry lah yer sayang, nak kutuk dan perli bini lagi…dah tak dapat. Sebab dah faham….
So, apa yang nak dikongsi bersama hari ni ialah beberapa perkataan asas yang digunakan dalam kehidupan harian kita.

saya - aku
awak - nuan
kitak - kamu
kamek - kami / aku
sida nya - dia orang
makan - makai
minum - ngirup
tidur - tinduk
ada - bisi
tiada - nadai
tidak – enda
ikut – enggau
pergi – ngagai
tak nak – enggai
petara – tuhan
besampi – berdoa
degil – manca
pun – pan
ila – nanti
enti – kalau
tang - namun / tapi
manduk - masak lauk
berapi - masak nasi
hangat - panas
celap - sejuk
siuh - tumpah
manah - baik
nyamai - sedap
mansau - masak / ranum
tu - ini
nya - itu
kini - ke mana
kin - ke sana
dini - di mana
agi - masih
din - di sana
ditu - di sini
kitu - ke sini

Sunday, October 28, 2007

Pada siapa Patut Letak Cinta ?

Glitter Graphics


Untuk menilai cinta kita itu benar-benar kerana Allah swt, saya terpaksa mengambil dua email ini sebagai perbandingan.Bukanlah niat saya hendak memalukan atau membuka aib kedua-dua orang yang
mengirim email tersebut, tetapi sebagai panduan memudahkan lagi pemahaman. Email tersebut pembaca boleh baca di akhir bicara bab pada siapa patut letaknya cinta?

Jatuh yang tidak ada orang simpati ialah jatuh cinta.Sebab jatuh cinta indah, tidak macam jatuh tangga atau jatuh pokok, sakit. Cinta banyak perkara cinta. Tidak ada siapa pun yang dapat larikan diri daripada mencintai dan dicintai. Kemuncak cinta, ada orang masuk syurga kerana cinta dan tidak kurang ramai orang yang akan dihumbankan ke neraka gara-gara cinta.. Cinta yang begaimana boleh bawa seseorang ke syurga dan kenapa ada yang masuk neraka lantaran kerana cinta?

Cinta, rasa yang ada dalam hati yang tidak boleh disukat-sukat.  Hati yang merasainya, sehingga boleh terhibur atau terseksa kerananya. Datangnya dari dua sumber yakni dari nafsu dan dari Allah.

Cinta yang diilhamkan oleh nafsu berlaku bila hati kotor, sering melakukan dosa dan tidak pula bertaubat.Sifat-sifat keji seperti sombong, ujub, riak, gila puji, hasad dengki dan lain-lain sifat jahat bersarang dalam hati tidak dikikis, maka ketika itu nafsulah yang akan jadi Tuhan dalam diri sehingga apa saja yang dilakukan mengikut arahan nafsu termasuk dalam meletakkan cinta, ukuran yang diberi dan sebab jatuh cinta pun ikut selera nafsu.

Lelaki akan jatuh cinta pada perempuan yang mendedahkan kecantikannya hingga tubuh badan perempuan itu sudah tidak terlindung lagi pada pandangan nafsunya. Cinta diberi ialah untuk mengisi keinginan nafsu seks lelaki kepada perempuan. Begitu juga wanita, jatuh cinta sebab lelaki kaya, handsome bergaya, ada jawatan dan lain-lain keistimewaan yang disenangi oleh nafsu. Lantas cinta diberi dengan harapan mereka dapat tumpang kemewahan dan kesenangan hidup lelaki tersebut. Jelasnya, cinta yang datang dari nafsu ditujukan untuk kesenangan nafsu semata-mata.



CERITA 1
Saya pernah menguji cinta suami terhadap saya. Saya tanya
dia:

"Kata la one day ada
perempuan lain tergila-gilakan you dan nak kawin dengan you tapi dia tak nak
bermadu, you rasa apa i buat?"

Suami: you sure
melenting..

Saya: no.. u silap, i
rela dilepaskan daripada bercekau tak berkesudahan. silap2 sampai main
bomoh..lagi i tak rela..

Suami: you tak sayang i
sungguh2..

Saya: bukan macam tu..
cuma kita kena ingat.. satu hari nanti i akan mati, you pun akan mati.. so,
kalau kita nak berkasih sayang macam nak rak pun kasih abadi kita tetap pada
yang Satu. Cinta manusia tak ke
mana..contohnya, katalah you memang ada rasa cinta katperempuan lain, bermakna lagikah cinta i pada you? cinta
manusia mudah berubah.. so, insyallah i akan tabah jika di uji sebegitu..

Saya: you pulak, kalau
dapat tahu ada lelaki lain yang nak sangat amik i sebagai isterinya sedangkan
dia tahui isteri orang.. apa tindakan you.. sanggup you lepaskan i?

Suami: Mana boleh.. you
masih isteri i..

Saya: Iya la.. memang i
masih isteri you, tapi.. jodoh pertemuan kan di tangan Tuhan.. dugaan akan dating
pada setiap manusia.. ermm.. you lepaskan i tak?

Suami: Nak kena
tembak…!! tembak dua2 baru puashati!

Hmm.. nampaknya suami saya tak nampak nilai cinta yang cuba saya terapkan.. Cinta kepada Allah adalah yang paling
abadi.. yang lainnya ada dugaan dunia..
 
CERITA 2
Suami: Kalau abang mati
dulu..abang tak nak awak kawin lagi kalau dah ada anak..tapi kalau belum
ada..tak pa…

Saya: (tersenyum) ..
kenapa plak… abang nie terukla.. baru jer kawin dah dok kata dia mati…
(marah gak ler time tu..yer ler baru nak bermanja tup..tup..dia ingatkan kita
kes macam tu..)

Suami: sebab abang tak
nak anak2 abang terbiar…kalau anak2 abang terbiar…pasti takkan ader yang mendoakan
abang di "sana"…

Saya: (terkedu gak
ler..).. abang janganlah ingat macam tu… kita sama2 minta panjangkan umur
kita sehingga anak2 kita besar dan jadi orang yang baik2 dan berguna macam
abang.. kita berdoalah agar kita sama2 susah dan senang sehingga akhir hayat
kita….soal saya nak kawin lagi atau tak..tu biar Allah yang tentukan..kita
nie kan hambaNya… kalau ditakdirkan saya kawin lagi pun… takkan la saya nak
biarkan anak2 saya dari zuriat abang.. tapiiii.. hishhhh..tak nak la saya..
kalau dah ada anak2.. bior ler saya ngan anak2.. tak nak la fikir2 pasal nak
kawin lain…

Suami: Eh.. mana boleh
tak nak kawin lagi.. takkan nak dok sorang2 ? kalau ada anak2… mungkin bleh
menumpang mereka.. kalau tak der.. tak kan tak teringin nak bersuami lagi.. ?


CERITA 3
Saya : Bang.. kalau ader
pompuan berkenan kat abang..agak2 abang layan dak?

Suami: Tengok keadaan…
Saya: camner plak tu..
Suami: kalau abang bujang
lagi.. mungkin kot… tapi kalau la nie..tak tau ler…awak plak camner, kalau ada
betul..nak ker bermadu…?

Saya : saya tak kesah nak
bermadu..tapi yang problemnya nanti abang.. kesian kat abang..kena bagi tanggungjawab
sama rata.. saya rasa.. maser tu
nanti..mungkin dah
sampai masanya.. biarlah orang lain pula rasakan kasih sayang abang macam yang
pernah saya rasa…. lagipun daripada saling

mengutuk walau dalam
hati .. dia dapat aku tak dapat..baik saya hidup sendiri.. sekurangnya2..saya tak
berdosa kat abang…

Suami: Aikkk… macam tu
plak.. yer ker nie?

Saya: Abang jangan lupa..
apa yang kita ada nie kan semuanya pinjaman.. so buat apa la saya nak berpegang
pada tu semua.. saya percaya.. apa yang terjadi …
dah tertulis.. kalau saya
kata saya tak bagi abang kawin lagi satu.. takut
nanti.. abang buat
dosa..saya pun dapat dosa sama sebab halang abang..

Friday, April 20, 2007

Ingin Ku Bertemu

Gembira sungguh rasa hati pada hari ni bila mendapat maklumat tentang rakan lama yang dicari-cari selama ini. Namun bukan orgnya yang aku temui. Tapi aku berjaya menemui nama penuh rakan ku ini. Pelik bukan !!

Selama perkenalan aku dengan dia, aku tak pernah tahu nama penuhnya.  Aku cuma mengenali dirinya dengan panggilan ‘YA’. Perkenalan kami memang cukup singkat. Namun dalam waktu yang singkat itu, aku dan dia mudah mesra.

Mungkin disebabkan aku dan dia bukan dari negara yang sama menyebabkan kami terputus hubungan. YA berasal dari Thailand. Dan aku cara aku mengenalinya juga ku rasakan agak unik. Aku mengenalinya sewaktu aku menuntut di UUM. Waktu itu aku ditempatkan kolej Petronas, dan di situlah kami bertemu dan menjadi kawan. Bilik aku di tingkat 4 manakala bilik YA di tingkat bawah. Namun aku selalu melepak di bilik rakanku yg juga berada di tingkat bawah. Dan kedudukan bilik kawan aku ni betul-betul bersebelahan dengan ‘water cooler’ tempat student-student akan lalu lalang utk ambil air di situ.

Sebenarnya sudah lama aku perasan wajah YA di cafe. Dan aku tahu dia adalah junior. Apa yang buat aku perasan kewujudan dia di cafe adalah komunikasinya dengan beberapa peniaga di cafe tersebut. Dia berbahasa ’siam’. Tapi setakat cam muka sajalah…aku tak pernah bertegur pun…
Entah bagaimana…satu hari tu, aku ringan mulut pula nak bertegur dengan YA ini. Waktu itu dia sedang ambil air di ‘water cooler’ di sebelah bilik kawan aku. Dan aku pula masa tu, tengah melepak tepi tangga berhampiran water cooler.

Bermula dari hari itu, aku menjadi kawan dengannya. Aku mempelawa dia datang ke bilik untuk aku perkenalkan dia dengan kawan-kawan aku yang lain. Memang payah untuk aku berkomunikasi dengan YA. Macam ayam dengan itik. Dia tidak pandai sangat berbahasa Melayu dan Inggeris. Dan setiap kali bercakap…pasti dia akan membuka kamus yang sentiasa ada di tangannya.Waktu itu aku sudah di semester 6 dan YA di dalam kelas intensif Bahasa Melayu dan Inggeris sebelum meneruskan pengajiannya di peringkat Ijazah.

Walaupun kami bukanlah rapat sangat..tapi YA memang baik. Dia selalu datang menjenguk aku di bilik. Dan setiap kali cuti semester akan menjelang…pasti dia bersungguh-sungguh mengajak aku ikut dirinya pulang ke kampung halamannya di Pattalung, Thailand. Macam mana lah aku nak ikut…aku bukannya ada passport pun. Tapi YA kata, tak apa…dia akan bawa seludup aku ke Thai… Urrppp…macam tak percaya jer !! Tapi disebabkan ketakutan aku, tak jadi aku mengikutnya…

YA…maafkan aku, sebab sewaktu aku habis pengajian dulu aku tak mencari kau. Tambahan pula waktu aku di sems akhir..kita tinggal di kolej yang berbeza. Bertambah sukar untuk kita berjumpa. Dan aku juga lupa meminta alamat kampung halaman kau di Thailand. Kalau tidak..tentu kita tak terpisah begini, terputus khabar berita.

YA…aku tahu aku bukan kawan yang baik, tapi percayalah..walaupun perkenalan kita singkat, banyak kenangan manis sempat kita ukir bersama. Terima kasih kerana banyak membelikan aku hadiah dan kosmetik-kosmetik dari Thailand. Terima kasih juga kerana pernah meluangkan masa mengajar aku menulis dan bercakap Siam.

Pernah kau tunjukkan kad matrik pelajar bila kali pertama aku tegur ‘what is your name’ masa mula-mula kita berkenalan. Tapi aku lupa nama penuhmu. Dan aku cuma ingat kau suruh aku memanggilmu YA sahaja. Maaf yer YA…aku ni kawan yang tak peka…

Tapi hari ini…aku cuba menjejakimu melalui portal UUM. Alhamdulillah ku temui maklumat tentang diri kau di situ. Dan aku tahu nama kau ialah NURRAIYA BINTI MUDLEH dengan No Matrik 35815. Walaupun tiada maklumat alamat lengkap rumah, namun info ringkas ini cukup mengembirakan hati ini. Dan aku…tak akan putus asa mencari mu….walau di mana jua.

Dan aku juga ingin ke kampung kau…yang pernah kau ceritakan keindahannya dulu. Menurutmu penggambaran lokasi ‘The Beach’ yang indah itu adalah di kampung kau. Memang indah tempat itu…aku dah saksikannya dalam filem lakonan Leonardo De Caprio itu. YA….aku ingin sekali bertemu mu !