Showing posts with label Cute Qayyum. Show all posts
Showing posts with label Cute Qayyum. Show all posts

Friday, November 26, 2010

2nd Time...No More Tears !

Last Qayyum potong rambut pada 28.8.2010. Itulah first experience dia. Dan mula2 nak potong tu menangis. Yg terlepas baca cerita first experience Qayyum, boleh klik sini 1st Time Potong Rambut

Kali kedua ni, aku dah suruh Qayyum janji jgn nangis..jgn jerit2. Dia promise dan angguk2 kat aku dari rumah lagi. Dan janji nak belikan dia mainan lepas siap potong rambut. So, seperti yg dijanjikan..sampai kat edai tu..mmg confident jer muka dia. Tak nangis langsung dan tak ada jerit2 pun. Emm sungguh kagum dan bangga dgn anak aku ni. Yeah...Qayyum dah bujang kan..tentu dah tak takut lagi nak potong rambut. So, masa kan datang ..akan jadi rutin utk Qayyum potong rambut yer.

Jom layan pic Qayyum..the montel boy :)

steady je....
tak nangis lagi :)
mama jadi assistant...
cool n relax !
dah tak takut lah ...
trim kasi cantik :)
ok x style ni ?
95% complete
ok ready....siap !

Friday, October 1, 2010

My Precious ~ Qayyum Iman Nurbadiz~


Saturday, August 28, 2010

First time potong rambut

Sabtu ni, adalah sabtu kedua sekolah ganti sempena Hari Raya Aidilfitri. Memang penat, guna jadual hari Rabu. 6 masa + relief 1 masa jadilah 7 masa. Balik pukul 1.05 tghri. Tapi masih tak relax lagi sebab ada tuisyen dr 2.30 ptg hingga 6.00 ptg. 2 slot, PA dan Math. Husband pun tuisyen gak hari ni.


So, rutin biasa lah kalau jadual kami clashed, aku akan bawa Qayyum gi pusat tuisyen. Bila papa dia hbs tuisyen jam 4.30ptg nnt, kelas aku pulak mula. Masa tu Qayyum akan ikut papa dia balik rumah pulak. Dan hari tu aku suggest kat husband bawa Qayyum gi potong rambut kat kedai india. Husband mula-mula tak nak. Dia kata dia boleh potong rambut Qayyum kat rumah guna mesin, tapi aku kata try lah gi kedai. Sebab sebelum2 ni hasil potongan papa Qayyum ni tak berapa nak menjadi memandangkan Qayyum ni penggeli sangat. Baru letak mesin dia dah menggeliat sana sini.

So, terciptalah sejarah buat anak aku pada 28.8.2010 ni bila inalah first time dia potong rambut di kedai. Bukan main excited dia bila papa kata nak gi kedai potong rambut. Muka bukan main senyum je. Aku tak ada bersama masa operasi potong ni sebab aku kelas math masa tu. Menurut husband, mula-mula ok. Masa duduk kat kerusi tu ok lagi. Dia mula menangis bila aney tu balut dia ngan kain. Jerit2 dia nangis 'Yap papa, yap papa !" . Itu bahasa iban tu "Berap papa..berap papa" maksudnya peluk papa, peluk papa. Tapi husband aku dgn gigihnya pujuk dia. Dan adalah seorang India yg baru lepas potong rambut juga tolong pujuk si Qayyum ni. Adalah dalam 10 minit dia nangis, pastu ok. Aku terima mms gambar si Qayyum ni tgh nangis masa potong rambut.
Dah mula nangis...
Masih nangis..walau dah pujuk
Dah ok...
muka steady jer
Dah tak takut lagi...
Hampir siap ...

Balik dari tuisyen..tgk rambut Qayyum dah pendek. Ok juga rambut baru ni, nampak tak rimas ...muka Qayyum ? Ermm nampak makin nakal..tapi cute sangat ! :)
Ini gambar-gambar selepas potong rambut...
Rambut baru

Ok tak rambut ni ??

Sunday, August 15, 2010

Gambar Qayyum yang Mama paling suka

Ermm...nak kongsi gambar Qayyum yang Mama suka sangat tengok.
Gambar ni ambik masa umur Qayyum 2 bulan.
Suka tengok muka Qayyum tengah senyum. Comel sangat.
Dengan pipi tembam dan mata sepet dia....
Chubby Boy
Glamour
Model ker  :)
Comeyy...
 Eh perasan tak kat TV3 sekarang tgh tayang drama ABADI SEBUAH CINTA lakonan Umie Aida dan Rosyam Nor. Ada watak nama Qayyum lakonan Tony Eusoff dan Inspektor Qayyum lakonan Rosyam Nor. Eh sama ler nama ngan anak mama ni.

Dulu sebelum lahir mama nak letak nama dia RAYYAN. Tetiba ada pulak drama Bella kat TV3 ada watak Doktor Rayyan lakonan Ako Mustapha.
Sekrang nama Qayyum pun ada gak...

Emmm .... glamer ler anak mama ni.
Dah besar nanti...nak jadi pelakon gak ker ?

Wednesday, June 23, 2010

Anak Papa


Emmmm....sayang anak papa ni.... 
Gambar-gambar Qayyum dengan Papa. Sempena nak menggayakan fesyen rambut terbaru ala-ala Shaolin Boy atau Mawi World !!

Amacam sama tak ? Like father...like son !!! He...he...he...


Saturday, August 30, 2008

Qayyum Iman dah 5 bulan ler !!

Muka-mula lucu Qayyum yg dah berumur 5 bulan. Suka tgk muka dia yg bulat :)



Thursday, August 21, 2008

Qayyum & Play Gym

Sekarang mama dan papa tgh bercuti sekolah bermula 16-24 Ogos.
Hari ni kira hari yang ke-6 cuti. Sepanjang cuti ni tak ada aktiviti menarik sangat,
sebab mama dan papa banyak nak tanda kertas.
Cuma last weekend (17 & 18 Ogos) mama, papa, ucu, kawan papa (Uncle Jack & aunt Leja) balik kampung kat Pengeli Timur. Nak tgk nenek. Alhamdulillah...sejak nenek keluar hospital ni, kesihatan nenek beransur pulih. Walaupun masih pakai kerusi roda, tapi nampak nenek bersemangat dan selera makan pun dah ada. Mohon pada Allah semoga dipanjangkan umur nenek. Kami semua sayang sangat kat nenek.

Isnin (18 Ogos) Pak Ngah, Mak Ngah dan Aleya datang rumah Qayyum. Pak Ngah nak ajak papa gi worksop tempat papa buat penjimat minyak tempohari. Nampaknya Pak Ngah pun berminat. Sekrang ni mmg kena buat, maklumlah harga minyak dan barang-barang semua dah naik. Ni salah satu cara nak save budget ler. Lagipun tak mahal..cuma RM110 sahaja. Tapi kalau ia boleh menjimatkan..rasanya tak rugi buat kan.

Oh lupa...pada 13 Ogos lalu, genap umur Qayyum 5 bulan.
Pada 19 Ogos, mama dan papa bawa Qayyum ke klinik utk injection dan ambik berat.
Wah dah 6.35kg berat Qayyum. Masa kena injection tu papa yang pegang Qayyum dan mama tolong guide papa cara-cara pegang anak untuk injection. Nangis Qayyum masa kena cucuk tu. Tapi tak lama...pastu diam . Masa nak balik tu, doktor bagi ubat demam untuk Qayyum. Kena bagi kat Qayyum supaya tak demam. Alhamdulillah hingga hari ni Qayyum tak demam....

Tentang play gym Qayyum...mama yang belikan sempena Qayyum dah 5 bulan. Mama beli kat Tesco Seri Alam. Tgh ada offer baby fair masa tu.
Mama beli untuk rangsang deria-deria dan motor-motor Qayyum. Play gym yang colorful, ada bunyi dan muzik tu amat sesuai ler. Sekarang Qayyum pantang nampak benda...mmg dia nak pegang. Ok jom tgk gambar-gambar Qayyum dan play gym nyer...


Excited
Tengok apa tu ?
Dah bosan ker ?

Sunday, August 10, 2008

Pic with Mama & Papa

Qayyum kesayangan Mama....

Monday, July 28, 2008

Qayyum...lena dibuai mimpi

Mama baru sempat upload gambar Qayyum tengah lena tido. Mama dan Papa mmg suka sgt tgk muka Qayyum masa tido... macam-macam gaya. cute n comeiii sangat. Nak tergelak pun ada...sebab cute miut sgt. Rasa nak cubit-cubit jer pipi Qayyum yang tembam. Sekarang, Qayyum dah pandai meragam...mintak perhatian. Malam2 tu dalam kul 10-11...belum nak tido lagi. Sampai kul 1.30pg mama dan papa masih lagi dok melayan kerenah Qayyum. Emmmm...anak....tido lah. Papa dan mama penat ni hari-hari berjaga tunggu Qayyum. Kadang-kadang sampai x cukup tido dibuatnya. Kalau masukkan Qayyum dalam buai...mama dan papa biarkan..mula lah Qayyum merengek. Minta orang ambil dan angkat.
 
Pernah satu malam..disebabkan mama dan papa dah ngantuk sgt, kami biarkan Qayyum tido atas tilam. Qayyum nangis2..dan merengek mintak perhatian. Tapi disebabkan mata mama dan papa yng dah ngantuk sgt..Qayyum tak diberi layanan. Tup-tup mama terjaga..mama tgk anak mama ni tgh tgk tv yg terpasang.
siap senyum2 lagi sorang2. Mama malas nak kacau..mama sambung tido. Esok paginya...mama tgk...anak mama dah tertido lena.... Ermmm...........pandai pun tido sendiri eh...x yah popok-popok.
Macam tu le anak yg baik !!!   


Lena
zzzzzz
Dalam Buai...