Friday, December 3, 2010

Pan Cake + Sambal Tumis Ikan Bilis

Cuti sekolah datang lagi. So, jadi fulltime housewife. Aktiviti sepanjang cuti...masak-masak, housekeeping dan shopping sambil jalan-jalan :)

Nak kongsi resepi mudah + malas dari aku masa cuti ni.  'Pan Cake & Sambal Tumis'.

Resepi yang mudah, ringkas dan instant. Jadi x lah tunggu lama nak makan ok. My son suka sangat makan pan cake atau lempeng aku ni. Tapi aku x bagi lah dia makan cicah sambal tumis..nanti pedas pulak. Aku buatkan dia sardin kicap. Sardin goreng dan tumis macam biasa cuma plus kicap supaya manis dan x pedas. yer lah budak-budak kan...mana leh makan pedas-pedas :)

Aku buat pan cake @ lempeng ni dlm 2 versi. Satu versi yg biasa. Tak letak apa-apa. Yg satu lagi aku letak ibu roti sikit dan gula. Biar gebus dan manis sikit. Yang ni anak aku suka makan.
Ok..ni dikongsikan resepi mudah dan ringkas aku.

Pan Cake Biasa 

Bahan-bahan : 
Tepung gandum
Air
Sedikit garam

Cara buat :
1. Kacau tepung gandum dan air. Jangan terlalu pekat atau cair.
2. Masukkan garam secukup rasa.
3. Dah boleh masak atas dapur, guna kuali non stick. Mudah saja..tak perlu minyak. Terbalikkan pan cake tadi supaya masak kedua-dua belah.

Pan Cake Manis

Bahan-bahan : 
Tepung gandum
Air
Ibu Roti
Gula

Cara buat :
1. Kacau tepung gandum dan air. Jangan terlalu pekat atau cair.
2. Masukkan gula ikut citarasa anda. Nak manis letak banyak. Tak suka manis kurangkan gula :)
3. Letak seikit ibu roti. Biarkan 30 minit supaya tepung naik.
4. Dah boleh masak atas dapur, guna kuali non stick. Mudah saja..tak perlu minyak. Terbalikkan pan cake tadi supaya masak kedua-dua belah.

Sambal Tumis Ikan Bilis

Bahan-Bahan : 
5 biji bawang merah kecil
3 biji bawang putih
1 biji bawang besar - potong bulat
Cili kering - dikisar
Segenggam ikan bilis saiz sederhana(ditumbuk)
Ikan bilis goreng
Air asam jawa
gula & Garam

Cara buat :
1. Tumbuk bawang merah kecil, bawang putih dan ikan bilis.
2. Tumiskan bahan yang ditumbuk tadi, masukkan bawang besar yg dipotong bulat tadi.
3. Apabila naik bau, masukkan cili kering yang dikisar tadi.Biarkan sehingga pecah minyak.
4. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
5. Masukkan sedikit air asam jawa.
6. Apabila dah pecah minyak, dan warna cili dah agak gelap sedikit..so, sambal dah ready.
7. Bila sejuk...masukkan ikan bilis goreng. Maka siaplah utk dimakan !

Friday, November 26, 2010

2nd Time...No More Tears !

Last Qayyum potong rambut pada 28.8.2010. Itulah first experience dia. Dan mula2 nak potong tu menangis. Yg terlepas baca cerita first experience Qayyum, boleh klik sini 1st Time Potong Rambut

Kali kedua ni, aku dah suruh Qayyum janji jgn nangis..jgn jerit2. Dia promise dan angguk2 kat aku dari rumah lagi. Dan janji nak belikan dia mainan lepas siap potong rambut. So, seperti yg dijanjikan..sampai kat edai tu..mmg confident jer muka dia. Tak nangis langsung dan tak ada jerit2 pun. Emm sungguh kagum dan bangga dgn anak aku ni. Yeah...Qayyum dah bujang kan..tentu dah tak takut lagi nak potong rambut. So, masa kan datang ..akan jadi rutin utk Qayyum potong rambut yer.

Jom layan pic Qayyum..the montel boy :)

steady je....
tak nangis lagi :)
mama jadi assistant...
cool n relax !
dah tak takut lah ...
trim kasi cantik :)
ok x style ni ?
95% complete
ok ready....siap !