Friday, December 31, 2010

Selamat Datang 2011

 Glitter Graphics


 SELAMAT TAHUN  BARU 2011


Tahun baru, semangat baru...azam baru !


Banyak perkara baru yang kita pelajari,
namun semua itu membuat kita lebih sedar bahawa
banyak lagi yang perlu kita pelajari dan dalami.


Semoga 2011 menjadikan aku dan keluarga kepada yang lebih baik, lebih bagus,
lebih banyak amalan dari sebelu ini.
Moga sentiasa dilimpahi kebahagiaan, dikurniakan kesihatan yang baik,
memperoleh lebih banyak kekayaan dan kejayaan.
Amin.

Saturday, December 25, 2010

Kawan Lama - Rafizan

Masa mula-mula hubby aku ajak aku gi undangan kawin anak kawan dia, aku macam malas jer nak gi. Lagipun aku tak kenal sangat kawan hubby tu. Hubby pun kenal-kenal mcam tu jer, melalui kawan-kawan ngeteh dia sepanjang cuti sekolah. Hubby cakap segan pulak tak pergi sebab dia buat kt dewan depan kedai mamak yang geng-geng hubby aku selalu lepak. Aku macam malas jer, sebab bila fikir bt kat dewan area tu..tentu ramai jumpa students sekolah aku kat area situ. Tapi bila tengok Qayyum bukan main excited dok sebut "perantin..perantin"...akhirnya aku ambik keputusan ikut juga hubby aku.

Kita orang sampai pukul 3.30ptg. Masuk kat pintu utama dewan tu, dapatlah kenal kawan hubby aku tu yg bukan main ceria, maklumlah sambut menantu. Pengantin masa tu tak ada atas pelamin, gi tukar baju utk potong kek. Aku dan hubby terus ambik makanan dan duduk kat meja. Sambil tu hubby aku dok calling geng dia, cikgu Masri. Sebab masa nak gi tadi, janji nak gi sama. Tapi bila kita orang dah sampai...dia tak de lagi. Rupanya kereta dia alarm problem. Dia kata lagi, kalau sempat dia datang. Hubby aku cakap...nasib baik aku dan Qayyum ikut, kalau tak...sorang-sorang ler dia makan :) 

Lepas hubby aku basuh tangan, dia bgtau aku yg dia nampak opismate lama aku. Aku tanya betul ker, dia kata betul lah kot. Dia tak sempat tegur dan opismate aku tu pun tak perasan kot hubby aku masa tu sebab tgh busy. Setahu aku, dia dah tak duduk area sini, dah pindah Batu Pahat rasanya. Lama gak lah tak jumpa, last rasanya tahun 2007. Masa tu aku baru pregnant kan Qayyum. Tapi tak mustahil juga kalau dia ada kat sini, sebab last contact dulu...dia bgtau aku gf dia org area sini.

Last-last hubby aku gi tegur dia masa dia lalu kat meja kita orang. Punyalah dia tergamam..macam tak percaya kot. Aku pun mmg cam tu muka Pizan, opismate aku dr tahun 2003 hingga 2006. Terus dia datang duduk sembang kat meja kita orang. First time dia tengok Qayyum, dah 2 tahun 9 bulan kan. Dari lahir tak pernah tengok..tup-tup jumpa aku, baby pun dah besar. Dia pun dah kahwin hampir setahun setengah. Aku pun sibuk lah dok tanya, dia sedara ker  ngan family pengantin ni. Dia cakap ha'ah. Aku pun bgtau..kita org datang sebab undangan bapa pengantin ni yg jadi kawan ngeteh hubby aku kat kedai mamak tu. Punyalah Pizan ketawa...actually bapa pengantin tu, bapa mertua dia ! Cehh..malu aku, aku ingat saudara jauh-jauh..sekali bapa mertua da... :) hahaha, memang kebetulan kan. Agaknya sebab tu Allah gerakkan hati aku ikut hubby gi kenduri ni..rupanya sebab nak jumpa kawan yg dah lost contact hampir 3 tahun.

Lama juga borak-borak. Dia kerja ngan Dell dan good news dah buka kedai servis komputer kat Pt. Raja, Batu Pahat. Wah...makin maju yer sekarang. Dia pulak asyik cakap cam tak caya pulak aku dan hubby datang bawak anak. Sebab dulu-dulu kenal aku dan hubby belum ada baby. Kami kan lama tak der baby, 5 tahun kawin brau dapat. Kalau dulu jalan, aku selalu bawak anak sedara..sekarang dia kata cam tak caya bawak anak sendiri. Alhamdulillah..rezeki Allah. Aku harap dia pun sabar menanti cahaya mata, lagi pun baru setahun setengah. Kata orang awal lagi. Kalau ada rezeki, dapatlah nanti yer Pizan & Ayu. Aku datang lamabat sikit, dia kata kalau aku awal sikit..dapat jumpa ngan sorang lagi opismate aku iaiti Harizal. Tapi tak apa lah, dapat jumpa Pizan pun dah gembira :) Hopefully kita keep in touch yer lepas ni . Sempat lah kita orang tukar-tukar no. telefon dan snap beberapa keping gambar bt kenangan. Pic aku tak der yer..harap maaf, sebab aku lah cameraman nyer :)

Pizan, Qayyum & Hubby
Lama tak jumpa kan !
Aksi Qayyum kat pintu masuk dewan
Aksi Ultraman..memang tak tinggal :)
Pizan & wife (Ayu) with Qayyum







Friday, December 24, 2010

Merry Christmas & Happy New Year 2011



Enggau tu, kami meri selamat nyambut 
ari Krismas & New Year 2011 ngagai semua bala kaban... 
Ngajih ke taun tu meri reti ti besai ba pengidup kita semua lalu mujur ...

" Happy Merry Christmas & New Year"



From :
Badis Badrul Hisyam bin Abdullah
Zuraidah Rasti Apandi
Qayyum Iman Nurbadiz



 

Wednesday, December 22, 2010

Tom Yam Asli

Selalunya kalau masak tomyam, kita sering guna pes atau kiub instant tu kan. Semalam try search kat internet...dan jumpa cara masak tomyam asli tanpa guna pes atau kiub. Sebenarnya teringin nak rasa tomyam yang kaw-kaw macam masa study kat utara dulu. Ada sebuah kedai makan kat pekan changlun. Restoran tomyam tu..fuhh mmg best tomyam dia. Maklumlah org Thai yg buat. So, ini lah hasil resepi yang aku try buat. Rasanya..ok lah juga. Tak kan nak kata tak sedap pulak kan..hahaha...

Tom Yam Asli

Bahan- Bahan :

Bahan A :
1.5 - 2.5 liter air
3 batang serai (diketuk)
5cm hali (ditetuk)
2cm lengkuas  (diketuk)
5 biji cili padi (diketuk)
3 biji bawang putih (diketuk)
5 hekai daun limau purut ( disiat)
Garam secukup rasa

Bahan B :
250 gram daging, sotong dan udang 
100 gam lobak merah, bunga kobis
1 batang serai (yang bhg putih shj - dihiris halus)
5 biji cili padi (dibelah dua)
2 helai daun limau purut (dihiris halus)
1 biji bawang merah besar ( dimayang kasar)
5 - 7 biji limau nipis (diperah, ambil jusnya)
5 helai daun ketumbar (dihiris halus)

Cara Memasak :
  1. Masak air hingga mendidih. Kemudian masukkan  bahan A satu persatu, selang 30 saat setiap bahan.
  2. Masukkan garam secukup rasa.
  3. Kemudian tapis semua bahan tadi, ambil airnya saja. (Boleh juga sekiranya bahan-bahan tadi tidak diasingkan).
  4. Didihkan semula air yang telah ditapis tadi, kemudian masukkan daging. Biarkan seketika sehingga daging empuk.
  5. Kemudian boleh masukkan sotong, lobak merah, kobis bunga.
  6. Apabila sudah lembut semua bahan tadi, masukkan hirisan bawang, serai, daun limau purut, cili. Tunggu hingga mendidih dan menggelegak semua bahan tadi.
  7. Masukkan udang last sekali, supaya tidak terlalu kecut dan hilang manisnya.
  8. Masukkan air limau nipis. Ikut kemasaman yang dikehendaki. 
  9. Taburkan daun ketumbar yang dihiris dan tutup api, sedia dihidang.

Wednesday, December 15, 2010

Zoo Johor Lagi !

Destinasi percutian kali ni..hehehe..dekat jer, Zoo Johor. Ni kali kedua bawak Qayyum ke sini. Masa mula-mula pergi, dia baru setahun lebih. Sekarang dah besar sikit, dah 2 tahun 9 bulan...dia dah kenal nama-nama animals..rasa elok sangat lah bawak dia datang lagi. Memang jadi acara wajib yer bagi ibu bapa bawa anak ke zoo, utk kenal-kenal ngan binatang yg jarang dilihat. Contoh macam elephant, tiger, lion, chimpanze..mana lah ada kat sekitar rumah kita. Selalu dok tengok dalam tv jer pon..so, kat zoo ni lah dpt tgk live. Aku sebenarnya dah jemu gi sini. Dari zaman kecik lagi dah pernah gi..dr pergi ngan parents sampai lah rombongan sekolah. Emm..mmg banyak kali lah. Aku pun dah tak ingat jumlah berapa kali aku datang sini. 

Dah kata gi zoo..mmg lah bau kan. Pastu kawasan luas, cuaca panas..memang peluh dan panas. Tak habis ronda pun aku kali ni. Tapi sempat gak tengok animals show. Tengok haiwan-haiwan diberi makan. Yg tak best..lion, tiger, chimpanze semua dok bantai tido...so, nak tengok kena dari atas sbb mereka tu landing kat tgh-tgh. Aiyaa..manyak panas maa ! Balik zoo terus singgah shopping complex...cari tempat sejuk sikit !

Yang rasa tak berbaloi makan kat dlm zoo ni. Aku makan kat kedai depan tasik tu. Kedai yg sebelah nya ada tempat photoshoot ngan bird, lion, snake. Dah lah mahal, served slow giler, pastu bau dan tak sedap mana pun. Ni kali pertama datang zoo makan sebab tak sempat breakfast pagi tadi. Hubby yg suggest makan dulu, ambik tenaga dia kata sebelum ronda. So, next time datang, tobat aku tak makan lagi kat situ. Ni pic-pic kat zoo.

My Family @ Zoo
Qayyum yg tengah excited
Jenny pun ikut juga !
Makan dulu baru bertenaga !
Belakang Jenny tu lah kedai photoshoot animals tu..
Papa, Qayyum with Camel
Qayyum pun nak posing ngan camel
Jenny with ostrich
Tiger tengah tido...
Lion
Tengok Chimpanze
Anak Gajah tengah makan
Anak Gajah ni baru 10 & 5 tahun tau !
Nama Pony ni Kak Long :)
Orang dewasa x boleh naik yer !

Muka dah merah padam sebab panas !

tak nampal pun ostrich kt belakang tu...
Kijang
Hornbill
Gambar ngan dinding tiger jer...
Sempat lagi posing walaupun panas !
Muka penat !
Nak balik dah...


Asi Ruas

Ok..ni aku nak kongsikan satu resepi tradisional orang Iban. Asi Ruas (disebut Asik Ruas) bermaksud nasi dalam buluh. Walaupun disebut asik..tapi bukan nasi yer, ianya menggunakan beras pulut. Kita orang Melayu makan nasi tu rutin harian kan. Tapi orang iban ni, selain dari makan nasi, mereka suka makan pulut (macam orang Siam gak..suka makan pulut). Dan cara mereka masak pulut ni agak unik sebab mereka guna buluh. Cara masak hampir sama macam resepi Manok Pansuh. Tapi cuma beza bahanyang diisi dalam buluh tu je. Manok Pansuh..isinya ayam dan pucuk ubi . Asi Ruas ni...guna pulut. Macam lemang kan ! Tapi beza ok. Lemang kita alas daun pisang dan guna santan. Resepi asi ruas tak guna santan. Jom kita kongsi resepi ni.

Cara Membuatnya :
1. Rendam beras pulut semalaman, biar ia kembang
2. Kemudian masukkan dalam buluh, jangan penuh sangat. Masukkan juga air. Air 
   lebih sedikit dari paras pulut di dalam buluh tu.
3. Tutup buluh atau sumbat buluh dengan daun pisang.
4. Kemudian bakar macam bakar lemang. Tapi hubby aku moden yer..guna dapur gas 
   saja.
5. Balik-balikkan buluh supaya pulut di dalam masak sekata. dalam 1 jam setengah 
   masak lah ia dan ready di makan.

Cara menghidang :
1. Buluh yang tebal dikupas kulit luarnya dan jadi nipis ok.
2. Dipotong kepada beberapa bahagian dan masa nak makan boleh kopek buluh yg dah 
   nipis tadi.
3. Boleh dimakan dengan semua lauk-pauk, macam makan nasi.


Ni pulak nak tunjuk lah kat korang, hasil masakan resepi ni :
bakar buluh di atas dapur gas pun boleh...
kulit buluh telah dikupas nipis
Buluh tadi dipotong kepada 3 bahagian
Ini lah rupa isi 'Asi Ruas' yg dah masak !

Tuesday, December 14, 2010

Siakap Sweet Sour

Hari ni masak ikan siakap atas request hubby. Mula-mula dia suggest masak stim. Tapi aku cadangkan masak sweet sour sebab dah pernah masak stim limau sebelum ni. Ubah lah selera sikit kan dan variasi lah sikit koleksi resepi aku. Dia pun setuju. Senang jer masak siakap sweet sour ni. Tak sampai 1 jam..dan bahan-bahan pun mudah jer. So, menu lunch hari ni Siakap Sweet Sour @ nama lain Siakap Masam Manis. Menu ni juga sesuai utk kanak-kanak yer, sebab tak pedas. Buktinya... Qayyum makan banyak! Jom layan pic hasil air tangan chef terpendam ni :)

Siakap Sweet Sour...ready dimakan !
 
Sedap dimakan dgn nasi putih panas-panas !

Ok, ni dikongsikan resepi. Mana tau..ada yg nak cuba masak.
Selamat Mencuba semua :)

SIAKAP SWEET SOUR
Bahan A :
1 ekor ikan siakap

Bahan B :
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 batang serai
2cm halia

Bahan C :
1 sb cili kisar
2 sb sos cili
2 sb sos tomato
1 st asam jawa
1 biji tomato (dipotong dadu)
1 tangkai daun ketumbar (dihiris kasar)
1 batang lada besar hijau (dipotong serong)
1/2 biji bawang besar (dipotong bulat)
Sedikit garam dan gula
Minyak masak

Cara Masak :
1.Cuci bersih ikan dengan limau supaya tak hanyir dan kemudian lumurkan dengan 
  sedikit garam dan kunyit. Goreng dalam minyak yang banyak.
2.Potong halus bahan A. Panaskan minyak dan tumis bahan A hingga wangi.
3.Masukkan cili kisar dan biarkan hingga terbit minyak.
4.Masukkan air asam jawa, sos cili, sos tomato, garam dan gula.
5.Masukkan tomato cincang, lada hijau, bawang besar dan daun ketumbar. jangan 
  terlalu lama supaya bawang dan daun ketumbar tidak begitu layu. Tutup api.
6.Curahkan atas ikan yang telah digoreng tadi. Sedia utk dimakan !

Thursday, December 9, 2010

Selamat Berjuang Pelajarku...

Buat semua pelajar ku...selamat berjuang menjawab paper Akaun. Semoga usaha kalian selama ini yg belajar bertungkus-lumus akan beroleh kejayaan.







Teddy Bear Generator

Sunday, December 5, 2010

Mihun Sup Utara

Tiba-tiba teringat zaman study kat utara dulu. Cafe yang aku selalu makan tu, ada gerai jual mihun sup. Sup utara ni mihun nya warna kuning dan kalau makan letak cabai 2 sambal merah. Memang beza lah ngan orang Johor yang selalu makan mihun sup letak sambal kicap. Terima kasih kat MaDiHaA , sebab lepas aku baca blog dia dan jumpa resepi ni, terus je aku bersemangat nak masak. Padahal penat baru balik kelas tuisyen dari pagi dan habis petang. 

Jom layan pics hasil air tangan aku ni....emm sedap, kenalah puji diri sendiri ye...sebab saya dah penat masak.  Dan memang langkah kanan, emak, abah dan adik aku datang rumah. Dapatlah mereka merasa mihun sup utara aku ni. 


Mihun Sup Utara
Masih panas...
Daging + Perut telah dipotong kecil

Ready dimakan..jgn lupa letak sambal cabai...syiok !



Saturday, December 4, 2010

Pancing Ikan @ Kongkong Laut

Pic lama hubby gi mancing pada 2 Okt 2010 di Kongkong bersama cikgu Hamdan. Baru sempat nak kongsi di blog. Dapat lah ikan duri kecik-kecik. Dalam 5-6 kilo. Balik rumah, hubby masak asam pedas. Emm...sedapp.

Jeti

Jeti Pancing Kongkong

Tangkap ikan ker posing lebih ...hahaha

gaya seorang pemancing...

Hubby atas bot

Ikan Duri

Hasil tangkapan

Ikan yang dah dicuci dan sedia dimasak...

Bahan2 nak masak asam pedas