Showing posts with label Resepi Iban. Show all posts
Showing posts with label Resepi Iban. Show all posts

Wednesday, December 15, 2010

Asi Ruas

Ok..ni aku nak kongsikan satu resepi tradisional orang Iban. Asi Ruas (disebut Asik Ruas) bermaksud nasi dalam buluh. Walaupun disebut asik..tapi bukan nasi yer, ianya menggunakan beras pulut. Kita orang Melayu makan nasi tu rutin harian kan. Tapi orang iban ni, selain dari makan nasi, mereka suka makan pulut (macam orang Siam gak..suka makan pulut). Dan cara mereka masak pulut ni agak unik sebab mereka guna buluh. Cara masak hampir sama macam resepi Manok Pansuh. Tapi cuma beza bahanyang diisi dalam buluh tu je. Manok Pansuh..isinya ayam dan pucuk ubi . Asi Ruas ni...guna pulut. Macam lemang kan ! Tapi beza ok. Lemang kita alas daun pisang dan guna santan. Resepi asi ruas tak guna santan. Jom kita kongsi resepi ni.

Cara Membuatnya :
1. Rendam beras pulut semalaman, biar ia kembang
2. Kemudian masukkan dalam buluh, jangan penuh sangat. Masukkan juga air. Air 
   lebih sedikit dari paras pulut di dalam buluh tu.
3. Tutup buluh atau sumbat buluh dengan daun pisang.
4. Kemudian bakar macam bakar lemang. Tapi hubby aku moden yer..guna dapur gas 
   saja.
5. Balik-balikkan buluh supaya pulut di dalam masak sekata. dalam 1 jam setengah 
   masak lah ia dan ready di makan.

Cara menghidang :
1. Buluh yang tebal dikupas kulit luarnya dan jadi nipis ok.
2. Dipotong kepada beberapa bahagian dan masa nak makan boleh kopek buluh yg dah 
   nipis tadi.
3. Boleh dimakan dengan semua lauk-pauk, macam makan nasi.


Ni pulak nak tunjuk lah kat korang, hasil masakan resepi ni :
bakar buluh di atas dapur gas pun boleh...
kulit buluh telah dikupas nipis
Buluh tadi dipotong kepada 3 bahagian
Ini lah rupa isi 'Asi Ruas' yg dah masak !

Sunday, September 26, 2010

Tetamu Raya & Manok Pansuh

Balik dari open house, kawan aku dan hubby datang beraya. Jack bersama isteri dan Fatiyah ngan family dia. Aku x ada masak apa pun sebab masa balik pen house tu, Qayyum dah tertido dalam kereta. So, kena stay kat upstair tengok n teman si Qayyum tido.

Hubby cakap dia dan Jack dah plan dari petang nak masak Manok Pansuh (ayam dalam buluh). Manok pansuh ni kira famous lah pada orang Iban dan favourite mereka. Biasanya manok pansuh ni dibakar macam lemang. Guna api dan kayu, dan kalau bakar, biasalah..kat luar rumah. Tapi resepi ayam pansuh hubby aku dan Jack ni canggih sikit ;) Tak yah pun guna kayu, api dsbnya. Buat guna dapur gas je..hahaha..moden kan resepi ni. Malam tu, dapatlah family Fatiyah rasa masakan Iban ni. Maaf lah yer cik Fatiyah..datang rumah tak ada jamu apa. Tak sempat masak sedap2. harap2 jangan serik datang raya lagi tau tahun depan.
~ Manok Pansuh ~ Pic pinjam dari www.mylongkang.com
Manok Pansuh atas api gas

Ini lah hasilnya...setelah dikeluarkan dari buluh
Jemput makan...
Rasalah resepi masakan Iban dari Chef Jack
Fatiyah & Kak Ngah
Fatiyah ~still available :) ~
Qayyum & Leja
Buat apa tu ?
Ohh..mintak duit raya yer ...
Dah dapat...yeayyyy....


Resipi Manok Pansuh Versi Apai Qayyum 

Bahan-bahannya : 
1 ekor ayam - dipotong
2 btg serai - dihiris
6 ulas bwg putih - ditumbuk
4 ulas bwg merah - ditumbuk
3 buku halia saiz besar - ditumbuk
1 kuntum bunga kantan - dihiris
1 ikat pucuk ubikayu - digosok2 sekejap dgn tapak tangan dan dibersihkan serta ditoskan airnya.
garam
serbuk perasa


Cara Menyediakannya :
Tos ayam yang telah dipotong tadi.Gaul ayam dengan bahan tumbuk. Masukkkan serai,bunga kantan,garam dan serbuk perasa dan gaul rata.
Perap seketika lebih kurang 20 minit.
Masukkan ayam ke dalam buluh yang sudah dibersihkan diselang-selikan dgn pucuk ubi.
(Semasa mengisi ayam tadi,hentakkan buluh tu sedikit2 supaya ketulan ayam turun ke dasar buluh dan jangan diisi terlampau penuh).
Tuangkan sedikit air bersama air perapan ayam tadi ke dlm buluh dan tutup mulut buluh dgn pucuk ubi yang dikepal atau daun pisang yang telah disimpul.
Bakarlah selama lebih kurang satu jam menggunakan kayu api atau arang. (boleh juga gunakan dapur gas).