Wednesday, December 22, 2010

Tom Yam Asli

Selalunya kalau masak tomyam, kita sering guna pes atau kiub instant tu kan. Semalam try search kat internet...dan jumpa cara masak tomyam asli tanpa guna pes atau kiub. Sebenarnya teringin nak rasa tomyam yang kaw-kaw macam masa study kat utara dulu. Ada sebuah kedai makan kat pekan changlun. Restoran tomyam tu..fuhh mmg best tomyam dia. Maklumlah org Thai yg buat. So, ini lah hasil resepi yang aku try buat. Rasanya..ok lah juga. Tak kan nak kata tak sedap pulak kan..hahaha...

Tom Yam Asli

Bahan- Bahan :

Bahan A :
1.5 - 2.5 liter air
3 batang serai (diketuk)
5cm hali (ditetuk)
2cm lengkuas  (diketuk)
5 biji cili padi (diketuk)
3 biji bawang putih (diketuk)
5 hekai daun limau purut ( disiat)
Garam secukup rasa

Bahan B :
250 gram daging, sotong dan udang 
100 gam lobak merah, bunga kobis
1 batang serai (yang bhg putih shj - dihiris halus)
5 biji cili padi (dibelah dua)
2 helai daun limau purut (dihiris halus)
1 biji bawang merah besar ( dimayang kasar)
5 - 7 biji limau nipis (diperah, ambil jusnya)
5 helai daun ketumbar (dihiris halus)

Cara Memasak :
  1. Masak air hingga mendidih. Kemudian masukkan  bahan A satu persatu, selang 30 saat setiap bahan.
  2. Masukkan garam secukup rasa.
  3. Kemudian tapis semua bahan tadi, ambil airnya saja. (Boleh juga sekiranya bahan-bahan tadi tidak diasingkan).
  4. Didihkan semula air yang telah ditapis tadi, kemudian masukkan daging. Biarkan seketika sehingga daging empuk.
  5. Kemudian boleh masukkan sotong, lobak merah, kobis bunga.
  6. Apabila sudah lembut semua bahan tadi, masukkan hirisan bawang, serai, daun limau purut, cili. Tunggu hingga mendidih dan menggelegak semua bahan tadi.
  7. Masukkan udang last sekali, supaya tidak terlalu kecut dan hilang manisnya.
  8. Masukkan air limau nipis. Ikut kemasaman yang dikehendaki. 
  9. Taburkan daun ketumbar yang dihiris dan tutup api, sedia dihidang.

0 comments:

Post a Comment